Hampir separuh daripada jumlah itu adalah dari negeri Selangor!
Kesabaran rakyat Malaysia dalam berdepan dengan sekatan Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada hari ini sekali lagi dicabar setelah Malaysia mencatatkan sejumlah 11,079 kes harian baharu COVID-19 pada hari ini. Ia sekaligus merupakan rekod terbaru untuk negara kita kerana buat sekian kalinya mencatatkan kes harian hingga lima angka.
Menurut ciapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mejoriti daripada jumlah tersebut hadir daripada – well, where else
– negeri Selangor yang mencatatkan sebanyak 5,263 kes walaupun ia kini berada di bawah status Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dan masih belum berganjak daripada PPN Fasa Pertama.Selepas Selangor, di antara negeri-negeri lain yang mencatatkan jumlah kes yang semakin tinggi dan membimbangkan ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1,521) dan Negeri Sembilan (1,033).
Malah beberapa negeri lain turut melihatkan peningkatan termasuk Sarawak (472), Kedah (497) dan Johor (406). Hanya rakyat di negeri Perlis yang kini boleh menghembuskan nafas lega apabila ia mencatatkan 0 kes harian baharu pada hari ini. Dengan ini, jumlah kes jangkitan keseluruhan buat masa ini adalah 855,949.
Tidak jauh dah dari angka satu juta, guys
.Perkembangan negatif ini sekaligus membuatkan ramai pihak melenting menerusi akaun media sosial masing-masing apabila kata kunci ‘WTF 11K’ mulai tular.
Menurut penjelasan terbaru KKM, salah satu punca peningkatan kes baharu ini adalah akibat penularan varian Delta yang mudah merebak di kawasan berisiko secara airbone.
Sampai bila keadaan ini akan berpanjangan? Apakah sudah tiada solusi yang benar-benar boleh mengubah graf tersebut selain mengarahkan penduduk untuk kekal berada di rumah? Semua orang dambakan penjelasan yang jujur dan bukan setakat menyelamatkan diri sendiri.
Ekonomi semakin merundum, keadaan kesihatan sejagat juga semakin merundum. Jangan sehingga semangat kita untuk bertarung menentang wabak ini turut merundum sudahlah.
*
Semalam, REMAJA ada berkongsi mengenai luahan jujur daripada barisan hadapan perubatan di hospital sekitar Lembah Klang.