36 tahun bukanlah satu tempoh sekejap untuk sesebuah keluarga hidup dalam buangan dari negara kelahiran mereka. Namun, itulah yang terjadi kepada ‘keluarga Marcos’ yang cukup popular dengan kontroversi.
Bagi korang yang pernah mengikuti kisah bekas Presiden Filipina, Ferdinand Marcos yang memerintah negara kepulauan itu dari tahun 1966 hingga 1986, pastinya korang tahu mengenai isu salah guna kuasa yang pernah dicetuskan oleh beliau dan isteri, Imelda Marcos demi mengaut kekayaan luar biasa.
Negara Filipina yang dahulunya penuh dengan kekayaan mampu menjadi miskin disebabkan keborosan pasangan Marcos ini disebabkan oleh nafsu kebendaan yang mempengaruhi mereka terutamanya Imelda.
Segala kemewahan termasuklah kasut, pakaian, barangan kemas, kemudahan pesawat, jongkong emas, wang dan pelbagai bentuk kekayaan lain telah dikaut mereka menerusi rasuah dan penyelewengan wang selama 20 tahun tempoh pemerintahan Ferdinand Marcos.
Kemarahan rakyat Filipina akhirnya terbalas apabila revolusi kebangkitan rakyatnya menyebabkan keluarga Marcos melarikan diri dan hidup dalam buangan di kepulauan Hawaii, Amerika Syarikat.
Kini setelah tempoh 36 tahun, sejarah baharu tercipta apabila anak Ferdinand Marcos iaitu Ferdinand ‘Bongbong’ Marcos Jr telah menjadi pilihan rakyat Filipina yang melantik beliau sebagai Presiden Filipina baharu.
Ads
Marcos Jr, 64 yang juga merupakan bekas Gabenor Ilocos Norte mendapat majoriti luar biasa melepasi angka 27.5 juta undi yang diperluakan bagi mendapatkan kemenangan. Beliau sekaligus menggantikan seorang lagi Presiden Filipina kontroversi, Rodrigo Duterte yang telah memerintah negara itu selama enam tahun.
Sekaligus, Marcos Jr bakal dilantik secara rasmi sebagai Presiden Filipina ke-17 pada Jun hadapan dan akan memerintah untuk tempoh enam tahun seterusnya.
Ferdinand Marcos Jr (dua dari kiri) bersama ibunya, Imelda Romualdez-Marcos (dua dari kanan).
Terdahulu, apabila Marcos Jr mencalonkan dirinya sebagai presiden Filipina pada 5 Oktober 2021, telah mendapat pelbagai reaksi daripada rakyatnya kerana masih ramai yang ingat akan episod silam keluarga Marcos.
Ads
Harapnya, pisang tidaklah akan berbuah untuk kali kedua untuk rakyat Filipina.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cantik, tegas dan berdikari, memang sesuai pemilihan pelakon jelita, Puteri Sarah sebagai ikon ibu tunggal sebelum ini
Terbaharu, Puteri Sarah berkongsikan rasa bangga apabila anak sulungnya iaitu Syaikhul Islam berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran. Syaikul yang kini berusia 7 tahun iaitu berada dalam Tahun 1 menerima kad laporan peperiksaan di sekolah beberapa hari lepas.
Menerusi perkongsian video, Sarah memaklumkan Syaikhul berjaya memperoleh gred A dalam kesemua mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains dan Bahasa Mandarin. Walaupun ada beberapa subjek tidak mencapai sasaran, Sarah tetap memuji usaha Syaikhul yang baru masuk ke alam sekolah rendah.
Puteri Sarah dan anak-anak
“Hari ini saya menghadiri hari kad laporan Syaikhul Islam. Alhamdulillah syukur, mama sangat bangga!
“Semua subjek awak kena dapat lebih daripada 90 peratus. Nanti mama nak jumpa cikgu STEM awak, tapi secara keseluruhan keputusan awak sangat bagus,” katanya.
Sarah berkongsi keterujaannya itu menerusi TikTok miliknya apabila bukan sahaja dapat ‘A’ malah meraih markah penuh 100 peratus untuk subjek Pendidikan Islam! Dalam pada itu, Sarah sempat menitipkan pesanan agar anaknya itu terus berusaha agar cemerlang bukan sahaja dalam pelajaran tetapi semua aspek kehidupan.
Sekadar informasi, Puteri Sarah pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan penerbit, Syamsul Yusof mendirikan rumah tangga pada tanggal 8 Mac 2014.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.
Sebuah lagi tarikan buat pengunjung di Zoo Melaka adalah Dinosaur Encounter yang dipercayai akan mencetuskan fenomena baru bagi menarik kehadiran pelancong ke Melaka dalam situasi pandemik COVID-19 ini.
Menurut Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali, pameran atau pertunjukan zoo ini adalah antara yang terbesar di Asia Tenggara dan akan menjadi satu tarikan terbaru bagi sektor pelancongan Melaka.
Dinosaur Encounter dibangunkan dalam kawasan seluas 4 hektar di Zoo Melaka dan menawarkan harga tiket RM38 untuk dewasa serta RM31 bagi kanak-kanak dan warga emas. Difahamkan juga, tempat tarikan ini juga dibuka pada waktu malam. Jadi, siapa yang tak mahu berpanas, bolehlah berkunjung pada waktu malam.
Rata-rata daripada pengunjung nampaknya berpuas hati dan menyatakan bahawa bukan kanak-kanak sahaja yang teruja, malah orang dewasa juga turut kagum dengan pameran ini. Malah, ada juga pengunjung yang memberikan pandangan untuk penambahbaikan yang perlu dilakukan seperti maklumat mengenai setiap spesies dinosaur serta sistem bunyi perlu dipertingkatkan. Barulah real!
Dalam pada korang menyokong sektor pelancongan di Malaysia, jangan pula lupa untuk mengamalkan SOP yang telah ditetapkan. Pameran ini sememangnya sedikit sebanyak dapat membantu memulihkan ekonomi negara akibat situasi pandemik, namun jangan terleka dengan penjarakan fizikal.
Pastikan sentiasa memakai pelitup muka dan elakkan bersesak-sesak dengan individu lain.
Suspek yang mengakibatkan kematian seorang pelajar tingkatan 3, mendiang Satiswaran maut akibat terkena balingan kerusi dipercayai dari tingkat 21 Flat PPR Seri Pantai sudah ditangkap dan dibawa ke balai polis untuk pengesanan cap jari.
Hal ini disahkan oleh ibu saudara mangsa, Jaya yang memaklumkan kepada Remaja di mana jelasnya, satu keluarga yang tinggal bersebelahan rumah ibunya sudah dibawa oleh pihak polis bagi mengesan pelaku yang melakukan perbuatan yang dikecam ramai ini.
Keluarga ini mahukan satu pembelaan untuk mendiang Satiswaran
“Kami tidak tahu siapa yang buat namun pihak polis sudah membawa sekeluarga ini bagi mengesan cap jari. Saya hendak tahu siapa pelakunya dan mengharapkan balasan dikenakan adalah setimpal,” katanya dalam nada sedih.
Terkini, mayat mendiang Satiswaran sudah selesai dibedah siasat dan dibawa balik ke kediaman keluarganya di Tingkat 16 PPR tersebut.
Namun Remaja difahamkan masalah kerosakan lif yang berlaku di blok berkenaan menyukar mayat mangsa dibawa ke atas dan buat masa ini masih diletakkan di dalam van sementara jalan penyelesaian dicari.
Mayat mendiang Satiswaran terpaksa diletakkan di dalam van buat sementara waktu ekoran masalah lif di PPR ini
Esok sekitar jam 11 pagi, satu upacara keagamaan akan dilakukan oleh keluarga mendiang Satiswaran sebelum mangsa dikebumikan di tanah perkuburan Hindu di Kayu Ara, Damansara.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Insiden kebakaran akibat kebocoran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights Puchong pada hari ini tidak dianggap sekadar isu tempatan semata-mata tetapi...