Siapa pula remaja yang jadi jutawan di usia muda ini?
Mungkin korang yang seusia remaja ini sedang sibuk mencari kerja. Yelah, selalunya diusia 18 tahun kita baru habis SPM dan mencari arah untuk melanjutkan pelajaran. Namun, tidak bagi Kim Jung-youn.
ARTIKEL BERKAITAN : Tidak Mahu Menunjuk, As’ad Motawh Hidup Mewah Dengan Miliki 2 Banglo Pada Usia 21 Tahun!
Pada Usia 18 tahun, gadis ini telah dinobatkan sebagai bilionair termuda di dunia. Gelaran tersebut terdahulu dipegang usahawan Kevin David Lehmann, 20, dari Jerman. Dinamakan sebagai bilionair Forbes termuda dunia, remaja perempuan dari Korea Selatan ini merupakan anak perempuan kepada mendiang Kim Jung-ju, iaitu pengasas Nexon Korea Selatan.
Beliau, kini muncul sebagai hartawan termuda selepas mewarisi kepentingan dalam syarikat gergasi permainan dalam talian selepas bapanya meninggal dunia. Pemergian Kim Jung-ju, 54, pada 27 Februari lalu menjadikan dua anak perempuannya sebagai pewaris harta.
Kim Jung-youn dan kakaknya, Kim Jung-min, masing-masing mewarisi secara bersama saham sedia ada dalam NXC, bernilai AS$2.5 bilion (RM11.5 bilion) setiap seorang. Selepas ditolak bil cukai warisan bernilai sekitar AS$1.5 bilion setiap seorang, nilai kekayaan bersih Kim Jung-youn dan Kim Jung-min dianggarkan AS$1 bilion.
Ibu mereka, Yoo Jung-hyun yang sememangnya berstatus bilionair, mewarisi 4.57 peratus kepentingan dalam syarikat yang berpangkalan di Korea Selatan itu. Yoo, 53, terdahulu membantu suaminya memulakan Nexon pada tahun 1994 dan kekal sebagai pemegang saham terbesar dalam NXC iaitu 34 peratus kepentingan.
Yoo juga pernah muncul sebagai 50 Orang Terkaya Korea tahun ini dengan nilai bersih AS$3 bilion.
Forbes mendedahkan tidak banyak yang diketahui tentang remaja bertuah itu. Bagaimanapun telah dilaporkan secara meluas bahawa Kim Jung-min dan Kim Jung-youn dilahirkan pada tahun 2002 dan 2004. Malah, penulis juga turut mencari gambar mereka namun tetap gagal.huhu
Wow, asyukkk la remaja Korea Selatan ini, bertuah betul Kim Jung-youn ini.
BACA : Kylie Jenner Tewaskan Mark Zuckerberg Jadi Jutawan Muda Paling Kaya Di Dunia
Sumber: Forbes
Kredit foto utama: Forbes
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.