Kata orang, kalau kita mempunyai satu warna kegemaran, mesti ada sebab kenapa kita memilihnya.
Biru maknanya orang yang tenang, putih menampakkan kesucian. Hitam pula digemari oleh seseorang yang bersifat mysterious dan – hhm – seksi!
Bagaimana pula dengan warna merah yang selalu dipakai ke mana-mana? Kajian mendapati orang yang gemarkan merah mempunyai banyak kelebihan positif pada personaliti mereka berbanding kekurangan.
Antaranya, mereka adalah seorang yang selalu yakin diri, selalu memberikan sinar ceria kepada orang lain, seorang yang praktikal dan pantas melakukan kerja, tak gentar untuk mengejar impian kerana tiada apa yang mustahil serta mudah merasa teruja walaupun sesuatu yang berlaku kepada korang itu benda kecik je.
Tetapi, mereka ini juga gemarkan perhatian daripada orang lain. Hhm, attention seeker la gitu? Biasalah, kadangkala kita nak juga orang pandang ke arah kita. Asyik orang lain je yang dapat pujian.
Kajian pun mendapati ramai perempuan yang memilih warna merah sebagai warna kegemaran mereka. Malah dalam beberapa tahun kebelakangan ini, jualan lipstik berwarna merah menyala pun mencatatkan peningkatan walaupun warna nude sering dilihat menjadi pilihan perempuan.
Hhm, agaknya korang tahu tak mana-mana perempuan yang obses dengan warna merah?
Kalau ya, apa kata ambil idea untuk hadiahkan mereka dengan 8 item warna merah pilihan kami:
1 Jam Pintar
Selalu Fossil menghasilkan warna tas jam yang lebih muted seperti warna coklat, hitam atau biru gelap. Kali ini, mereka perkenalkan jam pintar touchscreen Fossil Q dan Q Hybrid dengan tas berwarna merah.
Skrin OLED membolehkan pengguna melihat jadual harian, mesej, gambar dan banyak lagi.
Nak cari jam atau barangan luar negara dengan harga berpatutan? Yellow Porter memudahkan urusan pembelian dan penghantaran barangan di serata dunia! Klik sini untuk maklumat lanjut.
2 Lip Tint
Lip tint berkod No. 04 ini memang membuatkan wajah kelihatan lebih segar walaupun sedikit je dioleh pada bibir. Tak melekit, mempunyai kesan matte dan warna merahnya yang tahan lama membuatkan lip tint innisfree Flower Cottin Ink sesuai untuk korang beri sebagai hadiah. Lagipun, RM44 je untuk satu tiub.
3 Seluar
Kalau girlfriend korang seorang yang berani nak bergaya, haa, ni dia seluar sesuai untuk dia. Seluar berjalur dengan potongan longgar ni mesti akan tarik perhatian semua orang. Dia mesti suka punya bila ada yang tegur, ‘Wow terang!’ Monki
4 Stokin
Siapa kata stokin tak sesuai dijadikan hadiah? Especially kalau dia pandai gayakannya dengan sneakers, kasut oxfords ataupun kitten heels. Nampaklah bergaya street sikit. Monki
5 Gincu
Mesti ada yang tanya, bukan lipstick sama dengan lip tint ke? Haip, mana ada. Lip tint untuk mereka yang sukakan bibir lembap tanpa warna yang terlalu garang. Untuk girlfriend yang memang nak tiru bibir merah Taylor Swift, mereka perlukan gincu Revlon Certainly Red ini. Gincu ini pun mampu milik, pada harga RM37.90.
6 Jaket
Girlfriend seorang yang berbadan kurus? Selalunya ramai yang beranggapan perempuan kurus suka nak tayang bentuk badan dengan berpakaian ketat. Tapi sebenarnya, mereka ni lebih gemar untuk menutupi ‘aset’ yang ada. Walaupun jaket Levi’s ini datang daripada koleksi lelaki, kami merasakan ia juga boleh disarung oleh perempuan yang sukakan stail oversized.
7 Botol Air
Okay, technically, botol air Starbucks ini tak berwarna merah. Ungu-merah jambu-manja je dengan sedikit warna biru. Tetapi kami masih rasakan korang boleh berikannya kepada girlfriend yang gemarkan warna merah kerana ia hanya boleh didapati sehingga akhir bulan Februari depan. Semua orang perlu minum air yang cukup setiap hari kan.