Wartawan Filipina Berusaha Kawal Reaksi Muka Bila Kucingnya Bergaduh Ketika Live Di Kaca TV

Share

Jika sebelum ini wartwan dari Amerika Syarikat mencuri perhatian netizen kerana muncul secara langsung ketika membuat panggil video tanpa memakau seluar, kini wartawan Filipina juga dilaporkan berhadapan dengan situasi awkward apabila kucingnya dilihat sedang bergaduh ketika dia sedang menemubual seorang ahli perniagaan dari rumah.

BACA: Wartawan Luar Negara Curi Perhatian Muncul Secara Langsung Di Televisyen Tanpa Pakai Seluar

Semuanya berlaku gara-gara masing-masing mengamalkan work from home

akibat pandemik COVID-19.

Wartawan yang dikenali sebagai Doris Bigornia itu dilihat berusaha untuk mengawal wajahnya di kaca televisyen ketika kucingnya, Bella dan Nala sedang bergelut.

Memang comel aksi si bulus ni. Kalau manusia boleh jugalah mereka faham yang kita ni sedang buat video call

, tapi kalau haiwan peliharaan, kena terima sahajalah tengok gelagat mereka. Hiks!

Sumber: 9gag

Published by
Noor Ain Norman