Bila bekerja di rumah, macam-macam ragam yang terjadi ketika membuat panggilan video bersama rakan sekerja, ada yang anak berlari-lari di belakang, pasangan yang tak sengaja ‘interframe’ dan kucing mengiau pun boleh didengar. Hiks!
Seperti yang berlaku kepada wartawan A Good Morning America, lelaki itu menjadi bahan gurauan penonton apabila dia muncul di sebuah rancangan popular tanpa memakai seluar dan paling lucu, dia sepertinya tidak menyedari bahawa kakinya boleh dilihat di kamera dan hanya memakai boxer ketika itu.
Will Reeve merupakan anak kepada bintang Superman, mendiang Christopher Reeve, membuat panggilan video secara langsung di sebuah rancangan TV dari kediamannya semalam.
Walau bagaimanapun, ramai penonton rasa ‘terganggu’ dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada perbualan lelaki itu, malah lebih fokus kepada keaadaannya yang tidak berseluar.
Meski pun mengenakan pakaian kemas berjaket kelabu dan berkemeja biru, mungkin Will beranggapan bahawa penonton tidak dapat melihat di bahagian bawah seluarnya. Kan dah malu satu dunia tengok. Hiks!
So guys, kalau korang ada meeting atau sesi temu bual yang dilakukan secara panggilan video selepas ini, pakailah pakaian yang sempurna dari atas sampai bawah bagi mengelakkan insiden-insiden yang tidak diingini berlaku. Hehe!
Dalam tempoh PKP ni macam-macam boleh jadi.
Sumber: dailymail.co.uk