Wartawan Wanita Ini Ditangkap Kerana Mendedahkan Kes Rasuah Kerajaan

Share

Rasuah merupakan barah yang sudah lama menjadi polemik dalam sesebuah pemerintahan negara. Ia bagaikan tiada henti apabila ada individu yang menjadi ‘whistleblower’ dan penegak kebenaran, mereka pula yang ditangkap untuk dijatuhkan hukuman.

Mangsa terbaharu situasi ini adalah Rozina Islam, 42, yang merupakan wartawan penyiasatan Prothom Alo yang merupakan surat khabar dengan edaran terbanyak di Bangladesh. Dia yang ditangkap di bawah akta Rahsia Rasmi pada Isnin lalu berdepan dengan hukuman 14 tahun penjara dan jika disabit kesalahan dia berkemungkinan boleh dijatuhkan hukuman mati.

APAKAH ISU YANG DIDEDAHKAN?

Dia muncul di mahkamah pada hari Selasa yang dituduh mencuri dokumen Kementerian Kesihatan di bawah akta tersebut. Perbicaraan baharu telah ditetapkan pada hari Khamis.

Rozina yang terkenal sebagai wartawan yang melaporkan kes rasuah kerajaan dianggap sebagai seorang wartawan yang berkerja bukan untuk dirinya sahaja sebaliknya untuk membantu rakyat mengetahui perkara sebenar.

Rozina merupakan wartawan penyiasatan yang sangat berdedikasi terhadap kerjanya. Sumber gambar: Outlook

Ketika pandemik Covid-19 melanda, dia merupakan seorang wartawan yang lantang melaporkan secara mendalam tentang kes rasuah dan juga salah urus kerajaan dalam hal tersebut. Pada hari dia ditangkap, Rozina berada di Kementerian kesihatan Bangladesh untuk bertemu dengan sekretariat kesihatan. Dia ditahan selama lima jam di pejabat sekretariat itu sebelum polis dipanggil untuk menahannya.

Menurut kenyataan Harun-Or-Rashid yang merupakan timbalan pesuruhjaya tambahan Polis Metropolitan Dhaka, Rozina ditahan kerana merakam gambar dokumen sensitif kerajaan.

Jawatankuasa The Committee to Protect Journalist (CPJ) meminta pembebasan Rozina dengan kadar segera. “Kami sangat khuatir bahawa pegawai polis Bangladesh menahan seorang wartawan dan mengajukan aduan di bawah undang-undang era penjajahan draconian yang membawa hukuman yang sangat berat,” kata Aliya Iftikhar, penyelidik kanan Asia CPJ dalam satu kenyataan.

Sumber: Al-Jazeera, dw.com, outlookindia.com dan Dhaka Tribune

Published by
Fiezreen