Sebelum ini namanya disebut-sebut selepas kemunculan watak Arif dalam drama bersiri Cari Aku Di Syurga dan kini, Hun Haqeem sekali lagi menjadi bualan apabila watak Jekfer yang dipegang olehnya berjaya mendapat tempat di hati penonton menerusi drama Kampung People.
“Sejujurnya saya betul-betul tak sangka drama Kampung People mendapat sambutan yang luar biasa daripada penonton. Teringat waktu masa mula-mula masuk dalam set penggambaran dulu, saya rasa sangat nervous kerana pertama kali berlakon dalam drama komedi,”
“Kalau ditanya apakah cabaran yang paling sukar semasa di set penggambaran Kampung People, saya sebenarnya tidak menyangka bahawa cabaran paling besar adalah untuk menahan gelak. Korang bayangkan macam mana nak tahan gelak dengan scene-scene lucu yang ada tu, jadi itulah merupakan cabaran paling susah untuk saya berlakon bersama mereka,” jelasnya sambil tertawa.
Memiliki wajah tampan dan berkulit cerah, Hun yang juga merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur pada awalnya agak gementar untuk membawakan watak orang kampung. Namun begitu, dia menyahut cabaran ini untuk membuktikan bahawa dia mampu untuk menggalas pelbagai watak yang diberi.
Hun dalam paparan Majalah Remaja isu Oktober-Disember 2019.
“Pada mulanya bila pihak produksi memberi tawaran watak Jaafar ini, saya rasa agak ragu-ragu juga sebab boleh ke saya bawa watak seorang lelaki kampung? Namun, tugas ini saya galas dengan membuat research serba sedikit tentang cara percakapan dan tingkah laku mereka, Alhamdulillah waktu Jaafar atau Jekfer diterima baik oleh semua orang.”
Terima sambutan luar biasa
Dah jadi kebiasaan apabila pelakon lelaki mendapat perhatian golongan wanita, lebih-lebih lagi para remaja. Tapi menurut Hun, dia juga terkejut apabila Jekfer turut menjadi bualan seluruh lapisan masyarakat.
“Susah nak cakap target audience drama ni sebab saya rasa ia bukan hanya ditonton oleh golongan perempuan, tapi kalau ada yang terjumpa saya diluar sana, ramai juga parents’ yang menegur dan paling tak sangka, abang Food Panda pun kenal saya sebagai Jekfer. Katanya dia pun tengok Kampung People. Hehe,” jelas Hun lagi.
Hun dalam paparan Majalah Remaja isu Oktober-Disember 2019.
Minggu ini merupakan minggu akhir bagi tayangan drama viral ini. Pasti ramai yang akan merindui telatah orang Kampung Sinaran Baru.
“Hun nak ucapkan terima kasih kerana menonton dan menyokong lakonan saya, serta support drama Kampung People. Sejujurnya saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua. Korang memang awesome!”
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sistem barter paling luar biasa abad nie. Kalau dulu mak ayah tukar padi dengan garam/ gula tapi sekarang sebuah kereta untuk lima pot tanaman sahaja. Memang terkejut jadinya.
Di negara jiran Indonesia sedang heboh satu urusan jual beli melibatkan dua individu yang suka sama suka tukar kereta untuk lima pot tanaman hiasa jenis Philo dan Caladium.
Diambil dari instargram medsoskediri, kelihatan beberapa orang lelaki di sekeliling sebuah kereta jenis Avanza berwarna hitam. Kelihatan dua orang memegang pot sebelum menyebut “deal, sebuah unit Avanza tukar sama Philo dan Caladium,” dalam video yang dirakam ini.
Video yang viral ini dikatakan berlaku di sebuah Desa Doko, Daerah Ngasem Kediri Jawa Timur.
“Heboh di Kediri, sebuah Transaksi barter antara sebuah mobil dengan kembang. Lokasi di desa doko, kec ngasem, sebuah unit avanza barter dengan tanaman hias berupa Pilo dan Caladium oleh seorang kolektor dengan bakul kembang????, lumayan lur kenek gawe mahar,” tulis keterangan dalam unggahan tersebut (heboh di Kediri, satu pertukaran suka sama suka sebuah kereta dengan pokok hiasan. Satu unit Avanza ditukar dengan pokok hiasan jenis Pilo dan Caladium oleh seorang pengumpul. Lumayan maharnya)
Dalam pada itu, ramai yang hairan dengan pertukaran suka sama suka pemilik keduanya. Dalam temubual Kompas.Com dengan pemilik tanaman Oranje Garden iaitu Tisi, tanaman yang viral itu adalah dari jenis Philodendron florida beauty, yang merupakan tanaman hiasan yang jarang didapati dan agak mahal harganya. Harga bagi setiap pokok lebih kurang RM600 (dua juta rupiah)
Sayangnya kata Tisi, dalam video itu tidak kelihatan tanaman hiasan jenis Caladium yang dijadikan pertukaran suka sama suka. Namun jika tanaman ini terdiri dari Caladium Hybrid harganya mencecah puluhan juta rupiah (satu juta rupiah tidak kurang RM300).
Masa yang sama, tahun berapa Avanza itu diperbuat juga tidak jelas kerana tidak dinyatakan.
Carian REMAJA di Shopee dan Lazada bagi pokok hiasa jenis Philodendron harganya tidak lebih RM150 manakala bagi Caladium Hybrid harganya lebih kurang RM71. Ermmm, minat masing-masingkan. Tapi kalau sudah suka, hal itu bukan luar biasa pun. Sumber : Kompas.com
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berita kehilangan mengejut seorang pelajar UiTM Alor Gajah sejak 5 hari yang lalu masih belum menemui titik noktah.
Melalui status yang dimuat naik oleh Alin Ikmal di media sosial minggu ini, dia memohon bantuan daripada netizen untuk mencari adiknya Norazwa Rashid setelah dilaporkan hilang, 5 hari lepas.
Norazwa dikatakan tidak memasuki ke asrama kampusnya, malah rakan sebilik pun terkejut dengan kehilangan ini kerana mereka masih ingatkan Norazwa berada di rumahnya di Kelantan setelah pulang sebentar.
Siri tweet yang sempat dimuat naik oleh Norazwa sebelum dia hilang pada 3 Jun lepas.
Alin bagaimanapun mendakwa adiknya itu telah selamat tiba di Alor Gajah tapi kini tidak diketahui kedudukannya di mana. Alin telah membuat laporan polis berkenaan kes ini sejak hari Selasa lagi namun masih belum ada apa-apa bukti atau penemuan yang boleh membantu.
“Cuma, ada satu petunjuk yang kami temui pada resit KFC Alor Gajah. Tarikh pada resit menunjukkan tarikh 2 Jun jam 13.49 dan mungkin wakty itulah dia telah ke sana. Saya berharap agar kita dapat tengok CCTV sekitar tempat itu untuk mengesa baju dan seluar yang dipakai pada hari kejadian, kata Alin kepada rakan media kami di Kampus Uols.
Resit KFC yang dikatakan milik pembelian Norazwa.
“Kami sekeluarga sangat risau dengan keadaannya, lagipun Hari Raya sudah semakin dekat. Kami harap agar adik dapat kembali ke pangkuan keluarga dan saya mohon kerjasama semua untuk sama-sama mencarinya,” pinta Alin.
Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan Norazwa, korang boleh menghubungi Alin di talian +6019 6037304.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Peningkatan wabak kes Influenza Like Illness (ILI) atau jangkitan salur pernafasan dilaporkan semakin menular.
Terbaru, sebuah sekolah menengah berasrama di daerah Petaling, Selangor dikesan kluster Influenza-Like-Illness (ILI) pada Selasa lepas.
Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata kluster tersebut dikesan apabila Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling menerima notifikasi 110 orang pelajar bergejala demam, batuk, selesema serta sakit tekak dan kes pertama telah dikenal pasti bergejala sejak 14 Jun lepas.
“Sehingga semalam, jumlah keseluruhan kes mempunyai gejala jangkitan saluran pernafasan atas seperti demam, batuk, selesema dan sakit tekak adalah 191 orang pelajar dengan kadar serangan jangkitan 32.5 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Sha’ari Ngadiman Via Astro Awani
Beliau berkata daripada jumlah tersebut, lima orang pelajar telah disahkan positif Influenza A, manakala sebanyak 13 sampel lagi masih menunggu keputusan.
Menurutnya, pemantauan yang dijalankan oleh JKN Selangor terhadap jangkitan ILI di negeri itu mendapati situasi masih terkawal namun penularan jangkitan di institusi pendidikan, terutamanya sekolah-sekolah berasrama menunjukkan sedikit peningkatan dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini.
Sebelum itu, mari kita ambil tahu tentang punca, cara merebak dan cara mencegah wabak ini.
Punca Penyebaran Wabak ILI:
Fakta: Menerusi virus dan bakteria
Mitos: Makanan dan minuman
Cara wabak ILI merebak:
Menerusi perkongsian peralatan diri seperti tuala
Tangan yang kotor
Objek yang tercemar
Cara pencegahan:
Mencuci tangan menggunakan sabun dan air
Hand sanitizer
Tutup mulut ketika batuk
Tutup mulut ketika bersin
Memakai topeng muka
Sehubungan itu, orang ramai, masyarakat dan pelajar dinasihati agar sentiasa mengamalkan langkah kawalan kendiri.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, penyanyi dan juga salah seorang anggota idola K-Pop terkenal, Beomgyu TOMORROW X TOGETHER (TXT) meraih perhatian peminat apabila mendermakan wang sebanyak 30...