Sumber Foto: Jabatan Penerangan

 

Istiadat perlatikan Menteri Besar Perak pada hari ini berlangsung bukan dalam nada keraian seperti yang berlaku kebiasaannya, sebelum ini. Sebaliknya, istiadat yang terpaksa dilakukan akibat krisis politik di negeri Perak ini adalah sesuatu yang tidak boleh dibanggakan kerana ia berpunca daripada kegagalan sebuah pentadbiran.

Titah Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, istiadat pada hari ini merupakan istiadat perlantikan Menteri Besar ketiga sejak Pilihan Raya Umum keempat belas, pada tahun 2018.

“Perkara ini bukanlah sejarah yang mahu dibanggakan; perkara yang berlaku akan tercatat dalam sejarah sebagai cerminan kegagalan dan bukannya kejayaan.

Ads

“Sifat sebenar insan akan terserlah ketika seseorang itu mendapat jawatan dan kuasa. Betapa kata tidak lagi dikota; atau kata akan bertukar nada, berlainan irama. Bersedia mengatakan yang hitam itu putih dan yang putih itu hitam.

“Watak sebenar insan akan terpamer apabila seseorang telah memiliki kekayaan dan harta. Lalu, lenyapnya budaya kesederhanaan dan merendah diri, sebaliknya menjelma sifat sombong dan gelagat bongkak.”

“Watak Sebenar Terpamer Bila Memiliki Harta” – Titah Sultan Nazrin Khas Kepada Pemimpin
Sumbe Foto: Jabatan Penerangan

Tambah Baginda lagi, perubahan sifat seorang pemimpin itu akan lebih cepat berlaku apabila seseorang dikelilingi dengan orang tamak yang berkepentingan sendiri, bermuka-muka, membisikkan kata-kata pujian dengan niat tersirat lalu menyalahgunakan hubungan dengan pemimpin.

Ads

Baginda turut mengingatkan kepada pemimpin untuk tidak sesekali membenarkan diri terleka dan terawang-awang dalam awan biru khayalan sehingga lupa untuk berpijak di bumi yang nyata. “Rumput hijau yang ditinggalkan mungkin telah berubah perang, gersang kerana terlalu lama tidak lagi disirami hujan.”

Dalam keadaan pandemik semasa di mana rakyat kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan pada tahun ini, Sultan Nazrin juga menitahkan agar rakyat tidak sesekali diabaikan.

Ads

“Doa rakyat yang merasakan diri mereka teraniaya tidak ada dinding untuk dimakbulkan Ilahi. Janganlah rakyat dianiayai kerana dipengaruhi emosi berdendam dan pemikiran politik yang jumud.”

Untuk menonton titah penuh Sultan Nazrin, klik video di bawah.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI