Watsons Drive-Thru Kini Di JB, Lebih Mudah & Cepat

Share

Kecanggihan teknologi hari ini membuatkan kehidupan seharian kita menjadi jauh lebih mudah. Jika dahulu kita perlu keluar untuk membeli barang, kini semuanya boleh dilakukan hanya di hujung jari.

BACA: Serius Cool, ‘Mesin Gedegang’ Skincare Kini Terdapat Di Pulau Pinang

Jika dahulu kita perlu beratur panjang untuk membayar barangan yang dibeli, kini kita hanya perlu menunggu di dalam kereta dan membuat pembelian secara drive-thru

. Mungkin ramai yang sudah terbiasa membeli makanan di restoran makanan segera secara drive-thru, sekarang ini korang juga boleh membeli produk skincare dengan hanya menunggu di kereta.
Sumber: TikTok @fatinkhuzaifah

Baru-baru ini viral di TikTok apabila @fatinkhuzaifah memuat naik video yang menunjukkan sebuah drugstore popular yang menjual produk skincare, Watsons kini sudah mempunyai cawangan drive-thru.

@fatinkhuzaifah♬ CASABLANCA – Nuha Bahrin & Naufal Azrin

Watsons drive-thru yang pertama di Malaysia ini terletak di Taman Daya, Johor Bahru dan khabarnya ia telah dilancarkan pada Mei lalu. Dengan hanya menggunakan aplikasi mudah alih Watsons, pelanggan kini boleh membuat pembelian melalui telefon bimbit dan menggunakan perkhidmatan Click & Collect Express

untuk mengambil barangan mereka dalam masa empat jam menggunakan kaunter pandu lalu.
Sumber: TikTok @fatinkhuzaifah

BACA: Lebih Mudah, FamilyMart Perkenal Kiosk Pintar Pertama Di Stesen Minyak

Wah, menariknya! Tidak perlu lagi bersesak-sesak di dalam kedai dan tidak perlu juga korang menunggu dengan lama untuk mendapatkan barangan sekiranya membuat pembelian secara pos. Duduk sahaja di dalam kereta dan tunggu sahaja sehingga barangan yang dipesan siap untuk diambil. Betul tak?

Namun, ada juga yang berpendapat mereka lebih suka dan puas hati jika membeli sendiri di stor fizikal. Macam mana pula dengan korang?

Sumber: (1), (2)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Noor Ain Norman