Berita baik buat penggemar filem Indonesia, bermula 24 April ini korang akan disajikan dengan filem terbaru berjudul 1 Kakak 7 Ponakan yang diadaptasi dari siri televisyen tahun 1996 arahan pengarah Arswendo Atmowiloto.

Yang pasti, filem hasil karya penulis dan pengarah terkenal, Yandy Laurens ini akan membuatkan sesetengah orang relate!

1 Kakak 7 Ponakan mengisahkan kehidupan seorang lelaki bernama Moko yang sedang mengejar impiannya. Sehinggalah pada suatu hari, Moko terpaksa memikul tanggungjawab besar menjadi bapa tunggal kepada tujuh orang anak saudaranya.

Kali ini, meh REMAJA belanja sinopsis dan beberapa fakta yang perlu korang tahu sebelum pergi menonton 1 Kakak 7 Ponakan bersama seisi keluarga atau kawan-kawan.

#WayangRemaja: 1 Kakak 7 Ponakan, Filem Kekeluargaan Indonesia Yang Buat Korang ‘Relate’ Habis! #WayangRemaja: 1 Kakak 7 Ponakan, Filem Kekeluargaan Indonesia Yang Buat Korang ‘Relate’ Habis!

SINOPSIS

Moko yang dilakonkan oleh Chicco Kurniawan merupakan seorang arkitek muda yang bersemangat dalam perjuangan kehidupannya untuk mencapai pelbagai impian.

Bagaimanapun, hidupnya berubah sekelip mata apabila terpaksa menjaga kesemua tujuh orang anak saudaranya secara seorang diri.

Banyak dugaan yang perlu ditempuh Moko sehingga dirinya terpaksa membuat pilihan antara kehidupan cinta bersama Maurin (lakonan Amanda Rawles), kerjaya mahupun keluarga.

Bukan setakat Moko yang struggle, malah anak-anak saudaranya Woko (Fatih Unru), Nina (Freya JKT48), Ano (Ahmad Nadif) dan Ais (Kawai Labiba) juga perlu berdepan dengan cabaran hidup masing-masing.

Ads

#WayangRemaja: 1 Kakak 7 Ponakan, Filem Kekeluargaan Indonesia Yang Buat Korang ‘Relate’ Habis!#WayangRemaja: 1 Kakak 7 Ponakan, Filem Kekeluargaan Indonesia Yang Buat Korang ‘Relate’ Habis!

ADAPTASI SIRI TV TAHUN 1996, SESUAI TONTONAN SEMUA 

Bagi remaja yang membesar pada zaman 90-an khususnya yang pernah menetap di Indonesia, mungkin korang pernah menonton sinetron popular dengan judul yang sama; 1 Kakak 7 Ponakan. Drama ini asalnya ditulis oleh pengarah terkenal, Arswendo Atmowiloto dan kini ia diangkat dalam bentuk filem agar boleh ditonton oleh semua lapisan umur.

BARISAN BINTANG A-CLASS

Tidak dinafikan teraju filem ini menyaksikan kelibat bintang-bintang yang masih fresh and young. Tapi korang tak perlu risau kerana kesemua pelakon filem 1 Kakak 7 Ponakan memang berbakat besar dan di Indonesia, mereka digelar sebagai kelompok pelakon bergred A!

Ia termasuklah Chicco Kurniawan yang membawakan watak Moko bersama-sama pelakon lain seperti Amanda Rawles, Fatih Unru, Freya JKT48, Maudy Koesnaedi, Kiki Narendra dan ramai lagi. Kolaborasi di antara pelakon muda dan legend membuatkan filem ini lebih ‘hidup’ dan ‘sampai’ ke hati penonton.

#WayangRemaja: 1 Kakak 7 Ponakan, Filem Kekeluargaan Indonesia Yang Buat Korang ‘Relate’ Habis!

SENTUHAN SUARA LUNAK SAL PRIADI

Mungkinkah, mungkinkah… Mungkinkah kau mampir hari ini?

Ads

Mesti ramai yang pernah mendengar lagu viral ini kan!

Untuk pengetahuan korang, tiga buah lagu nyanyian Sal Priadi telah pun dipilih untuk menjadi runut bunyi filem ini. Disebabkan Yandy Laurens jatuh cinta dengan cara nyanyian dan gubahan lagu Sal Priadi; beliau memilih tiga buah lagu yang paling ngam dengan vibe filem ini.

Bak kata orang, lagu pun boleh jadi pencerita baik buat emosi sesuatu karakter.

MENANGIS BACA SKRIP, SAMPAI TAK BOLEH BERCAKAP

Kalau korang nak tahu, Chicco berkongsi momen sewaktu dia menelaah skrip yang diberi. Sewaktu tiba di bahagian hujung naskah 1 Kakak, 7 Ponakan; Chicco berkata dia menangis teresak-esak sampaikan tak mampu untuk bercakap apa-apa disebabkan merasa terlalu tersentuh dengan watak Moko.

Akhirnya, Chicco tersedar bahawa dirinya secara peribadi mahu menjadi seorang individu seakan Moko yang sering memberikan kasih sayang kepada keluarganya.

Ads

#WayangRemaja: 1 Kakak 7 Ponakan, Filem Kekeluargaan Indonesia Yang Buat Korang ‘Relate’ Habis! #WayangRemaja: 1 Kakak 7 Ponakan, Filem Kekeluargaan Indonesia Yang Buat Korang ‘Relate’ Habis!

FATIH UNRU & FREYA JKT48 MEMAHAMI WATAK

Sementara itu, Fatih berkongsi pengalamannya semasa aktiviti camp reading filem 1 Kakak 7 Ponakan di mana semua pelakonnya perlu tinggal bersama ibarat sebuah keluarga sebenar.

Daripada pengalaman tersebut, Fatih betul-betul dapat menjiwai peranan Woko dalam sebuah keluarga besar.

Bagi pelakon Freya pula, dia merupakan anak sulung dalam kehidupan sebenar. Namun untuk filem ini, Freya memainkan watak Nina yang merupakan anak pertengahan. Pengalaman itu membuat dirinya lebih faham perasaan adik-adik dan bagaimana mereka memandang abang serta kakak mereka sebagai tonggak harapan.

#WayangRemaja: 1 Kakak 7 Ponakan, Filem Kekeluargaan Indonesia Yang Buat Korang ‘Relate’ Habis!

Korang mesti tak sabar nak tonton filem yang penuh emosi, lucu tapi menyentuh hati ini, bukan?

Jika korang ingin menontonnya sehari lebih awal (21 April 2024) daripada tayangan di pawagam seluruh Malaysia, #WayangRemaja ingin memberikan tiket tayangan perdana 1 Kakak 7 Ponakan ini menerusi peraduan yang kami jalankan di platform Instagram Majalah Remaja. Siap pakej dapat jumpa pelakon filem ini di depan mata lagi! Jom sertai.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI