Bagi korang yang meminati filem bergenre biografi muzikal, jangan lepaskan peluang untuk menonton sebuah filem biopik Elton John yang berjudul Rocketman.
Diarahkan oleh Dexter Fletcher, filem ini mengisahkan tentang perjalanan karier Elton John yang bermula di Royal Academy of Music sehinggalah beliau berjaya memberi pengaruh muziknya kepada peminat di seluruh dunia.
Watak penyanyi versatile yang pernah popular dengan lagu Sorry Seems To Be The Hardest Word ini dilakonkan oleh Taron Egerton bersama gandingan actor hebat lain seperti Jamie Bell, Richard Madden dan Bryce Dallas Howard.
Rocketman akan ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 25 Julai ini dan apa yang menariknya, macam biasa kami nak berikan pass masuk percuma untuk menonton filem hebat ini.
Jawab soalan mudah dan korang bakal memenagi pass masuk untuk dua orang ke tayangan Rocketman di seluruh pawagam Malaysia.
Pemenang akan diumumkan di ruangan mesej di Instagram dan korang perlu mengambil pass tersebut di alamat seperti yang tertera dibawah:
Nu Ideaktiv Sdn Bhd
Lot 2, Jln Renggam 15/5, Off Persiaran Selangor,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
*Pass perlu di ambil dalam masa satu minggu selepas pemenang diumumkan mengikut waktu yang kami akan berikan nanti.
Good luck guys!
[UPDATED] Demi Duit, Universiti Akan Menjual Nombor Plat Istimewa Kepada Alumni
Saban tahun, mesti korang selalu je dengar tentang masalah kewangan yang melanda universiti tempatan, kan?
Penulis sendiri tertanya-tanya, universiti tempatan memang sentiasa ‘sengkek’ duit ke walaupun nama sudah terbilang di peringkat dalam negara dan antarabangsa?
Malangnya, ya.
Disebabkan itulah, Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik semalam mengumumkan cara untuk mengatasi masalah ini, iaitu dengan menjual nombor pendaftaran kenderaan (nombor plat) edisi istimewa kepada alumni universiti tempatan yang terlibat.
Menurut laporan dari Berita Harian, Kementerian Pengangkutan juga telah bersetuju dengan cadangan tersebut. Menerusi kenyataan menterinya, Anthony Loke, cadangan itu diluluskan demi memberi peluanh kepada Universiti untuk mengaut dana bagi pelan penyelidikan dan pembangunan institusi.
Iyalah, kalau nombor kenderaan yang ‘cantik’, ia selalu boleh mencecah hingga ke enam angka jika dibida!
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik pula berkata, “Dengan kerjasama di antara JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) dengan pihak universiti, kami akan cuba untuk mengisukan idea menjual nombor plat ini.
“Contohnya, untuk bekas pelajar UM (Universiti Malaya), kita boleh menjual nombor UM1000, atau UM2322. Jadi, separuh hasil jualan nombor itu pergi ke JPJ dan separuh lagi kepada universiti,” kata beliau.
Dr. Maszlee juga mengajak agar para alumni menunjukkan sokongan terhadap universiti masing-masing dengan mendapatkan nombor plat edisi istimewa ini. Come on, siapa lagi nak support kalau bukan bekas pelajar sendiri?
*
Bagi yang berminat, pihak kerajaan bersetuju menurunkan harga permohonan nombor plat khas dari RM1 juta kepada RM500,000 sahaja.
Kelonggaran yang diberikan selama tiga tahun ini membolehkan pihak universiti menawarkan nombor plat secara tender atau bidaan.
*
Sebelum ini korang selalu lekat sticker je kan dekat cermin belakang kereta. ‘Up’ kan lah sikit dengan menukar nombor plat.
Cer komen, apa nombor plat pilihan masing-masing?
Pelajar Di UK Ini Kongsi ‘Perjalanan’ Undi Pos Untuk PRU 14, Sempat Atau Tidak Untuk Sampai?
Esok, seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan akan keluar mengundi sempena Pilihan Raya Umum Ke-14.
Bagi pengundi yang sedang berkhidmat, belajar atau sedang bermigrasi di luar negara pula, mereka akan dapat merasai pengalaman mengundi secara pos demi menjalankan tanggungjawab sebagai warga negara Malaysia.
Menariknya, media sosial telah dijadikan ruang perkongsian sesama pelajar di luar negara serta untuk berkongsi dengan rakan di Malaysia mengenai ‘perjalanan’ kertas undi yang telah mereka pos. Maklum sajalah, kali pertama ingin mengundi pastinya ada beberapa perkara yang kita tidak faham sepenuhnya mengenai undi pos. Jadi, platform seperti Facebook dan Twitter diguna sebaik mungkin untuk berinteraksi.
Salah seorang pelajar yang menarik perhatian kami adalah Qaisy Jaslenda yang kini sedang menuntut di Bartlett School of Architecture, UCL, University of London. Melalui akaun Facebook miliknya, Qaisy berkongsi mengenai pengalamannya sebagai pengundi pos kali pertama.
Agak-agak, sempat sampai atau tidak kertas undinya itu?
* * * * *
1 Mei 2018
Pada jam 22:32, kertas undi pos saya telah dihantar ke FedEx Shah Alam, Malaysia untuk ke London.
2 Mei 2018
Pada jam 20:21, kertas undi tersebut sudah dalam perjalanan.
3 Mei 2018
Pada jam 14:07, saya terima sms memaklumkan kertas undi tersebut akan sampai di London pada 4 Mei 2018.
Pada sekitar jam 23:00 malam, saya periksa tracking number di website FedEx. Kertas undi tak dapat dikenalpasti.
4 Mei 2018
Kertas undi masih tak dapat dikenalpasti menerusi website FedEx. FedEx juga tidak dapat dihubungi melalui telefon.
5 Mei 2018
Menerusi website FedEx, kertas undi tersebut didapati masih di Sepang, Malaysia. Jangkaan masa sampai ke London masih tidak ada.
6 Mei 2018
Masih tiada khabar.
7 Mei 2018
Jam 20:40 malam (waktu Perancis). Kertas Undi berada di FedEx ROISSY CHARLES DE GAULLE CEDEX, France.
8 Mei 2018
Pada jam 08:30 pagi (sehari sebelum PRU14), kiriman tersebut tiba juga di Depot FedEx di London. Saya sedang membuat pertanyaan lanjut mengenai “shipment exception” beberapa hari lalu dengan pegawai FedEx di London.
Sekitar jam 10:00 pagi, kiriman kertas undi sampai ke tangan saya. Rakan saya bantu saya untuk bawa kertas undi saya ke Heathrow, untuk naik kapal terbang dan dibawa balik ke Malaysia. Kami kumpul wang untuk tanggung kos tiket.
* * * * *
Ini bermaksud, kebanyakan daripada warganegara Malaysia di United Kingdom khususnya mungkin masih belum menerima kertas undian mereka walaupun berbaki kurang sehari sahaja lagi sebelum tarikh mengundi.
Menarik juga apabila kita dapat melihat, servis “FedEx International Priority” mengambil masa lima hari untuk sampai ke Sepang dari Shah Alam. Hhm..
Ini yang boleh disimpulkan oleh Qaisy melalui pengalaman undi pos kali pertama. “Memandangkan hanya tinggal empat hari sebelum hari mengundi pada 9 Mei 2018 tamat, dan cuti hari buruh di United Kingdom pada hari Isnin, 7 Mei 2018. Saya jangkakan kertas undi saya tak akan sempat sampai ke kotak undi.” Namun seperti yang dinyatakan di atas, akhirnya ia tiba juga pagi tadi.
Bagaimana pula dengan rakan atau ahli keluarga korang yang sedang berada di luar negara? Adakah mereka menghadapi situasi yang sama ataupun sama sekali enggan kisah dengan situasi tidak dapat mengundi ini?
Bagaimana pula sekiranya rakyat Malaysia di luar negara ingin mendapatkan penjelasan mengenai isu ini?
Kami harapkan ada solusi yang dapat dikemukakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
Sumber: Facebook Qaisy Jaslenda
Bosan Buat Kerja Dari Rumah? Ini Senarai Hotel Yang Menawarkan Pakej ‘Work From Hotel’
Nampak gaya masyarakat di sekitar Lembah Klang terpaksa melalui tempoh dua minggu lagi menjalani arahan PKPB susulan kes positif COVID-19 yang mendadak naik. Disebabkan itu juga, rata-rata daripada majikan diarahkan untuk menyarankan pekerja mereka untuk ‘work from home’ (WFH).
Sekitar bulan Mac yang lalu, kita sudah hampir tiga bulan bekerja di rumah dan kini nampaknya terpaksa melalui situasi yang sama bagi memutuskan rantaian COVID-19.
Mungkin ada yang tidak gemar berkerja dari rumah disebabkan beberapa perkara seperti masalah internet yang perlahan, terlalu ramai orang di rumah dan kondisi sekeliling yang tidak begitu selesa.
Nah, jangan risau kerana beberapa hotel telah pun menawarkan pakej ‘work from hotel’ dengan harga yang sangat berbaloi. Menyediakan perkhidmatan wi-fi yang tip top serta ruang sekeliling yang kondusif, sudah tentu korang dapat melakukan pekerjaan dengan tenang.
Paling best, pakej work from hotel ini bukan sahaja ditawarkan dari hotel di Lembah Klang saja, tetapi beberapa hotel di luar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor juga turut menawarkan pakej ini.
Jom kita semak senarai dibawah.
1. Hotel Ormond, Chow Kit
Need a change of scene from your usual Work From Home? Work, eat and even sleep at The Chow Kit with our #WFHotel Package at only RM30 per day, from 9am – 7pm on weekdays. Includes free-flow barista coffee, 30% off F&B and 30% off a room stay. https://t.co/ETNg2SzdMC pic.twitter.com/YKiaafUW9V
— Ormond Hotels (@ormondhotels) October 24, 2020
Menawarkan pakej RM30 dari jam 9 pagi-7 malam pada hari Isnin hingga Jumaat, hotel ini juga menawarkan free-flow barista coffee, diskaun 30% untuk F&B dan potongan 30% untuk penginapan.
2. The Grand Margherita, Kuching
Harga pakej work from hotel hanya RM30 dari jam 10 pagi hingga 9 malam. Pakej yang ditawarkan agak menarik seperti free flow coffee/tea atau soft drink, WiFi berkelajuan tinggi dan banyak lagi.
3. Hotel Oyo
Thanks @iamjoelee 😃
Anyone can find an OYO to work from here https://t.co/f6z2KFQWe3 😊 pic.twitter.com/vl1PbeXcxm
— OYO Malaysia (@OYOMalaysia) October 26, 2020
Hotel bajet, Oyo juga menawarkan perkhidmatan work from hotel dengan harga serendah RM19
4. Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur
Kalau korang nak situasi yang selesa di hotel 5 bintang, Shangrila Kuala Lumpur menawarkan harga bermula RM190 dari jam 8 pagi sehingga 9 malam, serta tambahan RM20 bagi setiap jam. Ada beberapa pakej yang ditawarkan, korang boleh rujuk dibawah:
5. The RuMa Hotel, Kuala Lumpur
Hotel butik The RuMa menawarkan WiFi berkelajuan tinggi pada peranti tanpa had, bar mini percuma, sambungan HDMI di TV bagi video conferencing atau virtual meetings, tempat letak kenderaan percuma dengan harga RM248 selama 4 jam.
6. Hotel New World, Petaling Jaya
Hotel ini juga menawarkan persekitaran yang selesa dan selamat serta ruang kerja yang kondusif untuk pelanggan.
7. Hotel Hatten, Melaka
Dengan hanya berharga RM68 untuk kegunaan Premier Lounge, pakej ini juga termasuk set lunch atau dinner percuma, free flow drinks termasuk kopi, teh dan soft drinks bermula jam 9 pagi hingga 8 malam.
8. The Holiday Inn Express, Kuala Lumpur
Menawarkan harga RM85 seorang, hotel Holiday Inn juga turut menyediakan perkhidmatan work from hotel.
9. Hotel Grand Darulmakmur, Kuantan
Inginkan privasi dan kelainan sepanjang tempoh “work from home“? Hotel Grand Darulmakmur menyediakan pakej bilik istimewa dengan hanya berharga RM99 dari jam 9 pagi sehingga 5 petang.
Ha, macam mana ada yang nak tukar angin ‘work from hotel’ ke? Hiks!
Sumber: Malay Mail