
Selepas kejayaan A Quiet Place kira-kira tiga tahun lepas, filem ini bakal membuat sekuel dalam A Quiet Place Part II yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.
Kesinambungan kepada filem “A Quiet Place” (2018), di mana ahli keluarga Abbott yang terselamat berjuang untuk terus hidup selepas situasi ngeri yang berlaku di rumah mereka.
Kini mereka meneruskan hidup mereka dengan mengembara ke dunia luar.
Dalam pada mereka meneruskan perjalanan tanpa hala tuju yang tertentu, mereka turut mendapati kali ini terdapat ancaman lain yang menanti mereka, selain makhluk asing yang memburu menggunakan deria bunyi.
Dibintangi oleh Emily Blunt, Cillian Murphy, Millicent Simmonds, Noah Jupe, Djimon Hounsou, filem arahan John Krasinski bakal ditayangkan mulai 19 Mac 2020 di seluruh pawagam tanah air.
Remaja nak beri peluang kepada korang untuk memenangi 2 tiket ke tayangan perdana A Quiet Place Part II yang bakal berlangsung minggu hadapan.
Tarikh: 18 Mac 2020
Masa: 8.30 malam
Lokasi: TGV Sunway Pyramid
Jawab soalan mudah di bawah dan peserta hendaklah yang tinggal berhampiran dengan kawasan Lembah Klang bagi memudahkan urusan pengambilan tiket. Pemenang akan diumumkan melalui DM di Instagram.
Institut Muzik UCSI Diiktiraf Di Malaysia & Tersenarai Terbaik Di Asia

Apa perasaan korang bila universiti tempat korang belajar diiktiraf sebagai yang terbaik? Mesti proudkan, tambah-tambah jika kita salah seorang yang terlibat. Tak kiralah sama ada masih belajar atau sudah graduate, bila nama universiti kita menerima pengiktirafan, rasa bangga itu pasti ada.
Terbaru, universiti UCSI dalam bidang muzik telah diiktiraf oleh penilaian QS World University Rankings yang baru sahaja diumumkan oleh Subject 2018 di mana UCSI termasuk dalam senarai ke 51-100 institut yang terbaik dalam bidang muzik dan seni persembahan.
Statistik yang diberikan oleh QS memperlihatkan reputasi Institut Muzik UCSI (iMus) yang memberangsangkan dalam bidang akademik dan pekerjaan yang merupakan kelayakan utama menyumbang pada penilaian skor keseluruhan tertinggi. Faktor ini menempatkan UCSI di dalam senarai 100 institusi terbaik daripada 1,182 yang dinilai.
Kedudukan selanjutnya mengukuhkan reputasi iMus sebagai pusat pembelajaran muzik yang terbaik dan terkenal di seluruh Malaysia.
Tiada universiti atau institusi yang di Malaysia yang disenaraikan dalam lingkungan antara 100 yang terbaik di dalam kategori ini dan hanya tiga institusi sahaja yang disenaraikan mendahului UCSI di Asia iaitu Universiti Kebangaan Singapura, Institut Kesenian Yogyakarta Indonesia.

Berbangga dengan penilaian ini, Pengarah Institut Muzik UCSI, Profesor Dr P’ng Tean Hwa mengatakan bahawa pengiktirafan ini dianggap sebagai hasil dari kerja kerasnya selama bertahun beliau berkhidmat di UCSI dan iMus.
“Tergolong antara 100 institut yang terbaik daripada kebanyakan universiti dan sekolah muzik dari seluruh dunia yang tersenarai adalah sesuatu yang amat membanggakan dan memberikan kepuasan. Ianya bukanlah sesuatu yang mudah bagi kami kerana kami perlu membuktikan bahawa wujudnya peluang pekerjaan dan masa depan yang cerah dalam bidang muzik” kata Dr P’ng.
“Kami sentiasa bekerjasama dengan pelajar kami, jadi kejayaan ini patut dikongsi bersama alumni dan pelajar-pelajar kami, begitu juga dengan tenaga pengajar kami. Setiap seorang di sini memainkan peranan dalam usaha meningkatkan pencapaian UCSI and iMus sehingga ke hari ini dan apabila kami bersatu-padu, segalanya menjadi lebih hebat dan cemerlang.”
“Kami akan terus berusaha kuat untuk mempertahankan kejayaan ini. Kami sasarkan untuk menjadi pilihan utama, bukan sahaja untuk pelajar tempatan, tetapi juga untuk pelajar dari seluruh dunia. Kami gembira prestasi dan kedudukan kami di peringkat global ini memperlihatkan cita-cita kami.”
iMus dikenali sebagai pusat pengajian muzik yang utama di Malaysia dalam pengajian muzik klasikal dan kontemporari. Ia telah melancarkan karier untuk penggiat-penggiat seni terkemuka, antaranya adalah seperti Dr Joanne Yeoh, Dennis Lau dan komposer terkenal Onn San.
Semakin rancak mencapai kejayaan, iMus sentiasa melangkaui kecemerlangan dalam pembelajaran dan pengajaran. Institut ini mengadakan pertandingan piano peringkat wilayah dan ia juga telah diperluaskan dengan mengadakan persidangan muzik yang mengajar pelajar-pelajarnya pengetahuan pedagogi.
Kekuatan iMus yang jelas ditonjolkan di dalam penilaian ini adalah salah-satu persediaan untuk mencapai kejayaan dan prestasi ke peringkat yang lebih tinggi untuk UCSI. Universiti UCSI seronok menikmati kecemerlangan menjadi universiti yang terpantas meningkat naik di Asia selepas melonjak naik 131 tangga di dalam penilaian QS University Rankings: Asia 2018 – sekaligus menempatkan UCSI di dalam 1.8% universiti yang terhebat di Asia.
UCSI adalah satu daripada dua universiti swasta di Malaysia yang tersenarai di dalam penilaian QS sedunia ini.
Marvel Run Bakal Diadakan Di Putrajaya! Kami Ada Details..

Filem Avengers: Endgame belum lagi menjengah ke pawagam namun sudah ada sesuatu yang istimewa akan menemui peminat siri Avengers pada tahun ini.
Satu larian berbentuk Fun Run akan dianjurkan di Putrajaya pada bulan September tahun ini dan ia berkonsepkan Marvel!
Dipanggil ‘Marvel Run’, fun run ini sebenarnya pernah dianjurkan di beberapa negara ASEAN seperti Filipina pada bulan Julai tahun lalu dan ia dianjurkan oleh ColorManila.


Tahun ini, tiba giliran Malaysia pula untuk menganjurkannya pada 7 September kelak. Jadi sempatlah korang membeli baju T atau kostum Marvel sebelum larian ini.
Pilih saja di antara Captain America, Black Panther, Captain Marvel, Thor atau yang lain-lain.

Buat masa ini, belum ada info lanjut mengenainya. Malah, laman web bagi pendaftaran pun masih belum dibuka. Tetapi penulis pasti yang ia akan ready dalam masa terdekat ini. Yang penting kenalah berlatih untuk fun run bermula sekarang. Hehe..
So, onz ke tak onz?
Pelajar Malaysia Cemerlang CGPA 4.0 Di Arizona State University, Amerika Syarikat

Kecemerlangan akademik pelajar dari Malaysia yang memperoleh CGPA 4.0 di hari graduasinya ternyata berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Kejayaan yang dicatat oleh Maryam Balqis Abdul Rashid di Arizona State University (ASU), Arizona Amerika Syarikat dalam bidang ‘Sustainability’ (Kelestarian) cukup membanggakan negara menurut laporan e-warta MARA semalam.
Lebih menarik lagi, kursus diambil oleh Maryam adalah kursus pertama diadakan di ASU di mana gadis ini juga merupakan salah seorang pelajar penerima biasiswa Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA) sepanjang tempoh pengajiannya.
Menerusi sumber maklumat daripada pihak Pejabat MARA Washington, Maryam Balqis adalah bekas pelajar SMK (P) Sri Aman. Sebaik sahaja menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau mula mengorak langkah kejayaan dengan melanjutkan pengajian asasi dalam American Degree Foundation Program selama setahun di INTEC.


Menurut MARA Washington, “Maryam begitu aktif di dalam kegiatan kokurikulum malah telah memenangi beberapa anugerah atas pencapaian yang beliau capai di ASU”
Tambah kenyataan itu lagi, “beliau memegang jawatan School of Sustainability Ambassador, Presiden Honor Society of Sustainability, Setiausaha untuk Malaysia Students Association dan Director of Service untuk Alpha Kappa Psi.
Melalui lantikan jawatan beliau di Alpha Kappa Psi, beliau telah berjaya mengumpul dana sebanyak USD 5600 untuk Arizona Association for Foster & Adoptive Parents.”
Hasil daripada usaha ini, Alpha Kappa Psi telah dianugerahkan Presidential Volunteer Service Award kerana telah menjalankan seribu jam aktiviti sukarelawan.
Selain itu, Mariam banyak menjalankan kajian melestarikan alam seperti kajian kelestarian global dalam aspek pelancongan dan perikanan di Lombok, Indonesia. Antara kajian beliau yang lain ialah mengkaji kaedah pihak Los Angeles dalam menangani isu perubahan iklim serta membuat garis panduan atau “toolkit” untuk kerajaan Mexico menangani isu transformasi, adaptasi, kemantapan dan kelestarian.
Antara anugerah yang diperolehi oleh Maryam adalah Community Assistant of the Year, Outstanding Graduate Award Spring 2019 oleh School of Sustainability dan ASU’s Alumni Association, Anugerah Kecemerlangan Akademik sempena Perdana Scholar Awards 2018, dan “Frasier Global Mentorship program” yang akan berlangsung di Washington, D.C. pada bulan Mei 2019.
Pihak MARA Washington turut menyatakan perkembangan terkini Maryam Balqis yang bakal melanjutkan pelajarannya ke peringkat ijazah sarjana dalam kursus “Sustainability Solutions” pada bulan Ogos 2019.