Filem perang biasanya sering mendapat tempat di hati penonton kerana ramai yang ingin melihat babak aksi yang ditonjolkan dalam setiap penerbitan filem bergenre tersebut.
Sebuah lagi filem Hollywood yang berkisarkan tentang Perang Dunia Pertama, 1917 bakal menemui penonton tidak lama lagi. Filem ini menceritakan tentang dua orang tentera, Schofield (George MacKay) dan Blake (Charles Chapman) yang ditugaskan untuk menyampaikan pesan bagi mengurangkan lebih banyak tentera yang gugur di medan perang.
.
Tugas tersebut dianggap mustahil kerana mereka harus melewati kawasan daerah musuh. Jadi adakah misi tentera muda ini berjaya? Sama-sama kita saksikan filem 1917 yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 16 Januari 2020.
Ads
.
Antara barisan pelakon yang akan membintangi filem ini adalah George MacKay, Dean-Charles Chapman, Mark Strong, Andrew Scott, Richard Madden, Claire Duburcq, Colin Firth, Benedict Cumberbatch.
Ads
Kalau korang nak menjadi orang pertama yang menonton, apa kata sertai peraduan #WayangRemaja dengan menjawab soalan mudah dan kami akan berikan sepasang tiket percuma ke tayangan perdana 1917 yang akan berlangsung pada 7 Januari 2020, bertempat di MBO Starling.
Ads
Peraduan ini terbuka kepada individu yang tinggal di sekitar Lembah Klang sahaja bagi memudahkan proses penebusan tiket.
See you there guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kejayaan pelumba basikal negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang di Sukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini dengan memenangi pingat perak dalam acara berbasikal trek keirin lelaki telah membuka peluang besar buat beliau.
Secara rasminya, beliau terpilih sebagai atlet sukan pertama yang menerima Anugerah Biasiswa Tuanku Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bernilai RM72,000 untuk menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (PhD).
Foto: Universiti Malaysia Terengganu
Azizulhasni yang amat berbesar hati dengan tawaran tersebut dibenarkan menyambung pengajian di universiti itu bagi tempoh tiga tahun pada bila-bila masa.
“Tawaran untuk sambung belajar memang banyak, namun saya pilih UMT kerana universiti ini terletak di negeri kelahiran saya. Ia lebih istimewa,” jelasnya.
Kata beliau lagi, buat masa ini fokusnya adalah pada kerjaya sukan dan akan menyambung pengajian apabila sudah bersedia.
“Buat masa sekarang saya perlu fokus pada karier. Saya akan sambung belajar apabila telah bersedia kerana tawaran biasiswa UMT ini tiada tarikh luput. Mungkin bila anak-anak sudah besar sambung belajar ke sekolah atau universiti nanti, saya mulakan pengajian PhD.”
Foto: Universiti Malaysia Terengganu
Pihak UMT dalam pada itu turut menawarkan peluang kepada Azizulhasni bagi menjadi tenaga pengajar di universiti tersebut selepas bersara dari dunia atlet demi kecemerlangan sains sukan negari dan negara, secara amnya.
Azizulhasni kini sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam bidang sains sukan di Universiti Victoria, Melbourne. Beliau juga bakal menerima Anugerah Sarjana Kehormat pada Istiadat Konvokesyen UMT kali ke-19 yang dijangka berlangsung November depan.
Untuk pengetahuan, beliau telah dilantik sebagai Karyawan Tamu Utama UMT sejak November tahun lepas. Tiga penghargaan ini adalah pengiktirafan UMT terhadap jasa dan sumbangan beliau kepada negara selama ini.
Sudah menjadi rezeki atlet berbasikal trek ini untuk melanjutkan pelajarannya ke peringkat lebih tinggi. Tahniah diucapkan kepada Datuk Azizulhasni Awang! Beliau bukan hanya telah mengharumkan nama negara, malah terus dahagakan peluang untuk mengejar ilmu pada masa akan datang.
Tidak keterlaluan jika ramai beranggapan kemunculan selebriti versatil, Janna Nick di acara anugerah pasti akan mencetuskan kisah hangat dan semalam tidak terkecuali.
Janna, 27 muncul di anugerah berprestij muzik tempatan, Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-23 bagi menerima trofi bagi kategori Video Muzik Terbaik arahan Chuan looi menerusi single tular, Gatal.
Begitupun, kemenangan sulungnya di AIM itu seakan dibayangi kontroversi yang menyelubungi Janna dek kerana dakwaan kononnya dia memilih untuk ‘menyanyi’ secara lip sync atau miming semasa membuat persembahan Gatal semalam.
Dakwaan itu sekaligus menjadi topik bualan hangat warga maya terutama di Twitter melebihi berita-berita positif mengenai senarai pemenang kategori utama lain seperti Album Terbaik, Lagu Terbaik dan sebagainya. Lebih mendukacitakan apabila sebilangan selebriti tempatan lain dilihat menyindir tindakan Janna yang tidak menyanyi secara langsung itu.
Demi meredakan keadaan di platform media sosial, Janna tampil ke hadapan untuk mengakui dakwaan orang ramai itu dan sememangnya miming di pentas AIM.
Sambil memohon maaf disebabkan keputusannya itu, Janna bagaimanapun mempunyai alasan tersendiri. Katanya, ia disebabkan keadaan kesihatan Janna yang masih tidak memuaskan selepas dia dijangkiti Influenza kira-kira dua minggu lalu.
“Saya sedar pilihan saya memakan diri..”
“Saya minta maaf kerana dianggap memalukan AIM23 keana miming di pentas anugerah berprestij #AIM23. Peluang untuk menyanyi di pentas besar itu sebaris dengan penyanyi-penyanyi hebat tanah air adalah satu impian yang memang dah lama saya impikan.
“Ketika pertama kali ditawarkan saya sangat berbesar hati. Akan tetapi sejak saya dijangkiti Influenza dua minggu lalu, kesihatan saya amat terganggu, katanya yang baru pulang dari tugasan kerja di Jakarta, Indonesia dan undangan ke Singapura.
Jadual yang padat ini juga kongsinya bertentangan dengan nasihat daripada doktor yang meminta Janna untuk berehat secukupnya.
Hantaran terbaru Janna untuk menjelaskan dirinya ini telah mendapat sokongan daripada beberapa selebriti tempatan termasuklah Wani Kayrie, Cik B, Hafreez Adam dan Nabila Razali yang mendoakan agar tahap kesihatan Janna bertambah baik.
Terdahulu, keputusan Janna untuk menyanyi secara miming ini juga teruk mendapat tempias setelah persembahannya semalam dibandingkan dengan penyanyi lagenda seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Ella dan penyanyi muda seperti Aina Abdul dan Amir Masdi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini timbul kekecohan apabila Atu Zero yang muncul sebagai salah seorang juri di The Masked Singer telah memberi komen kurang senang apabila menyatakan bahawa Nabila Razali tidak boleh menyanyi secara langsung.
Dalam rancangan tersebut, personaliti di sebalik kostum Bulu Tangkis telah menyanyikan lagu Pematah hati nyanyian asal Nabila.
Namun begitu, momen tersebut menjadi sedikit janggal apabila komen spontan Atu yang disiarkan dalam episod itu mengundang rasa kurang senang kepada Nabila apabila Atu memberi pendapat bahawa individu di sebalik kostum itu bukan pemilik asal lagu terbabit kerana Nabila tidak boleh membuat persembahan secara langsung.
Semalam, isteri kepada Atu, Shafeeqa Johari telah memuat naik satu hantaran di Instagram memohon maaf kepada penyanyi dan pelakon popular tersebut atas kekhilafan yang berlaku.
“Haih na, permulaan tahun baru untuk kami. Misi bantuan kami pun tak dapat viral begini. Atu, Atu, sembarang saja kau ni bha. Banyak sangat baca komen netizen dia ni. Minta maaf ya @nabila.razali, dia melawak saja tu. Kawan-kawan boleh tengok lakonan dia ya.
“Ramai yang memuji lakonannya, saya pun tengok. Kami ni bukan siapa-siapa, dia hanya seorang penghibur, biarpun bukan pemegang anugerah apa-apa, ibarat warna warni kehidupan. Demi Allah tidak sombong insan yg bernama Atu ini. Jika sombong, tidak dia turun sendiri memberi bantuan untuk orang-orang susah,” tulisnya panjang dalam hantaran tersebut.
Selepas insiden tersebut, Nabila turut menyatakan kekecewaan terhadap komen yang dinyatakan Atu dalam rancangan itu. Dia menyatakan bahawa komen tersebut seolah-olah sama sahaja seperti body shaming. Namun begitu dia tidak marah kepada pelawak tersebut namun berasa sedikit kecewa.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau korang tengah plan short getaway yang classy tapi still rasa ‘local pride’, berita baik untuk geng #TeamCutiCutiMalaysia! Dusit Princess Melaka, hotel sulung dari...