#WayangRemaja: Menangi Tiket Tayangan Perdana Filem House Of Gucci

Share

Jenama Gucci sudah tidak asing lagi bagi pengikut fesyen antarabangsa kerana ia merupakan antara jenama fesyen terkemuka di dunia. Namun, tidak semua tahu tentang sejarah dan cerita di sebalik jenama mewah ini.

Bagi peminat Gucci, korang boleh menonton filem yang bakal ditayangkan tidak lama lagi, ‘House of Gucci’ yang menampilkan barisan pelakon hebat seperti Lady Gaga, Adam Driver, Jared Leto, Jeremy Irons, Jack Huston, Salma Hayek dan Al Pacino, bakal ditayangkan pada 13 Januari 2021.

ARTIKEL BERKAITAN : SHE IS BACK! 6 Gaya LADY GAGA Dalam Iklan Acah Pertama Filem ‘House of Gucci’ – REMAJA

Foto: United International Pictures

Filem ini mengisahkan tentang kisah sosialit Itali dan bekas ketua penasihat Gucci Patrizia Reggiani. Dia dijatuhkan hukuman penjara selama 29 tahun kerana merancang pembunuhan bekas suaminya, cucu kepada pereka fesyen terkenal Guccio Gucci dan pewaris empayar fesyen Gucci Mauricio Gucci.

Filem Ridley Scott ini diadaptasi daripada buku bukan fiksyen Sara G Forden yang terkenal secara meluas “The House of Gucci: A Sensational Story of Murder, Madness, Glamour, and Greed”.

BACA LAGI : Keluarga GUCCI Kutuk Lakonan Lady Gaga Dalam Filem Baharu Kerana.. – REMAJA

Foto: United International Pictures

Istimewanya kali ini, Remaja ingin mengajak korang menjadi antara penonton pertama di tayangan perdana House of Gucci dengan hanya menjawab beberapa soalan mudah.

Penyertaan hanya dibuka kepada individu yang tinggal di Lembah Klang dan sudah menerima dua dos lengkap vaksin COVID-19.

Tarikh: 4 Januari 2022
Masa: 9.00 malam
Lokasi: GSC Tropicana Gardens, Petaling Jaya

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Noor Ain Norman