
Wayang Remaja sekali lagi ingin mengajak korang untuk menonton tayangan perdana filem seram ‘The Invisible Man’ pada 27 Februari 2020. Bertempat di MBO Atria, kami nak berikan korang sepasang tiket percuma untuk menjadi antara orang pertama yang menonton.

.
The Invisible Man mengisahkan tentang Cecilia Kass yang menyembunyikan diri daripada teman lelakinya, seorang saintis kaya dan bijak namun kuat mengongkong dan bersikap kasar. Cecilia cuba mengubah hidupnya ke arah yang lebih baik selepas berpisah dengan teman lelakinya itu.

.
Lelaki itu kemudiannya membunuh diri dan meninggalkan sebahagian besar hartanya kepada Cecilia. Bagaimanapun, dia mula mengesyaki bahawa lelaki itu sebenarnya masih hidup berikutan berlakunya kejadian-kejadian menakutkan sehingga mengancam nyawa orang-orang yang dia sayangi. Dia kini perlu membuktikan bahawa dirinya diburu seseorang yang tidak boleh dilihat.

.
Filem arahan Leigh Whannell ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 5 Mac 2020. Tapi kalau korang nak menontonnya terlebih dahulu, jawab sahaja soalan mudah dibawah.
Penyanyi I love You 3000, Stephanie Poetri Umum Pertunangan Bersama Kekasih

Penyanyi, Stephanie Poetri baru-baru ini berkongsi khabar gembira mengenai pertunangannya dengan kekasih yang berasal dari Amerika Syarikat bernama Asher Novkov-Bloom.
Melalui aplikasi Instagram, pelantun lagu I Love You 3000 itu memuat naik gambarnya bersama kekasih sambil memegang kucing dengan kapsyen, “kami sudah bertunang”.

“We got engaged! the cats approve… I think?” – Stephanie

Stephanie, 24 dibanjiri ucapan tahniah daripada peminat dan juga beberapa rakan artis. Selain itu, kesederhanaan mereka ‘bertunang’ juga mendapat pujian orang ramai.
Sekadar info, Asher merupakan Personal Assistant dan Touring Assistant kepada Stephanie. Mula berkenalan sejak November 2022 dan disebabkan Asher kerap menemani penyanyi itu dalam jadual sehariannya, mereka dikatakan terjebak dalam ‘cinta lokasi’.

Lagu I Love You 3000 yang didendangkan Stephanie mula mendapat perhatian selepas ia dilancarkan pada tahun 2019. Sejak itu, populariti Stephanie semakin meningkat dan kini dia lebih aktif memuat naik Vlog di Youtube.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
“Saya Masih Lagi Orang Islam Dan…” -Naufal Azrin Tampil Jawab ‘Kontroversi’ Penampilan Nampak Dada & Lengan

Penyanyi lagu hit Casablanca yang juga salah seorang peserta Big Stage 5, Naufal Azrin tampil menjawab mengenai penampilannya yang mengenakan sut berwarna merah yang menampakkan sedikit bahagian dadanya ketika membuat persembahan minggu lalu, sehingga menjadi bualan hangat warganet.
Ulas penyanyi meningkat naik tersebut, itu semua hanyalah sekadar bagi menjayakan persembahan di pentas program realiti popular tanah air itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Penampilan Naufal Azrin Di Minggu Pertama Big Stage Undang Kurang Senang Netizen?
“Saya masih lagi orang Islam dan solat lima waktu. Itu hanya persembahan saya untuk jadi lebih baik. Ada kena mengena juga apa yang saya pakai dan apa saya bawa untuk keyakinan saya.
“Saya minta maaf kepada peminat saya kerana tak dapat jadi seperti apa yang mereka mahukan. Minggu depan tidak ada lagi buka sana-sini,” tuturnya kepada Remaja.
Dalam pada itu, malam semalam juga menyaksikan Isaac Voo tersingkir menerusi Imuniti-X yang digunakan juri profesional, Ajai bagi menyelamatkan Naufal yang sepatutnya menjadi peserta pertama tersingkir.
Justeri itu, Naufal turut tampil memohon maaf kepada para peminat penyanyi berasal dari Sabah itu di atas penyingkiran peserta kegemaran mereka, namun dia berjanji akan memberikan persembahan terbaik sebagai balasan.
“Saya minta maaf kepada peminat Isaac, saya tiada niat pun. Saya memang rasa saya yang akan terkeluar tetapi tidak tahu macam mana Isaac yang terkeluar.
“‘Saya minta maaf, saya janji yang saya akan bayar pada minggu hadapan,” ujarnya.
Sekadar informasi, Nadeera Zaini memperoleh markah tertinggi untuk minggu kedua iaitu 85.67% peratus selain Isaac Voo telah merangkul anugerah Dominasi Persembahan Terbaik (hasil pemilihan juri tetap).
Big Stage 5 akan terus bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, jam 9:00 malam menerusi saluran 104 Astro Ria selama sepuluh minggu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Intan Najuwa ‘Tutup Mulut’ Netizen, Tak Selesa Dituduh Bermewah Guna Duit Suami -“Saya Boleh Berdikari Walaupun Dah Kahwin”

Pelakon jelita, Datin Intan Najuwa tampil menegaskan dirinya membelanjakan wang hasil kerja sebagai anak seni.
Ia disebabkan oleh dia banyak menerima tuduhan daripada segelintir yang menyifatkan dirinya bermewah menggunakan harta suami.
Menerusi hantaran di Instastory, Intan memaklumkan dia tidak perlu bergantung kepada suami tercinta iaitu Datuk Ahmad Azraf Azman kerana masih mampu membelanjakan apa yang diinginkan tanpa mengharapkan wang sesiapa.
“Untuk sesiapa yang tertanya-tanya dan terfikir bahawa saya menggunakan duit suami, tolong ingat ya saya ada duit dan pendapatan sendiri.
ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa Hamil Cahaya Mata Pertama. Tahniah!
“Saya tidak perlukan dia untuk menanggung saya. Ke mana sahaja saya pergi, sama ada melancong atau membeli belah, saya tidak menggunakan wang suami.
“Jadi tolong faham yang saya boleh berdikari walaupun sudah berkahwin. Tolong jangan anggap saya sentiasa menggunakan wang suami untuk segala hal,” katanya.
Oleh itu, pelakon drama popular Kekasih Paksa Rela itu terpaksa menjelaskan perkara berkenaan kerana agak lelah dengan dakwaan yang dibuat netizen yang sering mengaitkan suaminya dengan setiap perbelanjaan dilakukan.
“Jangan libatkan suami saya dengan setiap aktiviti perbelanjaan, shopping dan melancong kerana dia tidak ada kena mengena dengan setiap apa yang saya lakukan.
ARTIKEL BERKAITAN: Intan Najuwa Kongsi Detik Percintaan Bersama Suami Tercinta, Mahu Timang Sekurang-Kurangnya Tiga Cahaya Mata
“Saya sudah penat dengan kata-kata masyarakat yang membuat andaian tentang perkara ini. Tolong ingat, jangan libatkan suami saya dalam hal kewangan atau cara saya berbelanja. Terima kasih,” jelasnya lagi.
Malah, Intan memberitahu sebelum berkahwin lagi dia sudah pandai mencari wang dan tidak timbul isu di mana dirinya hanya bergantung hidup dengan orang lain.
“Saya uruskan segala urusan kewangan saya dan berharap perkara ini dapat memberikan pencerahan atas segala salah faham yang berlaku. Saya tidak kisah dengan status diri jadi jangan ingat saya bergantung kepada suami untuk segala-galanya. Jangan ganggu suami saya lagi.
“Saya sudah penat dengan kata-kata masyarakat yang membuat andaian tentang perkara ini (sumber kewangan).
“Tolong ingat, jangan libatkan suami saya dalam hal kewangan atau cara saya berbelanja. Terima kasih,” jelasnya.
Malah, Intan memberitahu sebelum berkahwin lagi dia sudah pandai mencari wang dan tidak timbul isu di mana dirinya hanya bergantung hidup dengan orang lain.
“Saya uruskan segala urusan kewangan saya dan berharap perkara ini dapat memberikan pencerahan atas segala salah faham yang berlaku. Saya tidak kisah dengan status diri jadi jangan ingat saya bergantung kepada suami untuk segala-galanya. Jangan ganggu suami saya lagi,” ujarnya.
Sekadar info, Intan mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf Azman pada Ogos tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.