Dalam setiap hubungan suami isteri pastinya kehadiran cahaya mata menjadi pelengkap rumah tangga. Tangis dan ketawa si kecil pasti menceriakan mereka yang bergelar ibu dan ayah.
Itulah yang yang sesuai diumpamakan kepada pelakon dan pengacara terkenal, Uyaina Arshad kini berbadan dua. Mengumumkan berita gembira itu di laman Instagramnya, dapat dilihat kegembiraannya bersama suami yang juga selebriti, Raja Syahiran menerusi gambar yang dimuat naik.
Berlatarkan Masjid Hagia Sophia yang terletak di Turki, jejaka berusia 29 tahun itu merapatkan telinga ke perut isterinya dan mereka masing-masing menguntum senyuman manis.
“Alhamdullilahhh terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan untuk Syahiran & Uyaina. InshaaAllah tak lama lagi keluarga kecil kami akan bertambah. We are pregnant! Syukur pada-Mu Ya Allah. Honestly, kami still tak percaya yang kami berdua bakal menjadi ibu dan ayah. We can’t wait to see you our Little One,” ujar Uyaina penuh kesyukuran.
Menyifatkan kandungannya sebagai satu perkara paling manis yang berlaku di dalam fasa kehidupan terutamanya pertama kali menempuh Ramadan sebagai suami dan isteri, Uyaina turut memohon doa orang ramai.
Pengacara tetap rancangan bual bicara Wanita Hari Ini berkata, “Kami mohon doa dari kalian semua untuk kesejahteraan & keselamatan Uyaina & baby sepanjang tempoh mengandung & melahirkan nanti. Semoga segala urusan dipermudahkan. Dan semoga kami dapat memikul tanggungjawab dan amanah ini sebaik mungkin.
“Ramadan kali ini membawa seribu satu kemanisan buat Syahiran dan Uyaina. Pertama kali menyambut Ramadan sebagai suami isteri, dan pertama kali juga menyambut Ramadan dan Syawal sebagai bakal ibubapa.”
BACA JUGA:Hari Malaysia Disambut Dengan Pengucapan Awam Lantang 6 Pelajar Sekolah Menengah
Pasangan sama cantik sama padan ini melangsungkan penikahan pada 21 Disember tahun lalu bertempat di Colony Star Boulevard, KLCC, Kuala Lumpur.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.