Sebelum ini, REMAJA pernah melaporkan beberapa kali mengenai kes seorang guru Pendidikan Fizikal yang didakwa telah mengutarakan gurauan mengenai topik rogol semasa sesi pengajaran di hadapan kelas yang dianggotai oleh pelajar lelaki dan wanita.
Isu yang dibawa ke hadapan oleh seorang pelajar bernama Ain Husniza Saiful Nizam menerusi akaun TikTok ini menjadi tular setelah dia memperolehi perhatian sejagat sehinggakan ada juga ahli politik serta media massa arus perdana yang menyiarkan tentang isu ini.
Setelah kira-kira sebulan isu ini ‘senyap’ seketika, terbaru, pelajar perempuan berusia 17 tahun ini melaporkan pihaknya telah menerima surat permintaan ganti rugi sebanyak RM1 juta atas tuduhan memfitnah melalui ciapan di akaun Twitter.
“Hari ini, Ain tiba-tiba terima surat tuntutan atas ‘pernyataan-pernyataan fitnah’, dalam surat ini Ain diberi (tempoh) 7 hari untuk semua tuntutan ini. Antaranya untuk membayar RM1,000,000 dalam ganti rugi. All i ask is, semua doakan urusan ain dipermudahkan,” kata Ain.
Ads
hi. harini ain tiba-tiba terima surat tuntutan atas “pernyataan-pernyataan fitnah”
dlm surat ni ain diberi 7 hari untuk untuk semua tuntutan ni, antaranya untuk membayar RM1,000,000 dalam gantirugi.
— ain #MakeSchoolASaferPlace (@ant33ater) August 4, 2021
Menurut surat itu, Ain Husniza berkata dia kini mempunyai hanya tujuh hari untuk memenuhi tuntutan ini. Lebih mengecewakan adalah apabila pihak pendakwa menuntut pembayaran bernilai RM1 juta daripada seorang pelajar sekolah menengah sebagai bayaran ganti rugi. Namun, surat tersebut tidak menjelaskan apa yang dimaksudkan sebagai ‘pernyataan fitnah’.
Menurut laporan Sinar Harian, bapa Ain yang dikenali sebagai Saiful Nizam Ab Wahab berkata tuntutan itu difailkan ke atas kenyataan yang dibuat oleh Ain menerusi webinar, kenyataan akhbar dan media yang pernah melibatkannya.
“Guru itu meletak nama Ain, nama saya (bapa) dan isteri saya yang menyatakan buat fitnah ke atas dirinya menerusi webinar, kenyataan akhbar dan media.
Ads
“Dia menuntut untuk (kami) menarik balik (kenyataan), membuat permohonan maaf dan (membuat) bayaran ganti rugi sebanyak RM1 juta,” katanya
Pada masa yang sama, Ain sendiri meminta orang ramai mendoakan segala urusan berkenaan hal ini dipermudahkan dan berterima kasih atas segala sokongan yang diberikan kepadanya dan keluarga.
Di ruangan komen ciapan Ain ini, rata-rata warganet memberikan kata-kata semangat kepada pelajar ini dan ada juga yang tampil ingin menghulurkan bantuan.
Ads
Untuk pengetahuan, sebelum ini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memberikan respon kepada isu ini apabila memaklumkan bahawa guru terbabit telahpun dipindahkan ke Jabatan Pendidikan Negeri Selangor sementara kes masih disiasat oleh pihak polis.
Turut tular di media sosial sebelum ini adalah apabila warganet hangat membincangkan isu keselamatan di sekolah sedangkan kawasan tersebut seharusnya menjadi kawasan paling selamat buat remaja di bawah pengurusan para guru.
Mana-mana peminat filem Tarzan pasti mengenali kelibat pelakon di sebalik watak popular itu iaitu Joe Lara.
Dukacitanya dilaporkan bahawa pelakon kelahiran Amerika Syarikat yang membintangi drama bersiri Tarzan: The Epic Adventures ini telah terkorban dalam satu nahas pesawat di tasik Percy Priest; kira-kira 19 kilometer di selatan bandar Nashville, Texas.
Pesawat Cessna C501 terhempas sejurus selepas berlepas dari Smyrna, sebuah lapangan terbang di Rutherford County, Tennessee dan ia menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Palm Beach, Florida.
Memetik kenyataan agensi berita Sputnik, Joe turut ada bersama-sama isterinya dalam insiden tersebut. Identiti lima lagi penumpang pesawat termasuk seorang pakar pemakanan juga telah dikenal pasti.
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat (NTSB) telah melancarkan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca nahas.
Sejak malam Sabtu, operasi pencarian telah mula dilakukan. Catat Rutherford County Fire & Rescue (RCFR) di Facebook, operasi pencarian telah berjaya menemui beberapa komponen pesawat dan mayat di sebuah kawasan berdekatan.
Bagaimanapun, usaha pencarian masih belum menemui mangsa hidup pada waktu ini.
Sebagai info, Joe Lara meniti tangga populariti setelah di terpilih memegang watak Tarzan dalam filem Tarzan in Manhattan pada 1989 sebelum membintangi Tarzan : The Epic Adventures yang bersiaran dari tahun 1996 hingga 1997.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Demi durian, apa saja boleh termasuklah menaiki helikopter untuk memuaskan nafsu makan raja buah itu!
Itulah yang dilakukan oleh seorang ahli perniagaan yang dilaporkan bergelar Datuk apabila beliau sanggup menempah perjalanan menaiki sebuah helikopter dari ibu negara Kuala Lumpur untuk ke Segamat, Johor demi ‘melayan’ rasa durian di sebuah ladang durian bersama rakan-rakannya.
Menurut satu laporan media, Datuk tersebut telah menempah sesi bufet durian untuk empat orang di ladang durian Kampung Bangas, Segamat yang dimiliki oleh individu yang dikenali sebagai Lokman Hakim Johar.
Katanya, beliau enggan pilihan durian yang popular dalam kalangan rakyat Malaysia seperti Musang King atau D24. Sebaliknya, beliau inginkan durian tempatan dari Segamat kerana keistimewaannya yang tidak diketahui ramai.
Kongsi pemilik ladang, ahli perniagaan dan rakan-rakannya itu menempah lima biji durian untuk dimakan di sana dan membawa pulang 20 lagi biji durian untuk dikongsi bersama rakan dan keluarga di Kuala Lumpur.
Khabarnya, setiap seorang hanya perlu mengeluarkan RM88 sahaja untuk bufet durian tesebut dan RM25 setiap seorang untuk hidangan Ikan Baung yang dijamu kepada mereka di sana.
Haa, sejauh mana korang sanggup ‘travel’ untuk menikmati durian?
Sumber Foto : Facebook Lokman Hakim Johar
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Percutian saat yang dinantikan oleh semua orang bukan?
Salah satu, destinasi popular dalam kalangan pelancong Malaysia sudah tentu lah Bali Indonesia. Terkenal dengan destinasi kepulauan yang cukup sinonim dengan keindahan pantainya yang sering menjadi perhatian para pelancong dari seluruh dunia. Selain terkenal sebagai lokasi berbulan madu bagi pasangan yang sedang hangat dilamun cinta, anda juga boleh membawa seluruh keluarga untuk bercuti di Bali.
Menariknya, Bali telahpun membuka semula sempadannya kepada para pelancong asing termasuklah Malaysia dan pelancong dari 23 negara turut dibenarkan termasuk Amerika Syarikat dan United Kingdom.
Selain tidak melaksanakan peraturan kuarantin kepada pelancongnya — Bali juga kini membuka semula perkhidmatan visa semasa ketibaan (VoA) untuk pelancong dari
Menurut pengumuman Direktorat Jeneral Imigresen hari ini — VoA akan dilaksanakan sebelum 14 Mac, memandangkan kadar vaksinasi dua dos di pulau percutian itu lebih tinggi berbanding wilayah lain.
Warga asing boleh memohon visa itu selepas tiba di lapangan terbang dan pelabuhan antarabangsa Bali serta boleh meninggalkan negara melalui mana-mana pintu imigresen, tidak semestinya di Bali — kata sub-penyelaras perhubungan awam direktorat, Achmad Nur Saleh dalam satu kenyataan.
Minggu lepas, Menteri Penyelaras Maritim dan Hal Ehwal Pelaburan, Luhut Binsar Panjaitan, dilaporkan berkata Bali telah dipilih sebagai destinasi untuk melaksanakan program percubaan bagi ketibaan pelancong tanpa kuarantin.
Jadi, adakah korang merasakan sudah selamat untuk melancong ke Bali? Atau korang lebih yakin untuk melancong di dalam negara terlebih dahulu?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber:
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...