
Nak melancong ke Korea tapi baru pertama kali menjejakkan kaki ke sana? Jangan risau, sekarang ni korang boleh dapatkan khidmat Korean Oppa menerusi website Oh My Oppa.
Mungkin ramai yang belum tahu kewujudan website pemandu pelancong ini, so apa kata untuk korang yang nak ke Korea tu, boleh la cuci-cuci mata dulu nak pilih oppa yang mana untuk guide sepanjang perjalanan di sana.
Bayaran purata bagi dua jam perkhidmatan adalah sekitar RM145. Kau mampu? Haha! Tapi apa salahnya bayar lebih kalau nak ditemani Korean Oppa yang handsome kan?
Okay, ada sesiapa yang nak try ke? Nanti jangan lupa buat review ya. Hee..
Bukan ‘Biasa-Biasa’, Ini 8 Selebriti Korea Yang Genius Dengan IQ Sangat Tinggi

Isi Kandungan
ToggleRamai yang mengangap individu yang bergelar selebriti tidak begitu bijak seperti mereka yang memilih untuk meneruskan kerjaya berdasarkan lulusan akademik seperti guru, doktor atau jurutera.
Namun begitu, stigma ini adalah tidak benar kerana ramai selebriti sebenarnya bijak tetapi masih memilih untuk menceburkan diri dalam industri hiburan.
Bukan hanya bijak, malah ada diantaranya mempunyai IQ yang sangat tinggi, hampir sama seperti IQ Albert Einstein 160. Berikut adalah nilai IQ seperti yang telah dilaporkan oleh TheRichest:
• 115-124: Rata-rata kebiasaannya (contohnya pelajar)
• 125-134: Berbakat (contohnya pelajar sarjana)
• 135-133: Sangat berbakat (intelektual)
• 145-154: Genius (contohnya profesor)
• 155-164: Genius (contohnya pemenang hadiah nobel)
• 165-179: Genius tinggi
• 180-200: Genius tertinggi
• > 200: Sangat genius
Berikut kami senaraikan antara selebriti-selebriti Korea yang mempunyai IQ tinggi.
1. Changmin TVXQ

Changmin mempunyai IQ 150, cukup tinggi dan dia dianggap genius. Changmin merupakan pelajar salah sebuah universiti terkemuka di Asia, Universiti Kyunghee dan mengambil jurusan postmodern music.
Pada tahun 2011, dia melanjutkan ijazah kedua di Universiti Konkun, salah sebuah universiti swasta yang paling komprehensif di Asia dan mengambil jurusan Filem dan Seni. Dia melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di Universiti Inha.
2. Cha Eun Woo Astro

Selebriti ini juga seorang genius akademik dengan IQ 142. Sewaktu masih belajar, dia mengekalkan tempat ketiga dalam keseluruhan skor daripada segi gred dan tidak pernah jatuh dari kedudukan 5 teratas. Cha Eunwoo merupakan presiden pelajar dan memenangi anugerah untuk pertandingan bahasa Inggeris, ujian bakat dan perbahasan.
Cha Eun Woo melanjutkan pelajarannya di Universiti Sungkyungkwan dan mengambil jurusan seni persembahan, walaupun gurunya berpendapat dia akan memasuki Universiti Kyunghee atau Universiti Seoul dalam jurusan kehakiman. Dia memilih untuk melepaskan peluang menjadi hakim untuk fokus kepada bidang nyanyian dan lakonan.
3. RM BTS

Ahli kumpulan popular BTS ini memiliki IQ 148. Semasa di sekolah menengah, RM memperoleh skor 900 daripada 990 di TOEIC, ujian standard antarabangsa yang menguji kemampuan berbahasa Inggeris kepada bukan penutur asli. Sebagai pelajar sekolah menengah, RM berada di 1% pelajar teratas dalam peperiksaan kemasukan universiti kebangsaan untuk bahasa, Matematik, bahasa asing dan pengajian sosial.
Oleh kerana pencapaiannya yang cemerlang dalam bidang akademik, ibu bapa RM sangat menentang minatnya terhadap muzik. Namun, dia dapat menyakinkan ibunya dengan mengatakan “Adakah ibu ingin mempunyai anak lelaki yang merupakan rapper di tempat pertama atau pelajar di tempat ke-5?”
4. Kyuhyun Super Junior

Kyuhyun mempunyai IQ 130 dan merupakan antara pelajar yang mempunyai kemahiran Matematik terbaik di kelasnya. Sebagai pelajar sekolah menengah, dia memenangi pingat emas di Olimpik Matematik Kebangsaan. Disebabkan pencapaian akademiknya yang cemerlang, Kyuhyun didesak untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang oleh ibu bapanya.
Pada awalnya, dia memilih untuk akur tetapi meninggalkannya ketika dia menyedari bahawa dia mempunyai bakat menyanyi setelah bergabung dengan sebuah band. Ayahnya sangat menentang impiannya untuk menjadi penyanyi tetapi dia memberitahu Kyuhyun, selepas anaknya diterima memasuki universiti berprestij, barulah dia akan memberikan restu.
Kyuhyun berjaya melanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti paling berprestij di Korea Selatan dalam jurusan Post-Modern Music. Dia mendapat ijazah sarjana muda pada tahun 2013.
5. Ok Taecyeon 2PM

Taecyeon memiliki IQ 130 dan pernah memperoleh skor penuh 990 dalam ujian TOEIC yang membuktikan bahawa dia fasih berbahasa Inggeris. Semasa di sekolah menengah di Massachusetts, Taecyeon adalah ahli kelab catur, Jazz Bang, pasukan bola sepak JV dan Pasukan Kehormatan Nasional, membuktikan kejayaan akademik dan kemampuannya bersukan.
Dia melanjutkan pelajaran di Universiti Dankook dan mengambil jurusan Pentadbiran Perniagaan. Dia kemudiannya memasuki Korea University Graduate School of International Studies mengambil major dalam Hubungan Antarabangsa.
6. Wendy Red Velvet

Semasa Wendy adalah pelajar di Shattuck-Saint Mary’s di Minnesota, dia merupakan pelajar cemerlang dan seorang atlet. Dia banyak memperoleh penghargaan untuk akademik dan aktiviti berkaitan muzik. Gred terendah Wendy semasa dia di sekolah adalah B +. Pada tahun 2009, dia menerima Anugerah Presiden Obama, anugerah yang diberikan setiap tahun kepada pelajar dengan nilai cemerlang. Wendy menerima sijil dan namanya terukir di Hall of Fame sekolahnya.
Selama berada di Amerika Syarikat dan Kanada, dia dapat memilih empat bahasa: Korea, Inggeris, Perancis, dan Sepanyol. Wendy khabarnya memiliki IQ sekitar 140.
7. Tablo Epik High

Tablo pernah belajar di beberapa buah sekolah kerana keluarganya sering berpindah. Semasa di Kanada, dia bersekolah di St. George’s School di British Columbia sebelum berpindah ke Seoul International School ketika keluarganya kembali ke Korea Selatan.
Dia diterima menjadi pelajar di Universiti Stanford, universiti keempat terbaik di Amerika Syarikat, sebagai pelajar coterminal. Dia memperoleh sarjana dalam kesusteraan Inggeris dan ijazah sarjana dalam penulisan kreatif hanya dalam tiga tahun. Semasa di Universiti Stanford, dia berada di bawah pengawasan Tobias Wolff, seorang penulis cerpen, memoiris, novelis, dan guru penulisan kreatif Amerika yang terkenal.
Tablo mempunyai IQ 160 seakan sama seperti Einstein.
8. Hani EXID

Hani mempunyai IQ 145 yang dan dia sama seperti RM, memperoleh 900 dari 990 dalam ujian TOEIC dan memberitahu dia hanya menghabiskan masa selama dua bulan untuk membuat persiapan sebelum mengambil ujian tersebut.
Selain berbahasa Inggeris dan Korea, Hani belajar di luar negara di China selama setahun, dan dia fasih berbahasa Cina dengan selesa. Dia juga turut belajar bertutur dalam bahasa Jepun.
Sebagai pelajar, dia sering bertanding di triathlon dari sekolah rendah hingga sekolah menengah dan juga merupakan seorang perenang. Dia sebelum ini memenangi tempat ketiga dalam Pertandingan Triathlon Kanak-kanak Persekutuan Triathol Korea.
Uish, ternyata bukan ‘biasa-biasa’ kebijakan mereka ini. So guys, jangan pandang rendah dengan individu yang bergelar selebriti ya. Mereka mungkin mempunyai latar akademik yang korang sendiri tak pernah tahu.
Sumber: (1)
Muzik Dulu-Dulu Memang Berhantu. Ini Lagu-Lagu 80-an & 90-an Yang Korang Wajib Dengar.

Baru beberapa hari lepas penulis menyaksikan Anugerah Muzik Indonesia 2020 yang penuh dengan warna di laman YouTube. Kepelbagaian genre muzik yang dipertandingkan memberikan satu indikasi bahawa muzik negara tersebut masih memiliki tempat dihati peminat.
Pelbagai faktor menjadi penyebab ini antaranya rakyat negara tersebut yang semuanya mampu berbahasa Indonesia dan menghargai bahasa kebangsaan tidak kiralah mereka berbangsa apa sekalipun. Manakala di Malaysia pula, kita terbahagi kepada banyak bahasa dan ini memecahkan lagi demografik pendengar.
Tapi jangan terkejut kalau orang Malaysia pun ada yang tidak boleh berbahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan kita. Ops!
Jadi tidak hairanlah Anugerah Industi Muzik (AIM) sudah lama tidak diadakan. Ketandusan kepelbagaian genre dan karya berkualiti mungkin menjadi punca ketiadaan anugerah berprestij yang mengiktiraf anak seni dunia muzik tempatan ini.
Mengimbau kembali kenangan zaman kegemilangan lagu-lagu Malaysia yang suatu ketika dahulu menjadi siulan dan penyatu bangsa bahkan ada yang berjaya melebarkan sayap dan popular di Indonesia. Tidak hairan kalau di sana sehingga kini mereka masih mengenali Dato’ Sheila Majid, Slam, Iklim, Amy Search, Spoon dan banyak lagi.
Jom kita lihat lagu-lagu 80-an dan 90-an yang sangat ‘evergreen’ muziknya dan ditambah pula dengan bait lirik yang penuh makna dan tidak kosong.
- Suci Dalam Debu (Iklim)
2. Sinaran (Dato’ Sheila Majid)
3. Isabella (Amy Search)
4. Gerimis Mengundang (Slam)
5. Rindu Serindu-Rindunya (Spoon)
6. Aku Cinta Padamu (Siti Nurhaliza)
7. Menaruh Harapan (Zaiton Sameon)
8. Salam Terakhir (Sudirman)
9. Teratai (Sharifah Aini)
10. Sekadar Di Pinggiran (Francisca Peter)
11. Kau Kunci Cintaku di dalam Hatimu (Ramlah Ram)
Kalau nak disenaraikan smeua memang tak cukup! You guys should explore and enjoy songs from this era. Memang meruntun kalbu dan sedap di telinga.
Selain-lagu aliran ‘mainstream’ ini lagu-lagu tradisional dan nasihat juga turut popular satu ketika dahulu. Oh, I miss those days! Kini tiada lagi alunan lagu irama Malaysia yang benar-benar menjadi hit dan siulan ramai.
- Yang Remeh Yang Temeh (Pak Pandir)
2. Bonda (M. Nasir)
3. Diari YB (ND Lala)
4. Syair Cak Pong (ND Lala)
5. Cindai (Siti Nurhaliza)
6. Zapin Senandung Dua (Rosiah Chik)
7. Dikir Puteri (Noraniza Idris)
8. Rumah Kecil Tiang Seribu (Azian Mazwan Sapuan)
So, lagu mana yang korang suka dari era 80-an dan 90-an?
***P/S – banyak lagu-lagu menarik era ini, penulis secara peribadi sukakan musik dan lagu-lagu nyanyian Tan Sri SM Salim.
Jangan ‘Buta’ Budaya, Jom Lihat Sendiri Tanjak Kesultanan Melayu Di Istana Budaya!

Pada zaman moden hari ini, masyarakat kita semakin melupakan tradisi yang selama ini mengangkat dan membentuk peradaban bangsa.
Ingatkah kita dengan sejarah kerajaan melayu melaka, Legenda Hang Tuah dan sahabat serta banyak lagi merupakan kegemilangan tradisi bangsa melayu itu sendiri.
Berita baik buat korang yang merupakan peminat institusi Diraja dan penggemar barang-barang warisan Melayu, korang patut berkunjung ke Istana Budaya sekarang ni!
Ini kerana di situ berlangsungnya pameran replika tanjak terbesar iaitu tanjak Pahang ‘Lang Menyongsong Angin’ hiasan kepala yang digunakan Sultan Pahang untuk istiadat Diraja negeri.
Pemilihan tanjak tersebut bersesuaian dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berasal dari Pahang.
Tanjak yang berketinggian 3.66 meter itu dihasilkan oleh 15 ahli Persatuan Bentan Malaysia dan Istana Budaya dan memakan masa lebih 3 jam dengan menggunakan kain broked petang semalam.
Selain tanjak Pahang, turut dipamerkan tanjak Destar Sunda Menggamit, Tengkolok Belalai Gajah, Destar Datuk Bija Diraja dan Setanjak Balung Raja.
Pameran ‘Tanjak Terbesar’ yang diadakan hingga Mac ini bertujuan mengangkat kembali warisan kegemilangan Melayu ke tempat yang sewajarnya dan mendedahkan kepada generasi muda adat memakai tanjak, selain bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020.
Menurut pihak penganjur, selepas pameran itu, kain tanjak akan dipotong menjadi helaian kain untuk dijadikan tanjak biasa dan akan diberikan kepada golongan asnaf dan anak-anak yatim sebagai cenderahati bagi memperkasakan budaya, adat dan warisan Melayu.
So jom serbu Istana Budaya dan kenali budaya kita sendiri di pameran tanjak terbesar tu okay!
Sumber: Bernama