Setelah kira-kira tiga minggu ‘drama’ hubungan suami isteri di antara pelakon & pemenang tempat ketiga pencarian Dewi Remaja 2019 bersama suaminya, Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas berlarutan; akhirnya pada hari ini berita baik diterima ketika mereka sama-sama menghadiri prosiding sebutan semula kes penceraian.
Menurut laporan, pasangan yang keluar dari kereta jenis Bentley sewaktu tiba di Mahkamah Syariah sebentar tadi itu hadir ke sini bagi permohonan kembali taat kepada suami. Kedua-duanya telah bersetuju untuk berdamai di hadapan Hakim Syarie, Mohd Yusof Sulaiman.
Sambil itu, sebelum berakhirnya prosiding; Hakim Syarie sempat menasihati Nynaa dan Fahmi agar sentiasa berkomunikasi dalam apa jua situasi kerana komunikasi adalah kunci kepada kebahagian serta penyelesaian terbaik ketika dilanda masalah.
“Jika diam, tiada komunikasi, masalah akan jadi.”
“Kalau pagi itu tidak bercakap, petang itu dah kena geletek isteri. Biar ada komunikasi,” pesan Hakim Syarie.
Meninjau ke arah komen yang ditinggalkan oleh warganet di media sosial pasangan itu, rata-rata gembira dengan perkhabaran ‘tidak jadi bercerai’ mereka dan mendoakan agar mereka terus tabah melalui alam perkahwinan pada usia muda.
“Mungkin masalah family je ni.. Diorang berdua tak ada apa-apa isu. Harap terus berkekalan dengan bahagia hingga ke Jannah.”
“Alhamdulillah, semoga kedua belah pihak dapat berdamai.”
“Bagus lah, moga sentiasa sabar, sabar dan sabar menghadapi ujian hidup berumahtangga. Jangan buat keputusan terburu-buru. InsyaAllah sentiasa dalam lindungan Allah.”
“Semua rumah tangga pasti akan ada konflik. Sebab bila dah kahwin, baik buruk pasangan hanya mereka yang tahu. Sebagai ibu bapa, doakan saja kebaikan dan kebahagian anak-anak.”
Terdahulu pada 11 November lalu, Fahmi menfailkan permohonan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur agar Nynaa kembali taat dan pulang ke kediaman mereka di Jalan Pinang. Ia setelah Fahmi membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam kerana mempercayai Nynaa ‘dilarikan; oleh keluarga mertuanya ke Johor.
Tuntutan Fahmi adalah demi menyelamatkan perkahwinan mereka dan agar defenden (Nynaa) kembali menjalankan tangggungjawab sebagai isteri dan mereka dapat hidup seperti normal.
Tidak lama selepas itu, Nynaa hadir pula ke Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru bagi satu prosiding sebutan permohonan penceraian daripada Fami. Ia difailkan di bawah Permohonan Penceraian Dengan Talaq atau Dengan Perintah di bawah Seksyen 47 Enakmen Keluarga Islam (Negeri Johor) Tahun 2003.
ARTIKEL BERKAITAN : Perkahwinan Dua Bulan Berakhir? Nynaa Harizal Failkan Penceraian – REMAJA
BACA LAGI : Nynaa Harizal Selamat Bergelar Isteri, Ini 5 Corat-Coret Majlisnya – REMAJA
Sumber : (1)