“Well Deserved”, Warganet Ucap Tahniah Nicol David Terima Gelaran ‘Datuk’

Share

Juara dunia lapan kali, ratu squasy negara Nicol Ann David telah pun dikurniakan Panglima Jasa Ngera (PJN) yang membawa gelaran ‘Datuk’ dengan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Facebook Nicol David

Nicol David antara 12 penerima PJN pada sesi kedua istiadat Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2021 bersempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong berlangsung di Istana Negara semalam.

Facebook Nicol David

Sesi kedua istiadat itu melibatkan 201 penerima iaitu 12 penerima PJN, enam penerima Johan Mangku Negara (JMN), Johan Setia Mahkota (JSM) (tujuh), Johan Setia Diraja (JSD) (dua), Kesatria Mangku Negara (KMM) (18), Kesatria Setia Diraja (KSD) (lima), Ahli Mangku Negara (AMN) (36), Pingat Pangkuan Negara (PPN) (85) dan Bentara Setia Diraja (BSJ) (30).

Istiadat berlangsung dalam keadaan norma baharu susulan wabak pandemik COVID-19 yang masih menular dengan tetamu yang hadir perlu memakai pelitup muka, disaring suhu badan dan mengimbas kod QR MySejahtera dibalai keselamatan Istana Negara.

Facebook Nicol David

Rata-rata masyarakat Malaysia membanjiri ruang komen di hantaran Facebook Nicol David dengan ucapan tahniah dan menyifatkan anugerah penghargaan ini sememangnya layak diberikan kepada beliau.

Kami di Remaja juga ingin mengucapkan tahniah buat ratu dan lagenda squasy negara atas penghargaan yang telah dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong ini. Semoga ia menjadi pembakar semangat buat para atlet muda untuk bekerja keras mencapai kejayaan seperti yang telah diraih oleh Datuk Nicol David.

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman