
Selepas pengumuman pembatalan kemunculan Red Velvet di SBS Gayo Daejeon, SM Entertainment kini sudah pun mengeluarkan kenyataan kedua yang menjelaskan dengan lebih terperinci tentang kecederaan yang menimpa salah seorang ahli kumpulan tersebut, iaitu Wendy.

Pihak pengurusan itu mendedahkan Wendy telah mengalami beberapa kecederaan serius dan akan sepenuhnya memberi tumpuan kepada proses pemulihan untuk masa terdekat.
Semasa rehearsal untuk persembahan individunya di SBS Gayo Daejeon, Wendy telah jatuh dari pentas. Gadis itu segera dipindahkan ke hospital untuk pemeriksaan menyeluruh dan mereka mendedahkan dia mengalami kecederaan pada wajah, pinggul sebelah kanan serta pergelangan tangannya.

Buat masa ini, Wendy sedang menunggu pemeriksaan tambahan selepas menerima rawatan kecemasan di hospital.
Kelab peminat mereka, Reveluv turut meluahkan rasa pada kepada pihak SBS kerana tidak membuat permintaan maaf terhadap Red Velvet, Wendy dan SM Entertainment. Mereka juga marah apabila SBS menyiarkan persembahan Red Velvet semasa pra-rekod sebelum kecederaan yang menimpa Wendy.
Semoga Wendy cepat sembuh dan kembali aktif seperti dahulu..
Sumber: Koreaboo
Sukarelawan Kongsi Kenangan Kena Marah Dengan Mangsa Banjir Di Pulau Pinang

Adat dalam kesusahan, bila ada yang menolong, kita seharusnya mengucapkan ribuan terima kasihkan. Kata orang berbasa basi atas bantuan diberikan.
Tapi adat manusia, hanya tahu “bersuara” tanpa memikirkan apa diucapkannya.

Sebagai seorang sukarelawan yang datang dengan dana terhad dan tenaga kerja yang tidak seramai mana, mereka cuba menghulurkan bantuan sebanyak mungkin bagi meringankan beban kesusahan ditanggung akibat musibah banjir ini.
Majoritinya mengucapkan terima kasih kerana memberi mereka sarapan dan makan tengahari tapi ada juga yang marah-marah.
Ini adat dalam kerja-kerja kebajikan namun bagi anak muda yang datang dari Bangsar, Kuala Lumpur ini dia langsung tidak berasa hati. Baginya, itu satu bentuk luahan perasaan orang yang dalam keadaan tertekan akibat musibah tak terduga terjadi
Sejak Ahad lalu, kongsi Zul Hafiz Zulkifli, 27 tahun dia sudah berada di Pulau Pinang, negeri yang terjejas teruk akibat banjir yang mengorbankan tujuh nyawa selain jutaan ringgit nilaian harta benda.
Dia bersama tenaga muda seramai 20 orang dari Amal Relief atau lebih dikenali ARIF bertindak membantu di dua kawasan terjejas iaitu Kepala Batas dan Tasik Gelugor. Hingga berita ini ditulis (hari ini) Taman Desa Murni di Kepala Batas, banjir masih belum surut berbanding penempatan lain.

Kongsi Hafiz, sebagai sukarelawan dari ARIF, mereka diberikan dua tugas. Satu memasak dan mengagihkan bantuan makanan di dua daerah itu dan sekumpulan lain terlibat dengan kerja pembersihan.
“Seawal jam 5 pagi, semua sukarelawan sudah bangun bagi menyediakan bahan-bahan untuk memasak kepada 2000 mangsa banjir. Bila siap masak, kami memuatkan lebih kurang 300 bekas makanan di belakang pacuan empat roda sebelum bertolak ke kawasan terjejas.
“Ada lebih kurang lima buah kereta pacuan empat roda membantu dalam misi menghantar bantuan ini. Mengikut pengamatan dan menyaksikan sendiri, ada sesetengah mangsa yang tidak mahu berpindah ke pusat-pusat pemindahan khususnya mereka dari penempatan di rumah flat dan kawasan tinggi lain. Jadi kami perlu teliti dan mendekati bagi memastikan mereka mendapat bantuan makanan secukupnya.
“Habis tugasan mengagih, kami balik semula ke Dewan Khidmat Masyarakat untuk menyambung kembali tugas menyediakan makanan tengahari pula. Rutin ini mengambil masa lebih kurang dua jam sebelum sekitar jam 10.30 pagi kami akan mula mengagihkan makan tengahari pula,’ katanya yang mengakui rata-rata penduduk di dua kawasan terjejas itu sentiasa mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan diberikan.
“Memang ada yang marah tapi kami hanya mampu diamkan diri. Kami anggap itu asam garam kehidupan. Lagipun semua bantuan bergantung kepada dana yang diperoleh. Apa yang ada, itulah kami gunakan,” katanya mengakui ARIF mempunyai mottonya iaitu PEDULI, SEDIA, KHIDMAT”.
Sudah enam tahun terlibat dalam kerja-kerja kebajikan dan banyak membantu mangsa gan bencana alam seperti di Kelantan, Terengganu, Pahang dan terkini di Pulau Pinang, kata Hafiz pengalaman membantu mangsa banjir di Kelantan lebih menyedihkan kerana terlalu banyak kemusnahan terjadi.

Ditanya tentang masa diperuntukannya, kata anak muda ini, dia langsung tidak kisah mengenainya kerana memang minat dalam kerja-kerja kebajikan.
“Dalam ARIF, keanggotaannya ada lebih kurang 150 orang di seluruh Malaysia tetapi sehingga ke hari ketiga di Pulau Pinang, tenaga kerjanya lebih kurang 20 orang sahaja,” katanya ketika dihubungi.
Bagi yang ingin melihat keadaan banjir di Pulau Pinang, tonton video di bawah ini.
Resepi Keropok Rangup Di Luar Lembut Di Dalam Lekor. Guna 4 Bahan Je Rupanya!

“Alahai, bila la PKP ni akan berakhir sebabnya craving sangat dengan keropok lekor yang dekat pasar malam tu. Kena tunggu habis PKP ni la jawabnya…”
Keropok lekor adalah snek kegemaran rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan usia. Berbeza dengan keropok biasa, keropok lekor mempunyai sedikit isi ala-ala fish stick. Luarannya yang rangup dan dalamannya lembut menjadikan keropok lekor begitu enak dinikmati.
Nak tahu caranya? Jom ikuti perkongsian beliau di bawah ini selengkapnya.
Bahan-bahan
8 Ekor ikan kembung
Garam
Ajinamoto
Tepung ubi atau tepung sagu
Cara membuat keropok lekor rangup!
- Hiris ikan, ambil bahagian isi sahaja.
- Kisar isi ikan guna mesin pengisar kering dan kisar sampai lumat dan hancur.
- Kemudian masukkan isi ikan dalam mangkuk dan campurkan garam serta ajinamoto.
- Gaul rata semua bahan-bahan sehingga sebati.
- Selepas itu, masukkan tepung ubi atau tepung sagu, gaul sehingga menjadi doh yang lembut.
- Tabur tepung di atas pencanai uli, keluarkan doh keropok lekor kemudian bentukkan adunan menjadi panjang.
- Setelah siap bentukkan adunan keropok lekor menjadi panjang, panaskan air beserta sedikit garam dan rebus adunan keropok lekor sampai masak.
- Keropok lekor yang dah siap masak, tapis dan buang air rebusan. Sejukkan keropok lekor, kemudian keropok lekor dah boleh di goreng!
Senang je sebenarnya nak buat keropok lekor sendiri, yang penting tahu cara dan bahan-bahannya. Jadi jom hari ini jadikan keropok lekor menu untuk minum petang!
Moga resepi ini bermanfaat kepada semua, selamat mencuba.
Pelajar Universiti Bunuh Diri Selepas Tipu Ibu Bapa CGPA Peperiksaan

Ya, bukan mudah untuk berjaya dalam pelajaran.
Lebih-lebih lagi apbila korang mengambil kursus sekritikal Kujuruteraan Mekanikal di peringkat ijazah sarjana muda.
Mungkin itulah yang dilalui oleh Nicholas Turner, seorang pelajar berusia 23 tahun dari Universiti Southampton. Nicholas dilaporkan bertindak untuk menggantung diri selepas dia tidak berjaya memperolehi keputusan peperiksaan seperti yang diharapkan.

Seharusnya, Nicholas dan ibu bapanya yang menetap di Tunbridge Kent bersiap sedia untuk menghadiri majlis konvokesyennya. Dia dikhabarkan memberitahu ibu bapanya yang dia telah menerima keputusan CGPA melebihi 3.00.
Namun hakikatnya, Nicholas telah gagal dalam pengajian kejuruteraan itu.
Jadi pada pagi hari konvokesyen itu, jiran mereka yang sedang berada di bilik mandi tingkat atas terlihat mayat Nicholas yang sedang tergantung di luar kediaman.
Malah, mayat Nicholas juga jelas kelihatan dari kawasan pejalan kaki di luar kediaman.


Menurut laporan metro.co.uk, Nicholas tidak menunjukkan tanda-tanda tertekan pada malam sebelum konvokesyen. Sebaliknya, dia juga menyertai keluarganya ketika makan malam. Ibu bapanya juga baru mendapat tahu mengenai kegagalan Nicholas dalam pengajian selepas kematian anaknya itu.
Apa yang menyedihkan adalah kasih sayang yang masih dicurahkan oleh ayah Nicholas, Geoff Turner walaupun anaknya telah menipu mereka dan membunuh diri.
Malah tiada rasa kecewa pun yang mereka rasai disebabkan kegagalan Nicholas. Mereka nyata lebih sedih dengan kematiannya.
“Dia telah mengambil kursus yang mencabar, namun dia selalu cuba melakukan yang terbaik.”
Sumber: Metro.Co.UK
*
Guys, percayalah, bagi semua masalah yang melanda kita, pasti ada jalan penyelesaiannya. Apa guna membunuh diri jika ahli keluarga yang merana.
ARTIKEL BERKAITAN : Rentetan Isu Remaja Bunuh Diri, Syed Saddiq Ajak Belia Bincang Isu Ini