Tidak dinafikan aplikasi WhatsApp antara yang popular dijadikan sebagai medium komunikasi peribadi mahu pun urusan di tempat kerja. Penggunaan grup WhatsApp dilihat sangat membantu memudahkan komunikasi secara berkumpulan kerana mesej dapat disampaikan secara menyeluruh.
Bukan hanya atas urusan pekerjaan, boleh dikatakan apa sahaja perkara yang disertai oleh kita pasti wujudnya sebuah grup komunikasi di WhatsApp. Sebuah grup WhatsApp boleh disertai sehingga 256 ahli dan diselenggara oleh admin, iaitu individu yang mencipta grup tersebut dan beberapa admin tambahan yang dipilih oleh mereka.
Walau bagaimanapun, dek kerana terlalu ramai ahli dalam grup tersebut, pelbagai tingkah laku yang sukar dikawal, ada yang sehingga menggangu kehidupan orang lain dengan memberikan mesej-mesej ‘spam’ dan tidak penting.
Namun khabarnya WhatsApp kini sedang menguji ciri yang membolehkan admin kumpulan memadam mesej semua ahli, bukan mesejnya sahaja. Walaupun masih ada pengesahan rasmi mengenai ciri baharu tersebut namun difahamkan ia kini sedang dalam pertimbangan Meta.
Fungsi baharu itu mungkin akan muncul dalam versi beta WhatsApp yang akan datang untuk Android dan juga iOS. Selepas ciri baharu itu bersedia, admin akan dapat memadam mesej yang dikongsi oleh mana-mana ahli kumpulan. Sebaik sahaja ia dipadamkan, mesej berikut dipaparkan – “This was deleted by an admin.”
Wah, lepas ni makin banyaklah pula ‘kerja’ admin kan. Hiks! Tapi, korang rasa ciri baharu ini membantu atau pun tidak?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)