WhatsApp Perkenal Ciri Keluar Dari Grup Secara Senyap Tanpa Notifikasi

Share

Berita baik buat pengguna WhatsaApp, aplikasi itu dikatakan sedang menguji kebolehan untuk individu meninggalkan WhatsApp Groups tanpa meninggalkan notifikasi.

BACA: WhatsApp Bakal Perkenal Ciri Baharu, Admin Grup Boleh Padam Mesej Ahli Lain

Sebelum ini, WhatsApp banyak memperkenalkan ciri-ciri yang menfokuskan pada WhatsApp Group, antaranya termasuklah sokongan sehingga 512 orang dalam satu grup, selain dibenarkan untuk mempunyai lebih banyak admin.

Foto: Dima Solomin

Terbaharu, menurut WABetaInfo, ciri untuk keluar daripada grup WhatsApp secara diam-diam kini telah mula dibangunkan dan diuji pada WhatsApp Dekstop serta khabarnya akan hadir ke versi Beta di Android dan iOS pada masa hadapan.

BACA: Kenal Pasti Teknik Scammer Aplikasi Whatsapp, Ketua Polis Kongsi Tip Elak Ditipu

Menerusi ciri baharu ini, hanya admin grup akan mengetahui apabila ahlinya keluar meninggalkan WhatsApp Group berkenaan. Ini bermaksud ahli yang lain tidak akan mengetahui jika korang keluar daripada WhatsApp Group tersebut.

Foto: Adem AY

Tidak dinafikan aplikasi WhatsApp antara yang popular dijadikan sebagai medium komunikasi peribadi mahu pun urusan di tempat kerja. Penggunaan grup WhatsApp dilihat sangat membantu memudahkan komunikasi secara berkumpulan kerana mesej dapat disampaikan secara menyeluruh.

Namun, kadangkala ada juga grup-grup yang sebenarnya kita tidak ingin untuk menyertainya tetapi terpaksa, dan tidak dinafikan ciri baharu yang akan diperkenalkan nanti dapat membantu mengurangkan perasaan bersalah dengan ahli grup yang lain sekiranya korang ingin keluar daripada WhatsApp group tersebut.

Betul tak?

BACA: Doktor Ini Kongsi Bagaimana Fungsi Blue Tick Di WhatsApp Beri Tekanan Mental Pada Pengguna

Sumber: (1)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Noor Ain Norman