
Berita baik untuk korang yang dah rindukan kawan-kawan di pejabat atau pun universiti, Whatsapp kini telah membolehkan penggunanya membuat panggilan video dan audio sehingga 8 orang.
Kalau dulu ianya terhad, sekarang korang bolehlah menghubungi ‘geng lepak’ korang dengan hanya menggunakan aplikasi Whatsapp.
Untuk membuat panggilan video tersebut, korang perlu mengemaskini aplikasi WhatsApp terlebih dahulu kepada versi 2.20.140 atau terbaru bagi pengguna Android dan versi 2.20.50 atau terbaru untuk pengguna iOS.
Untuk melakukannya dari grup WhatsApp, korang boleh terus memilih mana-mana ahli grup tersebut sehingga 7 orang dan mula membuat panggilan video atau audio.
Manakala, jika melalui senarai contacts telefon pintar, korang boleh memilih nama contacts yang ada di dalam aplikasi WhatsApp sehingga 7 orang juga.
Cuma, pastikan orang yang korang nak masukkan ke dalam panggilan video atau audio itu telah pun mengemaskini aplikasi WhatsApp mereka kepada versi terkini.
Sumber: wiser.my
Lebih Estetik & Kamera Berprestasi Tinggi, HUAWEI Lancar P60 Pro

Jenama telefon pintar popular, HUAWEI Malaysia semalam secara rasmi telah melancarkan telefon pintar terbaharu iaitu HUAWEI P60 Pro dan beberapa gadget baharu yang lain.
Melalui reka bentuk yang menakjubkan dan prestasi yang luar biasa, P60 Pro menjanjikan untuk memberikan pengalaman yang mengagumkan kepada penggunanya.
HUAWEI P60 Pro disediakan dengan dua warna iaitu Rococo Pearl dan Hitam merupakan telefon pintar yang menawarkan fotografi ke satu tahap lain, reka bentuk estetik dan pengembaraan baharu kepada semua pengguna.
ARTIKEL BERKAITAN: Gabungan Teknologi Estetik dan Fotografi Pintar Sempurna, HUAWEI Lancar P50 Pro & P50 Pocket
Telefon pintar yang bermula dengan harga RM4,699 tersebut mempunyai sistem optik yang dinaik taraf sepenuhnya dan merupakan yang pertama dalam industri dilengkapi dengan Kamera Telefoto Pencahayaan Ultra dengan Kumpulan Berbilang Lensa.
“HUAWEI P60 Pro menggunakan Paparan Quad-Curve Baharu dengan Kaca Kunlun eksklusif yang tahan lama. Sisi sedikit melengkung manakala empat tepi skrin lebih bulat menjadikan penglihatan skrin tidak terbatas dan mencapai paparan yang lebih mendalam.
“Berat HUAWEI P60 Pro hanya 200 gram. Pengguna boleh menikmatinya dengan cengkaman dan sentuhan yang lebih selesa.
“Selain itu, kadar penyegaran tinggi penyesuaian 1-120Hz LTPO membantu mencapai keseimbangan sempurna antara kelancaran visual dan pengoptimuman penggunaan bateri,” katanya.
Tambahnya, sistem optik yang direka bentuk semula dengan Kamera Utama Pencahayaan Ultra akan menghasilkan fotografi yang terang, memaparkan butiran sepenuhnya meskipun dalam gelap.
Selain itu, HUAWEI P60 Pro turut memperkenalkan Long Travel Slide Zoom Lens Group yang boleh mengawal jarak pemfokusan secara fleksibel dan mencapai pengimejan yang jelas daripada fotografi jarak jauh hingga makro dekat.
Dalam masa sama, peranti itu terdiri daripada bateri berkapasiti tinggi 4815 mAh dan menggunakan HUAWEI SuperCharge berwayar 88 wat (W).
Tambahnya lagi, ia juga menyokong pengecasan pantas tanpa wayar 50W dan pengecasan tanpa wayar terbalik 7.5W yang selamat dan mudah digunakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Selain itu, HUAWEI Malaysia turut memperkenalkan produk lain seperti HUAWEI Mate X3 dengan harga permulaan RM8,888, HUAWEI Watch Ultimate (RM3,799), HUAWEI Watch Buds (RM2,199), HUAWEI FreeBuds 5 (RM699) dan HUAWEI Metapad 11 inci 2023 berharga RM1,999.
HUAWEI Mate X3
HUAWEI FreeBuds 5
HUAWEI Watch Buds
HUAWEI Watch Ultimate
HUAWEI P60 Pro kini sedia untuk prapesanan di semua kedai, web rasmi, Shopee, Lazada dan kedai rakan kongsi HUAWEI yang sah seperti SenHeng, senQ, Harvey Norman dan Urban Republic.
MENGENAI KAMERA HUAWEI P60 PRO
Huawei dan kamera tercanggih berpisah tiada. Bagi P60 Pro ini, ia menampilkan kamera dengan keupayaan pencahayaan rendah berprestasi tinggi dengan teknologi XMAGE.
Huawei XMAGE telah membina sistem teknologi pengimejan mudah alih yang unik dari tiga dimensi: sistem optik, teknologi pengimejan, dan pemprosesan imej.
Kamera belakang P60 Pro menggabungkan tiga kamera, diterajui oleh kamera utama 48MP yang dilengkapi lensa berbilang apertur, menawarkan 10 tahap antara F1.4 hingga F4.0.
Seterusnya adalah kamera telefoto periskop 48MP, dengan keupayaan fungsi zum optikal 3.5x dan dikatakan sebagai kamera telefoto paling terang di telefon pintar. Kamera ketiga adalah kamera ultralebar 13MP.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
iPhone ‘Boleh Lipat’ Tiru Samsung? Ia Dijangka Temui Pasaran Pada..

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba timbul spekulasi rekaan model telefon pintar akan datang oleh jenama Apple pada minggu ini.
Biarpun Apple baru saja melancarkan model iPhone 13 baru-baru ini, itu tidak bermakna keluaran telefon pintar akan terhenti di situ saja. Pada waktu Apple melancarkan mana-mana model baharu, entah-entah tiga ke lima rekaan model akan datang sudahpun berada dalam genggaman mereka. Hanya masa saja yang akan menentukan bilakah setiap model itu akan dilancarkan.
Justeru, tidak hairanlah apabila timbul perkhabaran mengenai model telefon pintar oleh Apple pada minggu ini. Biarpun kita semua tidak pasti jika ia merupakan rekaan sebenar oleh Apple ataupun hanyalah gambaran peminat jenama Amerika Syarikat itu, apa yang menjadikannya menarik adalah idea rekaannya yang jelas kelihatan mirip jenama seterunya, Samsung.


Sekali imbas memang tak nampak banyak bezanya dari luaran! Hanya logo yang tertera pada peranti itu saja yang berbeza.
Gambaran tersebut telah dikongsikan oleh penganalisa TF Securities, Ming-Chi Kuo. Katanya, Apple dijangka akan memperkenalkan telefon pintar jenis ‘foldable’ mirip model Samsung Galaxy Fold yang telahpun dipasarkan sejak 2019.
Ia disebut mempunyai skrin bersaiz 8-inci QHD dengan paparan OLED fleksible. Ura-ura ini bertambah kencang sejak awal tahun ini lagi sebenarnya selepas dua prototaip telefon pintar boleh lipat telah melalui ujian ketahanan dalaman syarikat itu.
Cumanya, Apple dikatakan masih dalam proses ingin memperbaiki teknologi model ini memandangkan bukan senang untuk menyiapkan telefon jenis boleh lipat yang bermutu tinggi. Seperti yang kita ketahui, tidak semua pengguna berpuas hati dengan model pertama Samsung Galaxy Fold yang mempunyai sedikit isu pada paparan skrinnya terutama pada bahagian terlipat.
Apple juga sedang mengusahakan fungsi ‘under-display fingerprint’ yang akan memudahkan lagi pengguna.
Jadi gaiss, bila sebenarnya kita boleh jangkakan model ini dipasarkan oleh Apple?
Sabar dulu ya kerana pengeluarannya akan memakan masa beberapa tahun lagi. Mengikut jangkaan, Apple sedang bersiap sedia untuk mengeluarkan sekitar akhir tahun 2023 atau pada tahun 2024.
Keliru Nak Pilih Wireless Earbuds? Jom ‘Usha’ 5 Jenama Bawah RM1000 Ini

Isi Kandungan
Toggle
Nampaknya, wireless earbuds akan terus digemari pengguna apabila semakin banyak jenama yang mula menerokai pasaran earbuds dengan model terbaru.
Tentunya sebagai pembeli, kita ingin mencari model terbaik untuk digunakan bagi jangka mas panjang. Ingat, walaupun Apple ialah jenama pertama yang mengeluarkan AirPods ikonik dan merupakan ‘best-seller’ dalam kategori ini, pilihan korang bukan sekadar AirPods saja.
Semakin banyak jenama yang menawarkan pengguna Android dengan earbuds yang tidak kurang hebatnya dari segi kualiti audio, hayat bateri dan dijual pada harga yang menarik.
Jom ‘usha’ lima jenama earbuds pilihan REMAJA ini.
Samsung Galaxy Buds Pro
Rekaan earbuds seperti bentuk kacang ini telah menjadikan Samsung Galaxy Buds Live sebagai pilihan utama ramai pembeli sepanjang tahun lalu. Terbaru, Samsung telah memperkenalkan model Galaxy Buds Pro seiring dengan pelancaran model Galaxy S21. Pembeli dijanjikan earbuds yang selesa dan selamat dipakai. Malah ia juga kemas terletak pada telinga korang.
Jujurnya, ia menawarkan bunyi yang bagus dan berkesan untuk panggilan telefon yang lancar dengan fungsi background noise reduction berkualiti. Paling kami gemari adalah ia bersifat water-resistant dengan IPX2 rating.
Guess what, sekiranya orang menempah Galaxy Buds Pro mulai sekarang hingga 28 Januari ini, korang layak untuk menerima Wireless Charger Pad bernilai RM239!
Harga: RM799
Warna: Phantom Violet, Phantom Black & Phantom Silver
Jaybird Vista
Model terbaru Jaybird iaiatu Jaybird Vista (err, teringat pula Windows Vista, but whatever) membuatkan jenama ini kembali mendapat perhatian oleh pembeli yang mementingkan rekaan, hayat bateri dan kualiti audio baik semasa bersenam.
Kualiti water-resistant-nya juga diakui dengan IPX7 rating iaitu sepenuhnya kalis air dan peluh.
Harga: RM848
Warna: Black, Nimbus Gray & Mineral Blue
Mpow X3
Okay, jika harga jualan kedua-dua model di atas membuatkan korang tersedak terkejut, mungkin ini adalah model earbuds yang lebih sesuai untuk bajet korang.
Walaupun dijual pada harga mampu milik, Mpow X3 wireless earbuds tidak sesekali mengenepikan kualiti bunyi yang jelas dan bass yang ‘powerful’. Malah fungsi active noise cancellation-nya juga berkesan. Ia juga mempunyai IPX7 rating bagi kelebihan kalis air.
Pengguna mungkin akan mengalami situasi ‘lagging’ semasa menonton video di YouTube. Namun, selain daripada isu kecil itu, Mpow X3 adalah model yang berbaloi untuk dimiliki
Harga: RM330
Warna: Black
HONOR Magic Earbuds
Dari segi rekaan luaran, ia saling tidak tumpah seperti AirPods pro namun pada harga yang jauh lebih mampu milik. Ia membuatkan kami tertarik untuk mengetahui lebih mengenainya.
Jujurnya, kualiti bunyi pada earbuds ini belum setanding model yang lebih premium. Jika korang yang inginkan fungsi noice cancelling bagi mengharungi waktu puncak di dalam LRT, mungkin ini bukanlah earbuds terbaik. NAMUN, bagi earbuds yang mempunyai hayat bateri selama 3.5 jam seperti ini, ia adalah pilihan mampu-milik yang wajar dipertimbangkan.
Harga: RM499
Warna: Pearl White & Robin Egg Blue
Jabra Elite 75t
Berbanding empat lagi model yang telah kami senaraikan di atas, Elite 75t merupakan earbuds tanpa wayar yang paling ‘tua’ dan telah agak lama dipasarkan. Namun ia masih dalam senarai pilihan kami kali ini kerana kualiti yang ia berikan. It is definitely one of the best out there.
Jika dibandingkan dengan AirPods Pro, Elite 75t tidaklah memberikan keselesaan terbaik semasa memakainya. Namun, ia memberikan kualiti bunyi yang lebih baik (sorry Apple lovers!). Tak lama lagi, model Elite 85t bakal dilancarkan. Tak mustahil banyak stor fizikal dan online akan menawarkan diskaun promosi bagi Elite 75t.
Harga: RM949
Warna: Titanium Black
*
ARTIKEL BERKAITAN : Earphone Boleh Sebabkan Pekak Kekal Pada Usia Muda?