WhatsApp Kini Boleh Tukar Wallpaper Yang Berbeza di Setiap Chat, Jom Cuba!

Share

Penulis percaya WhatsApp adalah antara aplikasi yang digunakan oleh kebanyakan masyarakat dunia untuk berkomunikasi bersama rakan dan keluarga tersayang, serta atas urusan kerja.

Disebabkan itu, aplikasi ini sering mengemaskini ciri-ciri yang menarik untuk kegunaan pengguna mereka. Terbaru, WhatsApp telah pun memperkenalkan ciri wallpaper di setiap chat room.

Dengan adanya ciri sokongan ini, pengguna WhatsApp boleh menukar wallpaper atau background image. Namun kebiasannya, pengguna hanya boleh memilih satu imej untuk muncul di dalam semua chat rooms.

Menurut The Verge, ciri baru ini yang membenarkan pengguna untuk memilih wallpaper yang berbeza dalam setiap chat room, untuk personal chat mahupun group chat. Bukan itu sahaja, ciri terbaharu ini dapat membantu pengguna daripada tersalah menghantar mesej kepada orang lain kerana menggunakan wallpaper yang sama.

Menariknya, korang juga boleh edit warna dan create image sebelum wallpaper tersebut digunakan. Dalam ciri terbaru ini juga, WhatsApp juga memperkenalkan wallpaper baru dengan options warna yang cerah, gelap, custom wallpaper options, dan variasi warna solid.

Sumber Gambar : The Verge

Ciri baru ini juga dapat sync the system pada telefon pintar supaya apabila pengguna mengaktifkan mod gelap, wallpaper juga akan bertukar kepada mod gelap.

Sekiranya pengguna ingin menggunakan wallpaper

yang lama, anda boleh memilih gambar sebelumnya dari kolum Wallpaper Archive.

Caranya mudah je, untuk memuatnaik wallpaper yang berbeza pada setiap WhatsApp chat room, pengguna hanya perlu pergi ke Settings> Chats > Display> Wallpaper atau pilih rakan, klik pada butang Menu di bahagian kanan > Wallpaper.

Jadi selamat mencuba!

Published by
Nana