
WhatsApp antara aplikasi yang sering digunakan oleh masyarakat dunia untuk berkomunikasi sesama sendiri dengan cara yang paling mudah.
Jika sebelum ini, penghantaran gambar dengan resolusi tinggi melalui WhatsApp agak leceh, namun kini aplikasi tersebut sudah mempunyai ciri baharu dimana korang boleh menukar tetapan pada telefon pintar.

Caranya mudah sahaja, korang hanya perlu pergi ke WhatsApp > Settings > Storage and Data > Media Upload Quality.
Terdapat tiga pilihan yang diberikan kepada pengguna, iaitu Auto, Best Quality dan Data Saver. Jika korang memilih Best Quality, saiz gambar akan menjadi lebih besar dan mengambil sedikit masa ketika menghantar kepada pengguna lain.
Walau bagaimanapun, buat masa sekarang hanya gambar sahaja yang mempunyai tetapan tersebut, bagi kualiti penghantaran video yang tinggi pula masih belum disediakan.
Mesti ramai yang happy bila dah mudah nak hantar gambar resolusi tinggi di WhatsApp kan. Selama ini mungkin ramai yang terpaksa beralih ke Telegram untuk menghantar gambar berkualiti tinggi, tapi kini korang sudah boleh menggunakan ciri terbaharu ini okay?
So guys, cepat update aplikasi WhatsApp korang sekarang.
Sumber: (1)
Twitter SPACES ‘Tiru’ Aplikasi Clubhouse? Kami Telah Cubanya &.. Best Ke?

Pada asalnya, penulis sekadar ingin meluangkan masa melihat apakah berita dan trend terbaru di Twitter pada hari ini.
Tidak sangka pula, ada fungsi baharu yang muncul di bahagian atas aplikasi tersebut dan ia dikenali sebagai Spaces.
Selepas memperkenalkan Fleets pada tahun lalu sebagai pengganti ‘Instagram Story’ versi Twitter, kini satu lagi fungsi baru mula diuji pada Disember 2020 di kalangan pengguna iOS dan android.
Hanya beberapa pengguna Twitter terpilih dari Barat yang mula mencubanya dan hari ini, barulah kali pertama penulis melihat ia muncul di halaman Twitter peribadi.
Okay, apa sebenarnya Spaces ini?
Jika korang telah memuat turun aplikasi Clubhouse yang membolehkan sekumpulan penggunanya menyertai perbualan audio, Spaces menyerupai fungsi aplikasi tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN : Apa Itu Aplikasi Clubhouse? Ini Fungsi & Bagaimana Korang Boleh Menggunakannya – REMAJA
Pada halaman timeline korang, Spaces akan muncul bersebelahan dengan Fleets dan ia menunjukkan akaun seseorang yang telah memulakan sesi Space sebagai hos.
Seorang hos boleh menjemput pengikut mereka untuk menyertai perbualan audio di antara hos, ‘speaker’ dan ‘listener’. Hanya 11 orang termasuk hos saja yang dibenarkan bercakap pada satu-satu masa.
Sebagai follower, kita boleh menyertai perbualan tersebut sebagai listener. Sekiranya kita berminat untuk bercakap, kita boleh menekan butang ‘request’ dan memerlukan hos untuk membenarkan kita menjadi salah seorang daripada speaker.
Hos juga dikatakan boleh menarik semula kebenaran untuk seseorang bercakap.
So do not get on the host’s nerves, people!
Beberapa fungsi Spaces yang sempat penulis terokai adalah butang ‘Share via Tweet’ dan ‘Copy Link’ yang memberikan gambaran sesi tersebut boleh disimpan sebagai post di akaun Twitter hos. Bagaimanapun, penulis masih tidak begitu pasti mengenainya.
Korang juga boleh berikan emoji, mirip dalam Instagram Live.
Butang ‘View Captions’ pula membenarkan ‘live chat’ dalam sesi Space, mirip chatroom dalam Instagram Live dan sesi Zoom.
*
Banyak betul fungsi yang sama dengan fungsi yang telah sedia ada wujud di aplikasi lain.
Namun, satu kelebihannya berbanding Clubhouse adalah ia membenarkan pengguna iOS dan Android untuk mencuba, tidak seperti Clubhouse yang masih eksklusif kepada iOS saja buat masa ini.
BACA LAGI : Aplikasi Clubhouse Jadi Bualan, Elon Musk Dan Mark Zuckerberg Pun Guna – REMAJA
Vivo Lancar Telefon Pintar Terbaharu V27e ‘Aura Light Potrait’, Harga Pula RM 1,299 Sahaja!

Vivo V27e akhirnya telah dilancarkan secara rasmi pada hari ini. Dengan penampilan yang menarik dan keupayaan imej yang luar biasa, vivo V27e mempunyai ‘kuasa’ untuk merakam momen istimewa dari segi estetik.
Vivo sentiasa berusaha untuk membangunkan teknologi terkemuka dalam telefon pintarnya untuk meningkatkan prestasi dalam reka bentuk yang tipis. Mulai 4 Mac 2023 dan seterusnya selama sebulan, pelanggan yang membeli vivo V27e akan menerima hadiah percuma bernilai RM666, termasuk tag pintar bernilai RM69, pembesar suara Bluetooth bernilai RM99, jaminan lanjutan 1 tahun dan skrin warranty setahun.
BACA LAGI: WhatsApp Hadkan Pengguna Pada Tahun 2023? Check Korang Layak Atau Tidak!
Sebagai permulaan, vivo V27e dilengkapi dengan paparan AMOLED HD+ Penuh 6.62 inci dengan refesh rate 120Hz dan touch samping rate 360Hz. Kecerahan maksimum skrin dinilai pada 1300 nits, ia boleh digunakan dengan selesa walaupun di bawah terik matahari. Di dalam pula, ia menjalankan cipset MediaTek Helio G99 dengan 8GB RAM, dan 256GB ruang storan, 8GB daripadanya juga boleh digunakan sebagai virtual RAM.
Selain itu, pengguna juga dapat menikmati bateri 4600mAh yang menyokong pengecasan sehingga 66W. Untuk perisiannya, ia disertakan dengan Funtouch 13 Android 13.
Bagi kamera pula, dengan kamera utama 64MP, vivo V27e turut disertakan bersama LED Potret Cahaya Aura ring-shaped. Untuk kamera hadapan, kamera swafoto adalah 32MP.
Sekadar informasi, syarikat Vivo telah mengumumkan secara rasmi harga vivo V27e iaitu berharga Rm 1,299 sahaja! Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai telefon, serta promosi yang disebutkan di atas, dengan melawati sama ada e-Store rasmi vivo Malaysia, atau melalui kedai rasmi di Lazada, Shopee dan TikTok.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Apa Itu Aplikasi Clubhouse? Ini Fungsi & Bagaimana Korang Boleh Menggunakannya

Sebuah lagi aplikasi media sosial baharu telah dilancarkan dan ramai sudah mula berkongsi tentang ciri-ciri Clubhouse ini yang dijelaskan sebagai satu medium eksklusif dan bermanfaat.
Clubhouse adalah sebuah platform media sosial yang memberi fokus kepada penggunaan panggilan digital, tidak kira secara berdua atau pun beramai-ramai. Aplikasi ini sebenarnya sudah dilancarkan secara rasmi pada awal tahun 2020 namun ia baru sahaja menjadi bualan masyarakat di Malaysia.

Keunikan Clubhouse ialah semua chatroom didalamnya adalah sementara dan dimulakan dengan satu orang sahaja. Beberapa orang boleh berbual didalamnya dan perbualan tersebut boleh didengari oleh pengguna yang memasuki chatroom tersebut.
Setakat ini, sebuah chatroom Clubhouse khabarnya boleh menampung seramai 5000 orang dan ia dimaksimakan oleh Elon Musk dan kerana itu juga ramai orang sudah mula menggunakan aplikasi ini.
Hanya melalui jemputan
Satu-satunya cara untuk korang mendapatkan sebuah akaun Clubhouse adalah melalui jemputan. Buat masa ini, Clubhouse merupakan aplikasi eksklusif di peranti iPhone yang menggunakan sistem operasi iOS 13 dan keatas. Jemputan ini hanya boleh dihantar menggunakan iMessage.
Melalui jemputan ini, korang boleh mengetik pautan yang akan membawa mereka ke App Store untuk memuat-turun aplikasi ini, dan mendaftar akaun Clubhouse menggunakan nombor telefon.

Setelah itu, korang boleh menyambungkan akaun Clubhouse mereka kepada Twitter dan Instagram serta boleh mula mengikuti sesiapa sahaja didalam platform tersebut.
Penggunaan aplikasi ini adalah percuma, tetapi jika korang benar-benar inginkan sebuah akaun Clubhouse ini sekarang, selain daripada memintanya dari rakan-rakan yang mempunyai jemputan, korang juga boleh membelinya di Shopee pada harga RM60.
Keunikan aplikasi ini adalah ia boleh digunakan sebagai sebuah platform berborak atau berbincang secara audio bersama rakan-rakan atau orang luar. Kebolehan menampung seramai 5000 orang dalam satu chatroom pada satu masa sama juga membolehkan organisasi-organisasi mengadangan acara persidangan secara audio dilakukan dalam skala yang besar.
Sesi borak juga boleh ditetapkan terlebih dahulu, dan orang ramai boleh melihatnya melalui bahagian papan buletin yang terbina didalam aplikasi ini.

Pengguna Clubhouse juga boleh berkongsi pautan chatroom bersama-sama pengguna lain melalui platform Twitter ataupun Instagram dengan cepat dan mudah kerana aplikasi ini tidak menawarkan ciri permesejan secara teks.
Wah, memang nampak menarik Clubhouse ni. Banyak ilmu yang boleh dikongsikan bersama. Ada sesiapa yang dah try Clubhouse ni ke? Apa pula pendapat korang?
Sumber: amanz.my