WiFi Rumah Kena Hack? Ini 4 Step Yang Korang Boleh Buat Untuk Block Orang

Share

Sekarang ni dah ramai sangat manusia bijak pandai yang dok godek sana sini, sedar-sedar WiFi kita terus slow gila!

Bukanlah nak menuduh, tapi dah banyak sangat berlaku kes macam ni jadi tak salah rasanya kalau kita lebih berhati-hati.

Apa yang boleh korang buat untuk menangani masalah ni? Ha, cuba lakukan seperti yang telah diajar oleh _fidauddin di laman twitternya. Perkongsian ini sememangnya dapat membantu korang dalam menyelesaikan kes curi WiFi rumah korang.

1. Taip 192.168.0.1 di address bar dan tekan Enter

2. Check router WiFi

3. Klik di Connected Clients

4. Jika terdapat device yang tak dikenali, lakukan seperti ini

Cara untuk hide WiFi bagi mengelakkan daripada dicuri

Satu tip lagi yang dikongsi oleh @jaycvevo untuk hide WiFi korang daripada dicuri oleh orang lain.

Lepas ni dah tak timbul la isu tiba-tiba WiFi jadi slow. Makin pelik sebab yang gunanya pun bukan ramai orang. So, better korang check dan buat langkah berjaga-jaga.

Published by
Noor Ain Norman