Insiden Pemenang Pelakon Lelaki Terbaik Anugerah Akademi (Oscar) ke-94, Will Smith yang berjalan ke pentas sebelum melempang Chris Rock semalam mungkin boleh memberi kesan kepada kemenangannya.
ARTIKEL BERKAITAN : Isteri Jadi Bahan Lawak, Will Smith Naik Angin & Tampar Chris Rock Di Pentas Oscars – REMAJA
Ini berikutan kenyataan penganjurnya semalam yang menyelar tindakan Will kerana mendakwa ia telah mencemarkan acara tersebut. Lebih 9,900 ahli Akademi Seni Filem dan Sains ingin mengkaji secara formal insiden itu dan tindakan lanjut yang akan diambil mengikut undang-undang kecil, Piawaian Kelakuan dan Undang-Undang California.
Walaupun penarikan semula trofi kemenangan jarang dilaksanakan, itu tidak bermaksud ia tidak boleh dilakukan. Mengikut polisi piawaian kelakuan anugerah itu, ia menentang sebarang bentuk penderaan, gangguan dan diskriminasi serta memerlukan ahlinya untuk mengangkat nilai yang menghormati maruah sesama insan, keterangkuman dan menyokong persekitaran yang memupuk kreativiti.
Antara tindakan yang mungkin akan diambil oleh penganjur termasuklah penarikan semula trofi, kehilangan kelayakan untuk dicalonkan pada masa akan datang atau penarikan semula keahlian; seperti yang pernah dilakukan ke atas Harvey Weinstein, Bill Cosby dan Roman Polanski.
Terdahulu, Chris Rock difahamkan enggan membuat laporan polis di atas serangan fizikal Will; mungkin kerana tidak mahu isu tersebut terus berlarutan.
ARTIEL BERKAITAN : Apa Itu Alopecia? Doktor Ini Jelas Punca & Rawatan Yang Boleh Dilakukan – REMAJA
Manakala semasa menerima trofi di atas lakonan hebatnya dalam filem King Richard, Will dalam keadaan teresak telah membuat permohonan maaf dalam ucapannya kepada akademi dan calon-calon lain dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik kerana telah mencemari acara menerusi tindakan spontannya mempertahankan isteri, Jada Pinkett-Smith.
Begitupun, Will tidak membuat permohanan maaf secara terbuka kepada Chris.
Adakah korang rasakan tindakan keras ini wajar diambil ke atas Will Smith?
BACA LAGI : Karpet Merah Oscars 2022 : 8 Gaya Paling ‘Fresh’ Pilihan REMAJA – REMAJA
[ KEMAS KINI ]
Will Smith telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Chris Rock, penerbit, hadirin di Dolby Theater Los Angeles dan penonton di seluruh dunia
BACA LAGI : Malu Dengan Tindakan Di Oscars, Will Smith Mohon Maaf Daripada Chris Rock – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.