Panik bila tengah shopping tiba-tiba baru sedar cash dah tak ada dan apa yang lebih menyeramkan lagi rupanya wallet pun tertinggal dekat rumah?Nak buat macam mana ni?
Chill beb, setiap masalah tu kan pasti ada jalan keluar. Mungkin tak semua orang tahu sebenarnya kita boleh mengeluarkan duit di ATM tanpa menggunakan kad.
Caranya mungkin agak susah sikit tapi kalau inilah satu-satunya jalan keluar untuk anda memperoleh wang, why not kan?Tapi nak diingatkan, perkongsian ini hanya untuk pemilik akaun Maybank saja.
Bank Hong Leong pun ada tapi kami pasti ramai juga yang memang guna Maybank kan?
Walaupun info yang dikongsi oleh saudara Ahmad Asyraf Asyari ni dah lama, but still ramai yang belum tahu kan?
Ads
So, ini dia step by step yang boleh anda ikut untuk mengeluarkan wang di ATM tanpa menggunakan kad.
1. Log in Maybank2u.com
Pastikan anda mempunyai akaun Maybank2u dan layari laman tersebut menggunakan browser, bukannya apps. Kemudian, klik Account & Banking.
2. Pilih Transfer, kemudian Cardless Withdrawal
Ads
3. Isi maklumat yang diperlukan
Masukkan jumlah amaun yang anda mahu dan paling penting ialah nombor telefon. Maksimum amaun yang boleh dikeluarkan adalah RM300.
Kemudian, klik pada button continue dan anda akan menerima SMS dari Maybank. 16 digit nombor akan diberikan melalui SMS tersebut dan terus ke mesin ATM.
4. Pilih pengeluaran tanpa kad
Ads
5. Teruskan…
6. Masukkan 16 digit yang diterima melalui SMS tadi
7. Selepas itu, masukkan 6 digit withdrawal code
Sekali lagi anda akan menerima SMS 6 digit nombor sebagai pengesahan pengeluaran withdrawal code.
8. Ambil wang dan penyata, kemudian bolehlah sambung shopping. Hehe
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Varian Delta yang sebelum ini menganas di India kini dilaporkan telah melarat ke Indonesia. Negara seberang itu sedang berdepan lonjakan kes ketara akibat penularan pesat varian tersebut dan yang paling teruk terjejas di rantau Asia Tenggara.
Lebih membimbangkan adalah apabila sistem kesihatan Indonesia dikhuatiri boleh lumpuh pada bila-bila masa apabila semakin banyak hospital tidak dapat menampung keperluan pesakit COVID-19 yang kian kekurangan katil dan bekalan oksigen.
Atas dasar kemanusiaan, bintang YouTube dan media sosial popular Indonesia, Atta Halilintar telah menggerakkan tabung sumbangan untuk membeli tangki oksigen bagi merawat pesakit Covid-19.
Menurut laporan media Indonesia, selepas dua hari ia dilancarkan, dana yang terkumpul setakat ini telah mencapai Rp227 juta atau lebih kurang RM65,000. Ia menghampiri setengah daripada sasaran sumbangan mereka iaitu Rp500 juta.
Suami kepada Aurel Hermansyah ini berterima kasih atas keprihatinan masyarakat dan sedang terus mengumpulkan dana untuk membelikan silinder oksigen. Walaupun jumlah terkumpul adalah memberangsangkan, sumbangan tetap akan dibuka bermula Isnin lalu (5/7/2021) hingga ke bulan berikutnya.
Menurut kerajaan Indonesia, kadar pengebumian harian mangsa Covid-19 telah meningkat 10 kali ganda sejak Mei lalu. Direkodkan, hampir 1000 kakitangan perubatan Indonesia maut akibat COVID-19 termasuk 12 orang yang sudah menerima suntikan dos vaksin.
Moga yang baik-baik sahaja untuk negara jiran kita ini.
Baru berusia 14 tahun, seorang remaja perempuan sanggup menipu ibu bapa kononnya bermalam di rumah rakan, sebaliknya menyewa bilik motel dengan teman lelaki.
Pasangan ini ditahan oleh Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) dalam serbuan pada pukul 3 pagi di sebuah motel.
Kejadian yang berlaku di Kedah ini melibatkan seorang remaja perempuan bersama pasangannya yang berusia 17 tahun berdua-duaan dalam bilik motel berkenaan.
Menurut Harian Metro, Ketika disoal siasat, remaja perempuan itu memberitahu dia menunggang motosikal untuk bertemu pasangannya di bandar Sungai Petani dan menipu keluarga kononnya menumpang tidur di rumah kawan.
Berikutan itu mereka ditahan kerana disyaki berkhalawat dan anggota JAIK telah menghantarnya pulang ke rumah 4.30 pagi selepas keterangan diambil.
Orang ramai dinasihatkan mengawasi anak masing-masing bagi mengelakkan mereka terjebak dengan kegiatan tidak bermoral Ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilaksanakan.
Dalam situasi pandemik seperti ini, harapnya masing-masing dapat menjaga diri sendiri, lebih-lebih lagi bagi mereka yang masih bersekolah. Janganlah buat mak dan ayah susah hati di rumah.
Diharap agar kisah ini dapat memberi teladan buat semua.
Sehari dua ini viral di media sosial perlakuan seorang penunggang motosikal yang telah menghentak cermin hadapan sebuah kereta selepas berang dibunyikan hon. Kes ini tular dan ramai netizen memberikan pelbagai komen.
Ternyata perlakuan baran di jalan raya ini berbalas dengan menjalani hukuman di penjara apabila Danial Abdullah Tan, 31 di di penjara 12 bulan selepas mengaku bersalah atas perbuatan khianatnya selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di mahkamah hari ini.
Laporan Harian Metro menyebut, tertuduh terpaksa menyambut Aidilfitri di penjara selepas dijatuhi hukuman penjara minimum 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini, atas kesalahan melakukan khianat.
Majistret Nurshahira Abdul Salim menjatuhkan hukuman itu terhadap Danial Abdullah Tan, 31, selepas dia mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Tertuduh diperintahkan menjalani hukuman penjara itu bermula tarikh tangkap, semalam.
Dia yang lebih dikenali sebagai ‘abang botak’ dalam kalangan netizen hanya menundukkan kepalanya sepanjang prosiding.
Malah, suaranya tersekat-sekat serta menangis ketika disoal Majistret Nurshahirah mengapa dia bertindak sedemikian.
“Puncanya dia (pengadu) hendak melanggar saya dan menghimpit saya. Saya berhentikan dia untuk berbicara, namun dia menunjukkan tanda jari dan disebabkan itu saya buat keputusan bodoh,” katanya dengan nada sebak dan meminta maaf atas perbuatannya itu.
Videonya menghentak cermin hadapan kereta menjadi viral di media sosialDanial Abdullah Tan berjaya ditangkap polis selepas kesnya tular
Turut kelihatan di tempat duduk galeri awam, kakak dan beberapa ahli keluarganya yang mengikuti prosiding pendakwaan itu.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan khianat dan mengetuk cermin hadapan kereta mangsa lelaki berusia 58 tahun itu menggunakan topi keledar sehingga rosak.
Kesalahan itu dilakukan di Jalan Kasturi Seksyen 12 Taman Bukit Serdang Seri Kembangan, 5.30 petang pada 28 Mei.
Dakwaan kes itu dikemukakan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau keduanya.
Terdahulu, dia yang diwakili peguam peguam Nur Rafiuddin Mas Wari dalam hujahnya berkata, pengakuan salah anak guamnya itu menjimatkan masa dan kos mahkamah serta pertuduhan ini adalah yang pertama dihadapinya.
“Anak guam adalah pekerja stor dan mempunyai anak berusia tiga dan satu tahun.
“Kesalahan dilakukan bukanlah sesuatu yang dirancang,” katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Hairuliqram Hairuddin memohon hukuman berat atas alasan kesalahan membabitkan pembuli jalanan kerap berlaku dan memandangkan usia tertuduh (31 tahun ) dia sepatutnya dalam fasa matang.
Portal berita Harian Metro semalam melaporkan seorang penunggang motosikal bertindak samseng dengan menghentak cermin sebuah kereta dalam kejadian di Taman Bukit Serdang, jam 5.30 petang Selasa lalu.
Tindakan samseng penunggang motosikal itu dirakam pemandu kereta berkenaan menggunakan kamera dashcam dan rakaman video terbabit tular di Facebook sejak kelmarin.
Sumber : HARIAN METRO
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, perasaan sebak tidak dapat disorokkan oleh pelakon, Amyra Rosli apabila terpaksa melepaskan suami tercinta, Amar Baharin (40), yang menyertai misi berbasikal sejauh...