Withdraw Duit Di ATM Tanpa Kad, Mungkin Ramai Tak Tahu 6 Cara Ini Yang Boleh Anda Buat

Share

Panik bila tengah shopping tiba-tiba baru sedar cash dah tak ada dan apa yang lebih menyeramkan lagi rupanya wallet pun tertinggal dekat rumah?Nak buat macam mana ni?

Chill beb, setiap masalah tu kan pasti ada jalan keluar.  Mungkin tak semua orang tahu sebenarnya kita boleh mengeluarkan duit di ATM tanpa menggunakan kad.

Caranya mungkin agak susah sikit tapi kalau inilah satu-satunya jalan keluar untuk anda memperoleh wang, why not kan?Tapi nak diingatkan, perkongsian ini hanya untuk pemilik akaun Maybank saja.

Bank Hong Leong pun ada tapi kami pasti ramai juga yang memang guna Maybank kan?

Walaupun info yang dikongsi oleh saudara Ahmad Asyraf Asyari ni dah lama, but still ramai yang belum tahu kan?

So, ini dia step by step yang boleh anda ikut untuk mengeluarkan wang di ATM tanpa menggunakan kad.

1. Log in
Maybank2u.com

Pastikan anda mempunyai akaun Maybank2u dan layari laman tersebut menggunakan browser, bukannya apps. Kemudian, klik Account & Banking.

2. Pilih Transfer, kemudian Cardless Withdrawal

3. Isi maklumat yang diperlukan

Masukkan jumlah amaun yang anda mahu dan paling penting ialah nombor telefon. Maksimum amaun yang boleh dikeluarkan adalah RM300.

Kemudian, klik pada button continue dan anda akan menerima SMS dari Maybank. 16 digit nombor akan diberikan melalui SMS tersebut dan terus ke mesin ATM.

4. Pilih pengeluaran tanpa kad

5. Teruskan…

6. Masukkan 16 digit yang diterima melalui SMS tadi

7. Selepas itu, masukkan  6 digit withdrawal code

Sekali lagi anda akan menerima SMS 6 digit nombor sebagai pengesahan pengeluaran withdrawal code.

8. Ambil wang dan penyata, kemudian bolehlah sambung shopping. Hehe

Published by
Noor Ain Norman