Bersempena ulang tahun yang kelima, WonderLab dan WonderDewi baru-baru ini memperkenal siri penjagaan kulit terbaru iaitu WonderLab Ageless Pre-Ageing dan WonderDewi Cica.
Kedua siri produk ini dilancarkan di ‘WonderLab 5bulous Anniversary’ Pop-Up, The Starhill Bukit Bintang menawarkan produk dirumus istimewa untuk orang dan cuaca di Malaysia.
Barisan Produk Siri WonderLab Ageless Pre-AgeingBarisan Produk Siri WonderDewi Cica
Menurut Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International, pemilik jenama WonderLab, WonderDewi, En.Hoe Kian Choon (KC Hoe), barisan produk yang baru dilancarkan ini menggariskan komitmen berterusan selain menunjukkan kebolehan mereka berinovasi dalam mencipta produk kecantikan.
Ads
“Kami menawarkan WonderLab Ageless Pre-Ageing sesuai untuk pengguna yang menginginkan solusi penjagaan kulit yang berprestasi tinggi.”
“Manakala bagi siri WonderDewi Cica istimewa bagi pengguna yang lebih muda kerana ia lebih efektif dan berpatutan”
Ads
Dalam pada itu, ‘WonderLab 5bulous Anniversary’ Pop-Up dengan tema ‘Be Iconic’ juga mengalu-alukan kemeriahan pengunjung di tengah kota Kuala Lumpur. Selain membeli belah barangan produk WonderLab dan WonderDewi, pengunjung juga boleh melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti interaktif, permainan mini yang menarik, dan membuat analisa kulit secara percuma!
Ads
Bagi penggemar kecantikan dan penjagaan kulit, anda dijemput beramai-ramai untuk singgah ke ‘WonderLab 5bulous Anniversary’ Pop-Up, The Starhill Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang akan berlangsung dari 10 pagi hingga 10 malam sehingga 1 September ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahukah anda bahawa cara mencuci muka yang betul boleh membantu mengekalkan kecantikan dan awet muda? Salah satu teknik yang semakin popular ialah teknik “Beauty Fingers”.
Hah, jangan main tonyoh dan asal siap saja ya!
Antara jari yang patut anda gunakan ialah, tiga jari terakhir iaitu jari tengah, jari manis dan jari kelingking. Bukan sepuluh jari dan tapak tangan tu, lain jadinya nanti.
Malah nak sapu serum atau pelembap muka pun sebaiknya guna tiga jari kecantikan ini. Kata tak mahu kulit cepat kedut, kan?
Kenapa guna jari kecantikan?
Sebab tiga jari terakhir ni mempunyai tekanan rendah dan tak menyumbang kepada kedutan di wajah, yang menyebabkan muka cepat kendur dan tua sebelum usia.
Cara Cuci Muka Yang Betul
Nak muka tegang dan tak kendur ke bawah, cuci muka muka dari dagu dan naik ke pipi, ke hidung dan kemudian ke dahi.
Dan jangan lupa kalau nak awet muda, guna jari kecantikan anda atau mesra dipanggil beauty fingers!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebut sahaja nama Tan Sri Michelle Yeoh, ramai terus terbayangkan aksi-aksi lasak yang dilakonkan olehnya sendiri dalam filem yang mempamerkan seni pertahankan diri Kung Fu.
Namun tahukah korang, permulaan karier Michelle, 60 yang baru sahaja menerima pencalonan anugerah Oscars bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik sebenarnya bertitik-tolak daripada penyertaannya di pertandingan ratu cantik!
Tan Sri Michelle Yeoh di acara karpet merah anugerah Golden Globes 2023.
Minat wanita berkaliber kelahiran Ipoh, Perak ini sebenarnya terhadap dunia seni sebenarnya bermula dari seni tarian.
Seawal usia empat tahun, beliau telahpun memulakan latihan tarian balet. Setelah mereka berpindah ke United Kingdom ketika beliau berusia 15 tahun pula, ibu bapanya sendiri telah mendaftarkan Michelle untuk menyertai Royal Academy of Dance di London.
Minat mendalam terhadap tarian balet itu bagaimanapun menemui titik noktah apabila Michelle berdepan kecederaan tulang belakang. Itu tidak sesekali meleburkan semangatnya apabila beliau mencari bidang seni lain yang melibatkan koreografi termasuklah seni mempertahankan diri.
Tan Sri Michelle Yeoh semasa ditemui di acara karpet merah anugerah Critics Choice 2023.
Juara Ratu Cantik
Aura yang dimiliki Tan Sri Michelle Yeoh semakin menyerlah apabila beliau mencecah usia 20-an. Pada tahun 1983, beliau memilih untuk bertanding di pentas Miss World Malaysia, memenanginya dan sekali gus mewakili negara ke pertandingan Queen of the Pacific di Australia – DAN beliau juga memperolehi kejuaraan di sana!
Tan Sri Michelle Yeoh (tengah) diapit naib juara dan pemenang tempat ketiga di Miss Malaysia World 1983.
Dalam temu ramahnya bersama majalah Town & Country edisi Ogos 2022, Michelle telah menyentuh mengenai pembabitannya dalam pertandingan ratu cantik satu ketika dahulu.
“Saya memang sedikit kompetitif secara semulajadi. Saya rasakan juri-juri pada masa itu ‘buta’ agaknya,” selorohnya. Ibunya, Janet lah yang mendaftarkan anak daranya itu bagi menyertai pertandingan itu dan Michelle pada waktu itu tidak begitu yakin untuk menyertainya; apatah lagi untuk memenangi gelaran Miss World Malaysia!
Tidak lama selepas itu, beliau mewakili Malaysia ke pertandingan Miss World 1983 yang dilangsungkan di London. Seingat beliau pada waktu itu, beliau telah memilih gaun tradisional berona hijau keemasan.
Sehingga ke hari ini, Michelle berkata ibunya akan ‘mengambil kredit’ di atas pembabitan awalnya itu dalam dunia glamor.
“All the time! She always tells me, ‘It’s me, I created her, I gave her this,’ and I’m like, ‘Yes, Mom.’ “
Korang mesti tertanya-tanya, bagaimana pula Michelle boleh terlibat dalam dunia lakonan dari pentas ratu cantik..
Haa, setahun kemudian beliau telah muncul dalam sebuah iklan televisyen untuk jenama Guy Laroche dan ia merupakan titik-tolak utama untuknya melebarkan sayap sebagai seorang pelakon antarabangsa.
Disebabkan iklan inilah, sebuah studio produksi kecil di Hong Kong menawarkannya watak dalam projek mereka dan bak kata orang, the rest is history.
Ternyata, Tan Sri Michelle Yeoh ialah seorang figura contoh yang paling ideal kepada remaja terutamanya gadis-gadis yang bercita-cita tinggi untuk berjaya.
Berkat kesabaran, minat yang mendalam dan tidak mudah mengalah selama 40 tahun dalam dunia glamor, lihatlah di mana Michelle berdiri sekarang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekarang semua nak nampak natural bukan, natural beauty katanya.
Kalau korang antara yang dah mencuba macam-macam produk untuk hilangkan masalah jerawat dan parutnya tapi tak juga berkesan mungkin boleh cuba cara yang dikongsi gadis ini.
Dengan hanya menggunakan tomato beku, ia jadi penyelesaian untuk masalah jerawat dan parut degil yang dialami. Paling best amalan ini juga membuatkan kulit wajahnya makin berseri dan pinkish ala bintang k-pop tu.
Berikut adalah perkongsian Asha Zakaria yang boleh korang praktikkan. Mudah sangat caranya. Murah pulak tu.
Bahan hanya satu biji tomato!
Tip untuk hilangkan jerawat dan parut degil!
Boleh glowingkan kulit wajah.
Bahan yang diperlukan cuma satu biji buah tomato.
Cara-caranya
Cuci dan simpan buah tomati ini dalam peti ais bahagian sejuk beku.
Biarkan selama sehari. Kemudian potong dua.
Ambil sebelah dan gosokkan pada kulit muka selama 15 minit.
Biarkan selama satu jam sebelum mencucinya seperti biasa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aktres jelita, Anna Jobling, bakal mengikuti jejak langkah pelakon popular, Maya Karin apabila ditawarkan untuk membintangi filem seram ikonik iaitu Pontianak Harum Sundal Malam...