Wow! 14 Tiara Dan 1,600 Brooch Antara Barang Mewah Yang Diberkas Dalam kes IMDB

Share

 

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa yang kita nak buat dengan 14 tiara dan 1,600 brooch?

 

Penulis pun keliru memikirkannya, namun itulah antara barangan mewah yang diberkas oleh pihak polis sepanjang siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sejak bulan lalu.

Rampasan barang mewah yang bernilai sehingga RM1.1 billion itu turut melibatkan barang kemas bernilai RM880 juta, termasuklah tiara dan brooch tersebut.

Dalam sidang media hari ini bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, pihak polis ingin memberi kenyataan rasmi mengenai barang rampasan yang terbabit.

BACA: 15 Pemimpin Dunia Yang Didakwa Sebagai Kaki Rasuah

 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh.

 

Rampasan telah dilakukan di Putrajaya dan 4 lokasi di Kuala Lumpur (iaitu di 3 buah apartmen Pavilion Residence Bukit Bintang dan di kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Langgak Duta, Taman Duta.)

Polis berkata, seramai 150 anggota polis memerlukan tempoh dari 21 Mei hingga 25 Jun untuk mengira dan menyiasat barangan yang diambil. Hampir sebulan diambil kerana jumlah barang yang terlampau banyak, iaitu sebanyak 72 beg dan 284 buah kotak.

Ini adalah statistik barang yang dikenal pasti dalam rampasan ini, jangan terkejut tau!

 

25 daripada 72 beg mengandungi 12,000 barang kemas.

2,200 cincin, 2,800 anting-anting, 1,600 brooch dan 14 tiara.

Barang kemas paling berharga adalah rantai emas putih dan berlian bernilai RM6.4 juta

.

567 beg tangan daripada 37 jenama mewah seperti Hermes, Prada dan Chanel, kira-kira bernilai RM51.3 juta.

 

Sebelum bersurai, pihak polis berkata mereka seterusnya akan mendapatkan kenyataan daripada Datuk Seri Najib dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.

P.S: Kami masih terfikir, siapa nak pakai tiara-tiara tu?

 

Published by
FZ