Apa yang korang cari ketika membeli pelan data internet yang ditawarkan oleh banyak syarikat telekomunikasi yang ada di negara ini?
Kebanyakan dari kita pastinya mahu pakej bulanan murah, liputan sudah semestinya luas, panggilan tanpa had ke semua rangkaian telefon, tak ada hidden-hidden charge, laju capaian internet 4G LTE selain mudah untuk berhubung dengan syarikat pembekal kalau timbul sebarang masalah. Betul tak?
Bagi korang yang nak semua atas tu, redONE yang kini sudah mencapai 1 juta pengguna Postpaid adalah pilihan tepat untuk melayan semua kehendak korang di atas.
Menurut Pengasas Bersama redONE, Mr. Ben Teh yang sudah lebih 20 tahun berpengalaman luas dalam bidang jualan dan telekomunikasi, pelan data yang diberikan oleh syarikat redONE adalah mencapai kehendak masyarakat Malaysia masa ini.
“Sekarang kita tawarkan harga semurah RM48 sebulan bagi 15GB berkelajuan 4G LTE dan 5GB internet asas.
“Tapi kalau tambah RM10 sebulan saja untuk redCALL, kita akan dapat panggilan percuma tanpa had ke semua rangkaian telefon di negara ini. Atau bagi yang suka menonton video, kita tawarkan RM10 setiap pembelian bagi kuota 10GB dengan internet berkelajuan tinggi untuk melayari 11 saluran video pada bila-bila masa saja!
“Bagi harga RM28 sebulan pula kita beri 5GB berkelajuan 4G LTE plus 5GB internet asas. Bagi mereka yang suka berborak guna telefon, bolehlah tambah redCALL pada harga RM10 sebulan untuk menikmati panggilan percuma tanpa had ke semua rangakaian,” katanya. Beliau juga memaklumkan pengguna redONE tidak perlu risau soal internet lembap, atau tak dapat buat panggilan ke kawasan terpencil kerana rangkaian redONE boleh diakses begitu mudah ke seluruh negara.
Bercerita lebih lanjut tentang redONE, Mr. Ben Teh menjelas, syarikat ditubuhkan pada 2012 dan menjadi syarikat telekomunikasi pertama dikenali sebagai Syarikat Pengendali Maya Mudah Alih pertama (MVNO) untuk menyediakan perkhidmatan Postpaid dengan menggunakan infrastruktur rangkaian 5 bintang Celcom Axiata yang cepat dan boleh dipercayai.
“Kita kena faham apa kehendak pengguna. Mereka mahukan rangkaian luas, mudah untuk diakses, tak menyusahkan dan banyak lagi faktor-faktor. Jadi kami buat kajian dan redONE sediakan semua kemudahan yang pengguna perlukan,” katanya yang memaklumkan redONE telah dinobatkan sebagai pemenang tiga kali berturut-turut MNVO Service Provider of the Year dari Frost & Sullivan selama tiga tahun (2014, 2015 & 2016).
“Bahkan pada tahun 2016, syarikat redONE telah berjaya memenangi The Brand Laureate Corporate Branding Award 2015-2016,” katanya menjelaskan redONE begitu memahami kehendak pengguna dan berjaya mencapainya hasil kerja keras semua pihak.
Demi menyasar lebih ramai pengguna Postpaid biarpun sudah berjaya mencapai sasaran lebih 1 juta pengguna Postpaid, redONE bertindak menjadi penaja bagi pertandingan berprestij Dewi Remaja selaku Rakan Telekomunikasi Rasmi Dewi Remaja 2018/2019 yang sedang berlangsung di Astro Ria dan Astro Ria HD.
“Ia satu kerjasama yang sangat menarik kerana kita tahu remaja hari ini menyukai sesuatu yang murah dan istimewa. Sebab itulah kita sasarkan golongan remaja kerana pelan data internet yang kita sediakan lebih murah dan berbaloi dibeli oleh semua masyarakat,” katanya lagi.