Bagi orang kebanyakan, mereka tidak tahu pun mengenai khabar angin siapakah yang akan dipilih oleh BTS sebagai pereka fesyen utama mereka bagi siri jelajah konsert dunia yang akan datang.
Namun jika kamu merupakan seorang ARMY, korang pasti mengikuti perkembangan tersebut.
Banyak jenama terkemuka yang pernah ‘naik’ sebagai antara jenama fesyen yang dipilih oleh BTS. Antaranya termasuklah GUCCI, DIOR dan beberapa pereka dari Korea Selatan.
Hari ini, BTS akhirnya membuka mulut mengenai kolaborasi mereka bersama pereka fesyen daripada DIOR iaitu Kim Jones! Ia telah dipersetujui sejak pertempuan Kim bersama BTS awal tahun ini. Kim nyata tak membuang masa dan terus mencipta 7 rekaan baju pentas berbeza untuk ahli BTS.
Daripada lakaran yang dimuat naik oleh Kim sendiri menerusi akaun Instagram-nya, baju tersebut dilihat mendapat ilham daripada gaya sportswear yang pernah ditayangkan oleh Dior semasa koleksi Pre-Fall 2019.
Antaranya termasuklah jaket bomber, seluar kargo, kemeja kolaborasi bersama pereka Jepun Hajime Sorayama, aksesori harness (seperti yang pernah dipakai oleh pelakon Timothee Chalamet di karpet merah Golden Globes 2019) dan saddle bag.
Menurut Kim, beliau amat menyukai BTS kerana “mereka adalah lelaki yang baik dan menyukai fesyen. Semua orang yang saya kenal sekarang tergila-gilakan BTS.”
Pakaian tersebut akan mula dipakai oleh BTS bermula konsert pertama Love Yourself: Speak Yourself di Los Angelas pada 4 Mei ini, diikuti oleh lokasi seterusnya seperti London, Paris dan Sao Paolo.