Apa, kamu belum muat naik fungsi IGTV? Cepat update sekarang!
Sejak pengumuman mengenai fungsi terbaru Instagram iaitu IGTV semalam, ramai remaja yang dilihat tidak mahu melepaskan peluang untuk mencubanya. Ramai sungguh, sehinggakan bilangan pengguna aktif Instagram semalam mencecah angka 1 billion iaitu 200 juta lebih ramai berbanding bulan Mei. Wow kan!
Ini kerana menurut Instagram, remaja pada hari ini tidak lagi menonton televisyen sekerap dahulu.
Hanya 40 peratus remaja seluruh dunia yang masih merupakan penonton aktif TV. Manakala 60 peratus lagi lebih selesa menonton rancangan atau video kegemaran mereka melalui telefon pintar.
Oleh sebab itlah, IGTV yang diperkenalkan ini dilihat akan memberi saingan sengit kepada YouTube yang kini dikira mendominasi medium video di alam maya.
Menariknya, Instagram tidak akan mengubah format skrin menegak mereka yang diperkenalkan melalui fungsi Instastory. Jadi selepas ini, kalau ada sesiapa yang ingin memuat naik video di IGTV, korang kenalah fikirkan cara kreatif untuk merekod video menegak.
IGTV dilihat sebagai satu lagi media sosial yang bakal menjadi obsession semua pengguna internet selepas ini.
Apatah lagi apabila Mark Zuckerberg juga dilaporkan memperoleh keuntungan USD1.7 billion hanya dalam masa sehari selepas saham Facebook meningkat 2.3 peratus susulan pengenalan IGTV itu.