Setelah Resorts World Genting (RWG) mengumumkan pembukaan taman tema di Genting Skyworlds sekitar pertengahan atau suku ketiga tahun 2021, kini sebuah lagi taman tema penuh menarik telah diumumkan bakal dibuka di..
THAILAND
Bertempat di sebuah pekan persisiran pantai bernama Bangsaray iaitu kira-kira 20 minit perjalanan dari Pattaya dan 1 jam setengah dari Bangkok, Sony Pictures Entertainment dan Amazon Falls hari ini mengumumkan perancangan mereka untuk membuka sebuah taman tema dan taman air bernama Columbia Pictures Aquaverse (Aquaverse) di Thailand.
Taman tema berkeluasan 14 ekar itu juga merupakan taman tema pertama yang dihasilkan oleh Columbia Pictures serta Sony Pictures di dunia.
Menurut kenyataan rasmi yang diterima REMAJA, Aquaverse dijangka akan siap sepenuhnya dan dijadualkan dibuka bermula bulan Oktober, tahun ini.
Ia menampilkan pelbagai tarikan bertemakan filem dan animasi Hollywood yang pernah ditayangkan oleh Columbia Pictures sendiri. Itulah yang membuatkan ramai tidak sabar untuk menantikannya.
Ads
Antara filem popular yang bakal mempunyai rides sendiri termasuklah Men In Black, Ghostbusters, Jumanji, Hotel Transylvania, Bad Boys, Cloudy with a Chance of Meatballs dan banyak lagi.
Bukan saja ia sesuai untuk mencabar keberanian korang, ada juga permainan lain serta persembahan ‘live’ yang bersesuaian untuk setiap peringkat umur.
Men In Black Thrill Rides umpamanya merupakan ride paling mencabar di Aquaverse. Ia merupakan water coaster setinggi 12 meter yang akan membuatkan setiap pengunjung menjerit ketakutan semasa mengalami free fall ride tersebut.
Ads
Manakala Jumanji Jungle Adventure pula merupakan water slide bertemakan hutan liar di mana pengunjung akan menemui Jaguar Mountain dan dikejar oleh Mandrills sebelum ‘terjatuh’ ke kolam Jumanji.
Selain rides yang ada, pengunjung juga pasti tidak ingin melepaskan peluang menetap di hotel yang disediakan, makan di sana dan merakamkan sebanyak mungkin momen menarik bersama keluarga dan rakan.
Menurut pihak Sony Pictures Entertainment yang diwakili oleh Jeffrey Godsick, mereka berbesar hati untuk bekerjasama dengan Liakat Dhanji dan Amazon Falls.
Kesemua ini dihasilkan daripada visi menjadikan Thailand sebagai satu destinasi berhibur. Ia juga adalah langkah Sony Pictures untuk membesarkan lagi pengaruh hiburan filem dan siri televisyen yang pernah dan yang akan mereka hasilkan.
Tak sabarnya nak melihat gambaran pertama taman tema Aquaverse ini!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pemain bola sepak terkenal, Paul Pogba, telah membuat keputusan untuk penggunakan wang gajinya bagi melabur dalam perniagaan, khususnya dalam sektor yang memberi manfaat kepada masyarakat Islam.
Bekas bintang bola sepak Manchester United itu dilaporkan itu membuat pelaburan terutamanya ke dalam perniagaan fintech (Teknologi Kewangan) Muslim, sebagai satu cara untuk memastikan masa depannya di luar padang.
Seperti yang didedahkan oleh kajian yang dijalankan oleh The Sunday Times, jejaka berusia 29 tahun tersebut merupakan pemain bola sepak terkaya di United Kingdom, dengan pendapatan mencecah £77 juta.
Jadi tidak hairanlah jika dia merancang untuk menggunakan wang itu dengan bijak dan membantu memanfaatkan Masyarakat Islam secara keseluruhannya juga.
Salah satu perniagaan yang mendapat perhatian Paul ialah platform pelaburan beretika dalam talian, Wahed Invest. Menurut Bloomberg UK, pemain bola sepak Perancis itu membelanjakan sejumlah wang yang nilainya tidak dideahkan kepada umum
“Ia untuk membantu mereka melabur dengan cara yang halal. Ia adalah sesuatu yang datang dari hati saya, sejujurnya ,” katanya kepada wakil media itu pada Mei.
Mengenai pelaburan besar ini, Pogba mendedahkan bahawa dia tidak takut kehilangan wang kerana berasal dari latar belakang yang kurang bernasib baik di mana dia tidak mempunyai banyak perkara untuk dimulakan.
Sedikit infromasi mengenai pemain bola sepak terkenal ini, dia merupakan seorang warganegara Perancis dan mengamalkan ajaran Islam dalam hidupnya. Dia sudah berkahwin dengan seorang model asal Bolivia dan dikurniakan dua cahaya mata.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berita baik buat individu yang masih giat mencari pekerjaan sepanjang pandemik ini, lebih 20,000 kekosongan jawatan membabitkan 126 majikan akan ditawarkan menerusi Expo Kerjaya sempena penganjuran ‘International Public Employment Forum 2021’ (IPEF 2021) secara maya.
Penganjuran IPEF 2021 ini bertujuan untuk membantu mempersiapkan orang ramai terutama golongan majikan, pekerja dan pencari kerja dengan maklumat serta berkongsikan amalan terbaik bagi membina semula kehidupan pasca pandemik COVID-19.
Gambar hiasan
Menurut Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), ekspo kerjaya ini akan disertao majikan daripada syarikat-syarikat besar seperti ExxonMobil, Honda, CIMB Bank, Top Glove, Schlumberger, Petron, UMW, KPJ dan banyak lagi.
Selain itu, turut berlangsung SOCSO’s Regional Return to Work (RTW) DIGIMOS Symposium 2021 dalam usaha Perkeso terus membantu golongan orang kurang upaya (OKU) dalam mengharungi cabaran Covid-19.
Persidangan julung kali ini dijangka menghimpunkan lebih 1,000 peserta dari seluruh pelosok Asia Tenggara dengan mengetengahkan barisan panel jemputan terdiri daripada pakar dalam bidang pengurusan hilang upaya dan rehabilitasi di tempat kerja.
Gambar hiasan
Jika korang ingin menyertai IPEF 2021 yang bakal berlangsung pada 7 hingga 9 September ini, pendaftaran boleh dibuat mulai sekarang menerusi pautan www.perkeso.gov.my/ipef. Sekiranya ingin mengetahui maklumat lanjut, korang juga boleh menghubungi Careline Perkeso di 1300- 22-8000 atau emel ke ipef@perkeso.gov.my.
Ini adalah peluang terbaik untuk individu yang kehilangan kerja pada waktu pandemik. Ambil peluang yang diberikan ini, manalah tahu ada rezeki korang nanti.
Minuman tenusu merupakan pilihan masyarakat, khususnya buat hidangan sarapan pagi dan bagi mereka yang sedang berdiet. Namun, korang perlu memilih susu yang sesuai kerana bukan semua susu di pasaran mempunyai kandungan yang sesuai untuk diet seimbang.
Oatside merupakan susu berasaskan gandum (oat) yang sebelum ini dipasarkan di Singapura namun kini sudah boleh didapati di negara kita. Apa yang menariknya, susu ini menggunakan bijirin berkualiti dari Australia yang dipanggang dan diproses sepenuhnya di Bandung, Indonesia.
Oatside juga dicipta dengan mengambil kira tentang alam sekitar, iaitu pengeluaran susu oat memerlukan 90% kurang tanah dan air serta menghasilkan 70% kurang pelepasan berbanding kepada susu lembu.
Kenapa kami katakan susu ini pilihan terbaik untuk mereka yang sedang berdiet, kerana tiada kandungan gula mahu pun bahan pengawet yang digunakan. Tapi yang bestnya, walaupun tidak mengandungi gula korang masih boleh merasa kemanisan susu ini hasil daripada bahan oat tersebut. Pendek kata, kalau nak produk tenusu yang sihat tapi sedap, Oatside adalah pilihan yang tepat.
Terdapat tiga jenis susu oatside yang ditawarkan dan antaranya adalah Barista Blend, Chocolate dan Chocolate Hazelnut. Oatside telahpun digunakan oleh salah beberapa jenama restoran terkenal seperti The Coffee Bean & Tea Leaf and Pulp coffee.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bersempena bulan Ramadan yang hampir ke penghujungnya, kumpulan hip hop, 53 Universe baru-baru ini memberi sedikit perbezaan dalam karya mereka apabila melancarkan album EP...