Congratulations UNITAR!
UNITAR ataupun Universiti Antarabangsa UNITAR telah membanggakan sistem pendidikan Malaysia apabila menjadi institut pengajian tinggi (IPT) pertama di Asia untuk menerima penarafan 5 bintang dalam kategori pembelajaran dalam talian atau pembelajaan jarak jauh.
Anugerah itu telah disampaikan oleh QS Stars yang berpangkalan di United Kingdom.
Menurut mereka, penilaian dibuat dengan mengambil kira kategori khusus seperti mengajar, kebolehpasaran siswazah, perakaunan, kewangan dan keterangkuman.
Ia sekaligus mengukuhkan reputasi UNITAR sebagai sebuah IPT yang mampu menyediakan Pendidikan berkualiti dan menjamin prospek kerjaya pelajar di dalam dan luar negara.
Sejak mula menawarkan pelajar dengan kursus berasaskan web pada tahun 1997 iaitu sebelum perkembangan internet jalur lebar, mereka perlahan-lahan telah meningkatkan prestasi secara online dan ia terbukti dengan pengiktirafan ini.
Untuk pengetahuan korang, antara program dalam talian yang ditawarkan oleh UNITAR termasuklah Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Sarjana Muda Pendidikan, Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan Sarjana Pendidikan.
Tahniah sekali lagi!
Dalam keadaan semasa di mana arahan kawalan pergerakan dikenakan kepada seluruh rakyat Malaysia, pembelajaran secara online-lah yang menjadi jalan penyelesaiannya. Tak gitu?
RM12 Juta Untuk Tanggung Bantuan Makanan 74,530 Pelajar Di Hostel
Filem Onward Bawa Mesej Kekeluargaan Yang Boleh Bikin Penonton Nangis
Walt Disney Pictures menampilkan sebuah lagi filem animasi terbaru yang berjudul Onward. Diarahkan oleh bekas pengarah Monsters University, Dan Scanlon, filem ini membariskan pelakon hebat seperti Tom Holland, Chris Pratt, Julia Louis-Dreyfus, Octavia Spencer sebagai pelakon alih suara.
Mengisahkan tentang Ian dan Barley Lightfoot yang merupakan adik beradik bunian yang tinggal di pinggir bandar sebuah dunia fantasi, di mana manusia tidak wujud. Sebaliknya ia didiami oleh makhluk seperti bunian, troll, ikan duyung dan macam-macam lagi. Suatu hari, kedua-dua remaja itu memulakan pengembaraan demi meneroka jika masih ada lagi kuasa magik di dunia.
Mereka berharap untuk menggunakan kuasa magik bagi meluangkan masa sehari bersama bapa mereka, yang meninggal ketika mereka masih kecil. Apabila salah seorang daripada mereka cuba menghidupkan semula bapa mereka menggunakan satu sihir, hanya bahagian bawah badan bapa mereka yang muncul. Memandangkan sihir itu hanya bertahan selama 24 jam, mereka perlu mencari jalan untuk mengembalikan bahagian atas badan bapa mereka sebelum terlambat.
Walaupun penulis tidak begitu gemar dengan genre animasi, pada mulanya memang agak tertanya-tanya adakah filem ini mampu menghiburkan? Namun, setelah mengikuti perkembangan jalan cerita, boleh kami katakana filem Onward ini adalah antara yang berbaloi untuk ditonton.
Nilai kekeluargaan yang ditampilkan dalam filem ini berjaya mengusik emosi kami apabila melihat situasi dua beradik yang terlalu ingin untuk berjumpa dengan ayah mereka yang sudah lama meninggal dunia. Pengembaraan mereka untuk mencari batu ‘hikmat’ semata-mata untuk menghidupkan semula ayahnya selama sehari bakal membuatkan penonton sebak. Kami boleh merasakan bagaimana rasa rindu mereka pada ayah yang telah tiada.
Kalau nak cakap pasal logik memanglah tidak, tetapi filem ini memberi mesej kekeluargaan yang sangat jelas tentang bagaimana untuk menjaga hubungan baik bersama adik-beradik. Kalau agak-agak ada yang tengah bergaduh dengan adik-beradik tu, korang wajib tengok filem ni okay? Hiks!
Onward bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 5 Mac nanti.
“Moga Allah Gantikan Dengan Nikmat Tidak Disangka Buatku & Anak” -Isteri Hafidz Roshdi
Beberapa hari lalu, hubungan pelakon drama Tundukkan Playboy Itu, Hafidz Roshdi dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, seperti kembali tenang apabila aktor itu berkongsi gambar menggenggam erat tangan wanita yang dipercayai isterinya.
Namun baru-baru ini, pelakon itu dikatakan melafazkan cerai talak satu bersaksikan keluarga dan difahamkan, Nurul Shuhada bakal memfailkan perceraian mereka pada 1 Mac ini, yang juga bertepatan hari ulang tahun kelahirannya.
BACA JUGA: Dari Hero Remaja Ke Pentas Lakonan, Hafidz Roshdi Ceburi Dunia Seni Sejak Usia 18 Tahun
Semalam, tidak sampai 24 jam selepas desas-desus mengenai perceraian pasangan tersebut tular, Nurul Shuhada memohon doa kepada Ilahi menggantikan nikmat lebih baik buat dirinya dan juga cahaya mata.
“Insya-Allah, semoga Allah gantikan dengan nikmat tidak disangka buatku dan anak-anak. Amin Ya Mujib,” coretnya menerusi InstaStory.
Kata Shuhada lagi, hanya insan yang sememangnya ditakdirkan hidup bersama serta ikhlas sahaja bijak menghargai sebuah ikatan kasih sayang.
“Orang yang betul tahu bagaimana untuk mempertahankan cinta. Orang yang betul juga memilih awak sebagaimana awak memilihnya dengan setulus hati. Awak tidak akan berdiam diri jika peduli dan tidak perlu berasa keterlaluan.
“Awak juga tidak perlu merayu untuk cinta yang memang selayaknya buat awak. Satu hari nanti, awak akan menjadi seseorang dan tidak akan keliru lagi. Awak tidak akan rasa berjuang untuk seseorang yang tidak pernah berjuang untuk awak.
“Satu hari nanti, awak akan mengerti bagaimana erat menggenggam seseorang yang salah, betapa kuatnya mencuba, insan yang tepat akan sentiasa mencari dan terus kekal,” luahnya lagi.
Sekadar infotmasi, bekas peserta program Hero Remaja mendirikan rumah tangga bersama Nurul Shuhada pada tanggal 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Senarai 20 Taikun Asia Yang Kuasai Ekonomi, Ada Gajikan Pekerja 50,097 Orang
Isi Kandungan
ToggleDalam keadaan ekonomi tidak menentu dan ramai lepasan ijazah masih tercari-cari kerja, masih ada banyak syarikat besar di Asia yang kukuh dan mampu menjamin masa depan jika dapat bekerja di syarikat ini.
Kebanyakannya syarikat ini tidak terlibat dalam petroleum sebaliknya terlibat dalam perniagaan e dagang, produk komputer dan elektronik serta lain-lain perniagaan lain.
Dalam senarai 20 syarikat terbesar di Asia ini, hanya ada satu syarikat dari Malaysia iaitu Batu Kawan Bhd yang menjalankan urus niaga berkaitan dengan pembuatan kimia, pengangkutan, pelaburan hartanah dan perniagaan perladangan.
Semak senarai 20 syarikat terbesar di Asia. Selepas ini bolehlah korang anta resume ke syarikat-syarikat ini. Mana tahu, kot-kot ada peluang bekerja di syarikat kukuh ini. Rezeki Allah tak siapa tahukan. Sumber artikel MSN Finance.
Jom kenali 20 syarikat terbesar di Asia 2017.
ALI BABA HOLDING LTD
- Negara :- China
- Tahun ditubuhkan : 1999
- Pekerja : 50,097 orang
- Permodalan pasaran : $446.94 bilion
- Sebuah syarikat e-dagang, ia menyediakan perkhidmatan jualan serta pembayaran elektronik dan perkhidmatan pengkomputeran awan.
*Jumlah dinyatakan dalam USD dan dikemas kini pada 17 Sept 2017
CATCHER TECHNOLOGY CO.LTD
- Negara : Taiwan
- Tahun ditubuhkan : 1984
- Pekerja : Tidak diperoleh
- Permodalan pasaran : $ 225 bilion
- Berurusan dalam pembuatan dan pengedaran produk komputer dan elektronik, syarikat itu adalah salah satu penyedia utama selongsong terpadu untuk telefon pintar dan komputer riba mewah di dunia.
BAIDU INC.
- Negara : China
- Tahun ditubuhkan :2000
- Pekerja : 45,887
- Permodalan pasaran : $81.56 bilion
- Beroperasi sebagai pembekal perkhidmatan internet serta platform e-dagang, ia menawarkan penyelesaian pemasaran dalam talian, penyelesaian carian internet, pembayaran dalam talian dan perkhidmatan berkaitan sumber manusia.
HDFC Bank Ltd.
- Negara : India
- Tahun ditubuhkan :1994
- Pekerja : 84,325
- Permodalan pasaran : $74.3 bilion
- Menyediakan perkhidmatan kewangan kepada individu atas dan menengah, bank juga menawarkan penyelesaian perbankan komersil dan operasi perbendaharaan
Mixi Inc.
- Negara : Jepun
- Tahun ditubuhkan : 1999
- Pekerja : 646
- Permodalan pasaran : $3.82 bilion
- Rangkaian sosial dan penyediaan perkhidmatan pengambilan kerja menggabungkan beberapa aplikasi seperti gerbang pembayaran, pengiklanan dan rangkaian.
CyberAgent, Inc.
- Negara : Jepun
- Tahun ditubuhkan : 1998
- Pekerja : 3858
- Permodalan pasaran : $3.83 bilion
- Pembekal perkhidmatan media internet berkaitan dengan permainan video, pengiklanan internet dan pembangunan pelaburan.
NetEase Inc.
- Negara : China
- Tahun ditubuhkan : 1997
- Pekerja :15,948
- Permodalan pasaran : $35.81 bilion
- Tawaran perkhidmatan teknologi internet dalam talian dalam beberapa segmen seperti permainan dalam talian, pengiklanan, perkhidmatan e-mel dan e-dagang.
NAVER Corp.
- Negara : Korea Selatan
- Tahun ditubuhkan : 1999
- Pekerja : Tidak diketahui
- Permodalan pasaran : $22.04 bilion
- Pengiklanan di internet selain syarikat portal carian menawarkan perkhidmatan melalui pelbagai laman webnya.
AAC Technologies Holdings Inc.
- Negara : China
- Tahun ditubuhkan : 1993
- Pekerja : 46,396
- Permodalan pasaran : $21.51 bilion
- Menjalankan perniagaan dalam bidang pembuatan dan pengedaran komponen akustik, firma menghasilkan pembesar suara, mikrofon dan peranti audio.
Great Wall Motor Co. Ltd.
- Negara : China
- Tahun ditubuhkan : 1984
- Pekerja : 71,617
- Permodalan pasaran : $15.4 bilion
- Terlibat dalam pembuatan kereta dan firma jualan yang berkaitan dengan penyelidikan dan pembangunan, serta pengeluaran dan penjualan alat ganti dan aksesori.
MediaTek Inc.
- Negara : Taiwan
- Tahun ditubuhkan : 1997
- Pekerja : Tidak diperoleh
- Permodalan pasaran : $15.24 bilion
- Berurusan terutamanya dalam pembuatan dan penjualan cip litar bersepadu, syarikat juga menjual chipset komunikasi mudah alih, cip tablet, cip Bluetooth, cip GPS dan perkakasan yang serupa.
WH Group Ltd.
- Negara : Hong Kong
- Tahun ditubuhkan : 1958
- Pekerja : Tidak diperoleh
- Permodalan pasaran : $15.1 bilion
- Syarikat makanan berasaskan daging babi, terlibat dalam pemprosesan dan pengedaran daging yang dibungkus. Ia juga terlibat dalam operasi seperti pengeluaran dan penyembelihan binatang tersebut.
China Gas Holdings Ltd.
- Negara : Hong Kong
- Tahun ditubuhkan : 1995
- Pekerja : 41,000
- Permodalan pasaran : $13.3 bilion
- Pembekal perkhidmatan gas asli, terlibat dalam pelaburan, pembinaan dan pengurusan infrastruktur saluran paip bandar dan kegunaan kepada pengguna kediaman, komersial dan perindustrian.
Batu Kawan Bhd
- Negara : Malaysia
- Tahun ditubuhkan : 1965
- Pekerja : Tidak diperoleh
- Permodalan pasaran : $1.96 bilion
- Syarikat induk pelaburan ini berkaitan dengan pembuatan kimia, pengangkutan, pelaburan hartanah dan perniagaan perladangan.
Mobile World Investment Corp.
- Negara : Vietnam
- Tahun ditubuhkan : 2009
- Pekerja : 26,206
- Permodalan pasaran : $1.54 bilion
- Firma itu menawarkan perkhidmatan perdagangan, pembaikan dan penyelenggaraan telefon, kamera dan peralatan digital dan elektronik lain.
Far East Hospitality Trust
- Negara : Singapura
- Tahun ditubuhkan : 2012
- Pekerja : Tidak diperoleh
- Permodalan pasaran : $1.24 bilion
- Melabur dalam hartanah, organisasi memiliki dan mengendalikan beberapa hotel dan kediaman perkhidmatan di kalangan segmen lain.