
Seorang jurutera dan jutawan teknologi, Elon Musk telah menarik perhatian masyarakat dunia apabila beliau menamakan anaknya dengan satu nama unik iaitu X Æ A-12 Musk.
Menurut Harian Metro, Elon Musk dan pasangannya, seorang penyanyi dari Kanada, Grimes sepakat memilih X Æ A-12 Musk sebagai nama bayi lelaki mereka.
Musk menjelaskan, X membawa maksud ‘pemboleh ubah yang tidak diketahui’ manakala Æ pula adalah Elven yang disebut AI singkatan kepada teknologi Kecerdasan Buatan (AI) yang turut diterjemahkan dalam beberapa bahasa termasuk Jepun sebagai ‘kasih sayang’.
Grimes pula berkata, sebahagian daripada nama anak mereka itu diilhamkan dari rujukan pesawat kegemaran mereka, “A-12 = prekursor kepada SR-17.
Selain itu, Grimes merumuskan pendedahan berkenaan dengan menggambarkan A sebagai Archangel yang menjadi lagu kegemarannya.
Namun begitu, seorang pengguna di Twitter turut menjelaskan maksud sebenar nama anak Elon Musk ini dengan formula berikut:
Hm, agak-agaknya betul ke sebutannya sebagai Kyle? Kita tunggu kenyataan daripada Elon Musk sendiri nanti. Hiks!
Sumber: Harian Metro & Twitter
Tiada Lawak ‘April Fool’, Google Batal Perkongsian Lawak Jenaka Tahun Ini Demi Hormati Dunia

Demi menghormati dunia yang sedang ‘berperang’ dengan wabak Covid-11, tahun ini tiada sambutan April Fool akan dilakukan oleh Google.
Google yang merupakan sebuah syarikat teknologi multinasional Amerika Syarikat setiap tahun akan hadir dengan idea lawak jenaka kreatif pada hari ‘April Fool’ yang akan jatuh pada tarikh 1 April setiap tahun. Google sebelum ini yang sering hadir dengan sejumlah lawak jenaka berbeza mengikut produk dan negara – yang sering mencuit hati ramai pengguna seluruh dunia.
Namun, untuk tahun 2020 ini, Google dilihat membatalkan hasrat berkenaan. Melalui emel yang dikongsikan kepada Business Insider, Google dikatakan mengatakan supaya membatalkan perkongsian lawak jenaka untuk 1 April tahun ini, dan mungkin hadir dengan lawak seperti biasa pada tahun akan datang. Google dilihat mengambil langkah ini dalam menghormati semua orang yang kini “berperang” dengan Covid-19.
Buat masa ini, tidak diketahui lagi sama ada syarikat teknologi lain akan meneruskan lawak jenaka mereka, atau turut mengambil langkah untuk membatalkannya untuk tahun 2020 ini.
Bagus langkah yang dilakukan oleh syarikat Google ni, yelah dalam keadaan dunia dalam kesedihan, tak kan kita nak buat lawak April fool pula kan…
SUMBER RUJUKAN: BUSINESS INSIDER
Pelajar Cilik Thailand Lancar Protes Terhadap Guru Yang Dikatakan Malas & Kasar

Kecil-kecil cili padi, jangan disangka tidak pedas pula ya! Mungkin itulah yang boleh kita simpulkan dengan apa yang berlaku di sebuah sekolah rendah di Selatan Thailand.
Sepanduk-sepanduk kecil yang dibawa oleh insan-insan kecil tetapi berjiwa besar ini membawa mesej yang cukup terang; mereka tidak mahu belajar dengan seorang guru yang sentiasa berkasar dengan mereka dan juga malas.
Sekumpulan pelajar sekolah rendah di Satun, Thailand mengadakan protes ini untuk menuntut seorang guru segera disingkirkan kerana sentiasa berkasar dengan pelajar dan juga membawa sikap pemalas serta tidak ambil peduli dengan pendidikan mereka.

Kejadian yang berlaku pada Khamis lalu ini menyaksikan puluhan orang pelajar bersama-sama ibu bapa mereka membawa sepanduk kertas yang mahu Chantana Sutaphanit disingkirkan daripada sekolah tersebut. Mereka dilihat mengerumuni kereta guru terbabit apabila dia tiba di pintu pagar sekolah terletak di daerah Anuban Lan-gu.
ARTIKEL BERKAITAN: Remaja 19 Tahun Dipenjara Kerana Tumbuk & Tendang Ibu Sendiri
Menurut laporan daripada Khaosod English, pihak ibu bapa mendakwa guru tersebut, Chantana menggunakan bahasa kesat di hadapan pelajar, memaki hamun, menyucuk dengan pensel tajam dan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai guru dengan bergayut telefon di dalam kelas sepanjang hari. Sesetengah guru lain turut mendakwa Chantana juga sukar untuk bekerjasama dengan mereka.
Para pelajar membawa speanduk berbunyi ‘Kru Chantana sila keluar’, ‘saya tidak mahu belajar dengan Kru Chantana’, ‘saya bukan pelajar nakal’, dan ‘kenapa anak saya perlu mengurut anda ketika waktu kelas?’.
Protes tersebut berlaku sehingga jam 9 pagi waktu tempatan dan ia disuraikan dengan aman oleh pihak polis dari daerah Lan-ngu selepas mendapat panggilan daripada Chantana.
Pihak pegawai pendidikan daerah, Sa-ard Utsama juga telah mengunjungi sekolah tersebut dan berjanji untuk menyiasat dakwaan mereka. Jelasnya, Chantana juga akan digantung daripada bertugas serta merta sehingga siasatan selesai dijalankan.
Hebat betul adik-adik ini semua. Ternnyata mereka sangat sayangkan pendidikan sehingga sanggup berganding bahu bersama-sama menuntut hak mereka sebagai seorang pelajar.
REMAJA tabik korang satu kali!
Sumber & foto: Khaosod English
Gempa Bumi 6.8 Gegar Ambon, Gegaran Otak Punca Bek Kanan Timnas U-16 Indonesia Alfin Meninggal

Hari ini dunia bola sepak Indonesia baik di kalangan lagenda mahupun peminat menangisi pemergian seorang pemain bek kanan berbakat besar, Alfin Lestaluhu dari skuad Timnas U-16 Indonesia yang disahkan meninggal jam 10.11 minit malam di Rumah Sakit Harapan Kita, Jakarta malam tadi.
Lebih menyayat hati pemain berusia 15 tahun ini meninggal akibat gegaran otak yang dialami dalam satu kejadian gempa bumi yang melanda kepulaun Ambon bulan lepas dengan kekuatan magnitud 6.8 skala ritcher.
Dalam kejadian gempa yang mengorbankan 23 orang mangsa, dapat dilihat Alfin dan keluarganya berlindung di sebalik runtuhan rumah namun masih terselamat. Namun kesakitan di bahagian kepala yang dialami selepas kejadian itu memaksa pemain ini mendapatkan rawatan dan lebih kurang sebulan kemudian disahkan meninggal dunia akibat encephalitis (jangkitan di bahagian otak) dengan hypoalbumin.
Lebih menyedihkan, Alfin sebenarnya baru saja pulang menziarahi keluarga pada 24 September lalu selepas membantu pasukan Indonesia mara ke pusingan Piala Asia U-16 2020 . Dua hari selepas pulang, ketika itulah Ambon dilanda gempa bumi yang agak kuat.
Di sebalik ramai berduka, rakan-rakan sepasukannya turut mengucapkan salam takziah di twitter, Instagram termasuk ucapan takziah datang dari beberapa orang lagenda bola sepak Indonesia.
"It's been a long day without you my friend, And I'll tell you all about it when I see you again. Hard work forever pays, Now I see you in a better place. Selamat jalan kawanku, my right defend guardian," tulis Made yang juga rakan sepasukan sambil menunjukkan gambar Alfin menangis saat menyanyikan lagu Indonesia sebelum perlawanan bermula.
Sementara itu, Resa Aditya Nugraha pula menulis "Selamat jalan alvin, kita semua sayang sama oseee, kangen canda dan tawamu, kangen liat permainanmu yang g pernah ada rasa takut, pantang menyerah, berjuang demi bangsa," tulis Resa sambil menyebut sapaan yang biasa diberikannya kepada Alfin. "Terima kasih perjuanganmu ose, kita tidak akan melupakanmu. Kita sayang osee (Alfatihah)," lanjutnya.
Lagenda bola sepak Indonesia, Kurniawan Dwi Yulianto pula menulis,
"Innalillahi wa innalillahi rojiun. Telah berpulang menghadap Sang Pencipta, Alfin Farhan Lestaluhu. Semoga amal ibadah dan segala kebaikan diterima Tuhan Yang Maha Esa. Terima kasih atas jasa-jasamu untuk Indonesia, Alfin," tulis Kurniawan yang kini menjadi penolong jurulatih skuad pasukan nasional Indonesia U-23.
Sementara itu, Bima pula menulis, "Selamat jalan, Alfin. Semoga husnul khotimah, terima kasih atas perjuanganmu buat bangsa ini," kata Bima Sakti di akun Instagram pribadinya. "Kau telah berjuang tanpa kenal lelah, tanpa rasa takut sedikit pun seperti pesan kedua orang tuamu. Jasamu pasti kami kenang dan meneruskan cita-citamu agar timnas ke depan bisa lebih baik lagi, Aamiin YRA," tulis Bima.
Bek kanan cukup digeruni
Memulakan karier bola sepak pada usia muda, bakat Alfin sebelum terpilih mewakili Indonesia bermula di Sekolah Khusus Olahraga (SKO – Sekolah Sukan) Ragunan. Sangat cemerlang mengemudi permainan, Alfin terpilih mewakili Skuad Bawah 16 tahun negara Indonesia U-16. Penampilan dirinya di peringkat antarabangsa yang turut bertanding di Piala AFFU-16 2019. Malah sebelum pulang ke kampung halaman itu, Indonesia turut mengalahkan Thailand dalam penampilannya.
Dalam kejadian gempa itu sebelum meninggal, Alfin sempat mendapat rawatan rapi di Ambon sebelum dibawa ke Jakarta dan berada dalam keadaan koma hampir sebulan sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.
Jenazah bek kanan ini akan dibawa ke Bandara Halim Perdanakusuma sebelum dikebumikan di kampung halamannya di Tulehu selepas Jumaat nanti.