Semalam, seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita sedih menimpa Daniel Arif Ahmad Fuad, 21 tahun yang tersepit di mesin pengisar sampah ketika bekerja di Samseong, Seoul, Korea Selatan di mana kejadian menimpanya Isnin lalu.
Dalam kejadian menyedihkan itu, Daniel dikatakan sedang mengorek sampah yang melekat pada mesin pengisar berkenaan sebelum mesin tersebut secara automatik bergerak sendiri biar sudah di off melalui alat kawalan jauh sehingga mengisar sebahagian kakinya.
Malah pihak bomba juga terpaksa mengambil masa dua jam untuk memotong kakinya sebelum dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal. Ya Allah, sedihnya!
Buat masa ini keadaan mangsa dilaporkan kritikal dan diberi ubat tidur. Masa yang sama esok satu pembedahan besar akan dilakukan oleh pihak Hospital Suwon Ajudee ke paras pehanya selepas diiangkiti kuman. Pembedahan ini akan dilakukan segera selepas kedatangan kedua ibu bapa Daniel yang sudah pun bertolak ke Korea Selatan.
Rakan kepada Daniel yang lebih dikenali sebagai Shahir yang sama-sama bekerja di Korea Selatan memohon doa dari rakyat Malaysia agar sahabatnya itu diberikan kesembuhan.
“Saya berharap rakyat Malaysia dapat doakan pembedahan kedua Daniel Arif berjaya dan dia diberikan kekuatan serta kesembuhan oleh Allah SWT.”
Shahir berkata, Daniel Arif kini dirawat di Hospital Suwon Ajudae, Seoul dan perlu menjalani pembedahan kedua untuk memotong pangkal paha akibat jangkitan kuman.
“Doktor memberitahu pembedahan berkenaan berisiko kehilangan nyawa, dan saya mohon orang ramai dapat mendoakan Daniel Arif diberikan kesembuhan segera.
Ads
Ngeri bila tahu bagaimana kejadian ini menimpa Daniel sehingga kakinya dikisar mesin sampah!.
Menurut rakan mangsa, kejadian ini berlaku sekitar jam 3 petang di mana mesin pengisar sampah itu tersangkut menyebabkan Daniel terpaksa mengorek sampah yang melekat di bahagian pengisar itu.
“Ketika kejadian, mesin sudah ditutup dan Daniel Arif diarahkan mengorek sampah dari dalam, manakala pekerja lain sedang berusaha memperbaikinya.
Ads
“Namun tidak tahu bagaimana selepas sejam lebih, mesin berkenaan “berjalan” sendiri walaupun sudah ditutup menggunakan alat kawalan jauh menyebabkan separuh badan Daniel dikisar dari paha hingga ke kaki.
“Menyedari kejadian itu, penyelia kilang terus berlari dan menekan suis kecemasan untuk menghentikan mesin berkenaan sebelum menghubungi ambulan.
“Selepas ambulan tiba, bomba dan pihak hospital terpaksa mengambil masa lebih dua jam untuk memotong kaki Daniel sebelum dia berjaya dikeluarkan dan ketika itu dia berada dalam keadaan separa sedar,” katanya.
Sementara itu dalam satu temubual sebelum bertolak ke Korea Selatan, bapa Daniel iaitu Ahmad Fuad Yun, 52, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan oleh rakan anaknya mengenai kejadian itu.
Ads
“Saya memang ada halang dia nak ke sana dulu (bekerja). Sedih tu, sesiapa pun akan sedih. Tapi kita sebagai orang Islam, kita terima qada dan qadar Allah,” katanya yang kedatangannya amat ditunggu oleh pihak hospital kerana perlu menandatangani surat kebenaran memotong sehingga ke paras peha anaknya yang sudah dijangkiti kuman.
Masa yang sama keluarga ini sendiri tidak tahu, berapa jumlah bil perubatan akan dihadapi oleh anaknya itu. Bagi yang mahu meringankan beban keluarga ini, boleh salurkan bantuan ke akaun Maybank atas nama ibunya, Zainah Mohamad di akaun 157090003447 .
Jom rakyat Malaysia yang prihatin membantu dari segi kewangan selain doa untuk anak muda ini. Hari ini mungkin harinya dan kita tidak tahu nasib diri di masa akan datang.
Sumber : HARIAN METRO & M STAR
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak apa yang mustahil dalam dunia Internet sekarang. Begitu juga dengan skil photoshop atau ubah suai gambar menggunakan pelbagai perisian. Dan yang biasa diabadikan ke dalam pelbagai bentuk dan rupa ialah selebriti Hollywood.
Seorang pereka grafik yang semakin terkenal dengan hasil karyanya bernama Indra Hakim baru-baru ini telah tular di laman media sosial terutamanya di negara asalnya, Indonesia.
Apa yang dilakukan oleh pereka grafik ini? Well, dia dengan luar biasanya telah membayangkan bagaimana jika selebriti Hollywood hidup seperti rakyat marhaen Indonesia dengan pelbagai kegiatan hariannya.
Cuba bayangkan Katy Perry sebagai seorang akak bertudung yang menjadi seorang isteri seorang ahli politik? Atau Nicki Minaj sebagai pelajar sekolah menengah yang baru menamatkan pengajian.
Berikut adalah 11 karya Indra Hakim yang menjadi kegemaran Remaja. Jika ingin lihat hasil kerjanya yang selanjut bolehlah lawati Isntagramnya di sini.
Comel je Rihanna lepas tamat sekolah rendah
Cuti semester Rihanna buat kerja part time jual prepaid pulak. Rajinnya uols!
Mas Bruno Mars ahli nasyid kampung berwibawa.
Sempoi Harry Styles kerja di warung tegar atau warteg!
Selepas berjaya sebagai rapper & designer kasut Yeezy, brader Kanye West beralih ke perniagaan satay pula.
Selain menjadi pengurus kelab Man United, Mourinho gemar bermain kompang seorang diri.
Pharrell Williams bersama anak sedara sambil tunjuk madu untuk dijual.
Gigi Hadid tetap vass dengan pakaian seragam sekolah.
Selamba Snoop Dogg jadi tukang baiki kasut.
Hantar adik ke sekolah ke tu, Zayn Malik.
Inilah gambar graduasi Nicki Minaj selepas tamat sekolah.
*semua deskripsi foto di atas adalah rekaan semata-mata. Hangan ambil serius ya. Hehe.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Secara umumnya peperiksaan dilakukan untuk mengukur keupayaan dan kemampuan seseorang terhadap sesuatu yang dipelajari atau kemahiran yang diikuti. Peperiksaan juga merupakan salah satu jalan yang cerah untuk kecemerlangan ilmu dan kehidupan di masa hadapan di samping menilai kemampuan pelajar untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Hal ini apa yang terjadi pada dua pelajar di India yang nekad ambil peperiksaan semula hanya kerana ingin mendapat markah 100%.
Pelajar yang dimaksudkan ialah Mridul Agarwal dan Kavya Chopra yang bertekad untuk mencapai markah 100% dalam peperiksaan Joint Entrance Examination (JEE) yang diambil.
Untuk pengetahun semua, ujian kelayakan ini merupakan ujian penting di India dalam memberi peluang buat rakyat India untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuteraan.
Yang menarik perhatian dunia ialah apabila kedua-dua pelajar ini masing-masing sudah berjaya memperoleh markah 99.99% dan 99.97%. Namun, kedua-dua mereka masih belum berpuas hati selepas gagal peroleh markah penuh sekaligus memilih untuk jalani peperiksaan yang sama buat kali kedua.
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kegigigihan mereka mengulang kaji pelajaran selama enam hingga lapan jam sehari berbaloi. Menurut Times Now News, kedua-dua pelajar ini berjaya memperoleh markah 100% pada peperiksaan yang diambil kali kedua.
Kejayaan yang diperoleh berjaya meletakkan mereka dalam kelompok 13 individu terbaik daripada 600,000 individu yang mengambil peperiksaan JEE pada bulan Mac. Semoga usaha keras pelajar ini membolehkan mereka menyertai universiti pilihan mereka dalam bidang kejuteraan. Hmm….kita kalau dah dapat markah 90% tu dah bangga habis dah Siap mak buat kenduri pulut kuning. hiks
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pada zaman ini, terdapat pelbagai produk makanan berasal dari luar negara yang dijual di Malaysia. Dengan kemasukan banyak produk makanan dari Jepun dan Korea, maka muncullah kedai-kedai yang menjual barangan keluaran negara mereka sahaja.
Persoalannya, sebagai seorang pembeli yang beragama Islam; kadangkala kita gusar dengan kandungan yang ada pada produk makanan tersebut kerana tidak memahami oleh kandungan yang dipapar pada pek bungkusan snek kerana ia menggunakan bahasa asing yang tidak kita fahami.
Bukan saja soal halal saja yang jadi isu, malah sekiranya jika ada bahan yang membuatkan kita alah pun kita tidak akan mengerti.
Sekiranya berlaku sebarang masalah, adakah tukang import yang membawa masuk ke Malaysia yang akan bertanggungjawab?
Kongsi Public Health Malaysia, lambakan snek yang diimport dari Jepun, Korea dan China yang dijual di pasaran Malaysia tetapi tidak mempunyai label dalam bahasa Melayu atau inggeris sebenarnya adalah satu kesalahan di bawah akta Makanan 1985.
Jika ada peniaga yang menjual produk sebegini, pengguna boleh melaporkannya kepada Pejabat Kesihatan Daerah atau Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan berhampiran. Di sini, peniaga boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
Hmm, rasanya ramai yang baru tahu tentang akta ini kan?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...