Semalam, seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita sedih menimpa Daniel Arif Ahmad Fuad, 21 tahun yang tersepit di mesin pengisar sampah ketika bekerja di Samseong, Seoul, Korea Selatan di mana kejadian menimpanya Isnin lalu.
Dalam kejadian menyedihkan itu, Daniel dikatakan sedang mengorek sampah yang melekat pada mesin pengisar berkenaan sebelum mesin tersebut secara automatik bergerak sendiri biar sudah di off melalui alat kawalan jauh sehingga mengisar sebahagian kakinya.
Malah pihak bomba juga terpaksa mengambil masa dua jam untuk memotong kakinya sebelum dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal. Ya Allah, sedihnya!
Buat masa ini keadaan mangsa dilaporkan kritikal dan diberi ubat tidur. Masa yang sama esok satu pembedahan besar akan dilakukan oleh pihak Hospital Suwon Ajudee ke paras pehanya selepas diiangkiti kuman. Pembedahan ini akan dilakukan segera selepas kedatangan kedua ibu bapa Daniel yang sudah pun bertolak ke Korea Selatan.
Rakan kepada Daniel yang lebih dikenali sebagai Shahir yang sama-sama bekerja di Korea Selatan memohon doa dari rakyat Malaysia agar sahabatnya itu diberikan kesembuhan.
“Saya berharap rakyat Malaysia dapat doakan pembedahan kedua Daniel Arif berjaya dan dia diberikan kekuatan serta kesembuhan oleh Allah SWT.”
Shahir berkata, Daniel Arif kini dirawat di Hospital Suwon Ajudae, Seoul dan perlu menjalani pembedahan kedua untuk memotong pangkal paha akibat jangkitan kuman.
“Doktor memberitahu pembedahan berkenaan berisiko kehilangan nyawa, dan saya mohon orang ramai dapat mendoakan Daniel Arif diberikan kesembuhan segera.
Ngeri bila tahu bagaimana kejadian ini menimpa Daniel sehingga kakinya dikisar mesin sampah!.
Menurut rakan mangsa, kejadian ini berlaku sekitar jam 3 petang di mana mesin pengisar sampah itu tersangkut menyebabkan Daniel terpaksa mengorek sampah yang melekat di bahagian pengisar itu.
“Ketika kejadian, mesin sudah ditutup dan Daniel Arif diarahkan mengorek sampah dari dalam, manakala pekerja lain sedang berusaha memperbaikinya.
“Namun tidak tahu bagaimana selepas sejam lebih, mesin berkenaan “berjalan” sendiri walaupun sudah ditutup menggunakan alat kawalan jauh menyebabkan separuh badan Daniel dikisar dari paha hingga ke kaki.
“Menyedari kejadian itu, penyelia kilang terus berlari dan menekan suis kecemasan untuk menghentikan mesin berkenaan sebelum menghubungi ambulan.
“Selepas ambulan tiba, bomba dan pihak hospital terpaksa mengambil masa lebih dua jam untuk memotong kaki Daniel sebelum dia berjaya dikeluarkan dan ketika itu dia berada dalam keadaan separa sedar,” katanya.
Sementara itu dalam satu temubual sebelum bertolak ke Korea Selatan, bapa Daniel iaitu Ahmad Fuad Yun, 52, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan oleh rakan anaknya mengenai kejadian itu.
“Saya memang ada halang dia nak ke sana dulu (bekerja). Sedih tu, sesiapa pun akan sedih. Tapi kita sebagai orang Islam, kita terima qada dan qadar Allah,” katanya yang kedatangannya amat ditunggu oleh pihak hospital kerana perlu menandatangani surat kebenaran memotong sehingga ke paras peha anaknya yang sudah dijangkiti kuman.
Masa yang sama keluarga ini sendiri tidak tahu, berapa jumlah bil perubatan akan dihadapi oleh anaknya itu. Bagi yang mahu meringankan beban keluarga ini, boleh salurkan bantuan ke akaun Maybank atas nama ibunya, Zainah Mohamad di akaun 157090003447 .
Jom rakyat Malaysia yang prihatin membantu dari segi kewangan selain doa untuk anak muda ini. Hari ini mungkin harinya dan kita tidak tahu nasib diri di masa akan datang.
Sumber : HARIAN METRO & M STAR