Pelakon dan usahawan terkenal, Mira Filzah dan dua selebriti meningkat naik, Tracie Sinidol dan Qasrina Karim acap kali menjadi perhatian warganet terutama dalam kalangan peminat mereka apabila dikatakan raut wajah mereka seperti pelanduk dua serupa.
Tidak menyangkal perkara tersebut, Mira atau Nur Amirah Filzah Badioezaman, menyifatkan ia adalah salah satu kelebihan.
ARTIKEL BERKAITAN : “Mereka Sangat Matang, Tak Terasa Langsung ‘Adik’ Itu” – Mira Filzah Puji Lakonan Bakat Baharu
“Kita mempunyai tujuh muka sama dalam dunia, tetapi Mira pula tiga ke lima ada dalam Malaysia ini dan dekat-dekat pula kan. Bagaimanapun, Mira nampak perkara itu sebagai satu kelebihan.
“Seperti apabila saya berjumpa Tracie, dia ada persamaan yang sama seperti Mira, dan saya pun tidak menafikan ia.
“Selepas berjumpa dengannya Mira terus beritahu penerbit, ‘kalau buat naskhah adik beradik ini, jadi ini’. Ya, itu adalah satu advantage lah kan,” katanya.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu berkata demikian ketika ditemui di Coway Brand Renewal Event 2023, yang berlangsung di The Space Menara Ken TTDI, pada Rabu.
Dalam pada itu, bintang drama hit Imam Instant Ustazah Scammer itu menyatakan meskipun mempunyai iras wajah yang sama, namun Juara Dewi Remaja 2022 dan Qasrina mempunyai personaliti tersendiri dan berbeza dengan dirinya.
Mira bagaimanapun menzahirkan rasa teruja dapat berjumpa dengan kedua bintang muda itu selain dia sentiasa menyokong karier seni dan terbuka untuk membantu pendatang baharu seperti mereka.
“Setiap daripada kami walaupun ada persamaan dari segi raut wajah, tetapi masih mempunyai personaliti yang berbeza. Tracie seorang yang gila-gila juga dan dia sangat opposite saya.
“Kalau Qasrina pula, dia pun opposite saya juga. Seronok apabila dapat berjumpa dengan mereka yang baru nak naik. Apa yang saya boleh lakukan adalah, sentiasa menyokong mereka jika memerlukan bantuan dan sebagainya.
“Mira pun rasa seronok sebab ada muka yang sama seperti kita. Selain itu, masyarakat nampak persamaan itu, tetapi bila dah betul-betul kenal ia totally opposite. Apabila lama-lama tengok, tiada sama sangat cuma sekilas sahaja,” tuturnya panjang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Mira