‘Ya, Saya Akan Terima…’ -Farah Ann Mahu ‘Cuba Nasib’ Dalam Bidang Lakonan Pula

Share

Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh. Itulah peribahasa sesuai yang dapat digambarkan buat seorang figura hebat ini.

Selepas mengambil keputusan untuk mengundur diri dari arena sukan tanah air pada awal tahun lalu, ia bukanlah satu pengakhiran bagi figura ini dalam meneruskan perjuangan yang belum tercapai dalam hidup.

ARTIKEL BERKAITAN: “Mereka Adalah Pillar Of Strenght Saya” -Farah Ann Zahir Penghargaan Buat Ibu Bapa Tercintanya

Hari demi hari, ada sahaja rezeki yang menyebelahi buat bekas ratu gimnastik artistik negara, Farah Ann Abdul Hadi ini. Kini, nama baiknya acap kali menjadi sebutan untuk berkolaborasi dengan ramai pihak di luar sana.

Ketika Remaja berkesempatan bertemu empat mata bersama insan hebat ini, beliau mendedahkan tidak menolak seandainya dirinya diberi peluang bagi menghiasi kaca televisyen penonton pula.

Malah, ditanya watak apa yang mahu dicuba jikalau diberi peluang berlakon, gadis berusia 29 ini memaklumkan dirinya ingin membawa watak aksi kerana pengalamannya sebagai atlet sebelum ini meyakinkan dia boleh tampil sebagai salah seorang pelakon aksi wanita.

“Ya, saya akan terima. Saya kini ingin menuju ke bidang lakonan kerana saya ingin mencubanya.

“Saya rasa saya ingin mencuba watak aksi kerana ialah, saya kan seorang bekas atlet gimnastik jadi saya boleh lakonkan pelbagai ‘skills’ dalam watak yang saya akan lakonkan.

“Saya juga boleh membuat stunt

saya sendiri. Bagaimanapun, saya ingin mencuba pelbagai watak yang diberikan,” katanya kepada Remaja.

Sempat juga Remaja bertanya mengenai keputusannya untuk bersara sebagai atlet, beliau memaklumkan ia adalah keputusan terbaik yang dirinya pernah lakukan walau pada mulanya tidak dinafikan ada perasaan ragu.

“Semasa bersara sebagai atlet semestinya adalah satu transisi yang sangat besar. Pasti ada dalam isi hati saya pada ketika itu, ‘oh, betul ke nak bersara ini..’.

“Saya juga mengambil keputusan untuk bersara dengan sangat lama iaitu selama setahun lebih saya memikirkannya.

“Tetapi, ia adalah satu keputusan yang betul walaupun pada mulanya ada perasaan ragu-ragu sedikit. Namun, saya tahu itu adalah keputusan terbaik yang saya lakukan,” ujarnya.

Untuk informasi, Farah antara atlet gimnastik artistik negara paling berjaya dengan menggondol tujuh emas dalam Sukan SEA iaitu pada temasya Singapura 2015 (dua), Kuala Lumpur 2017 (dua) dan Manila 2019 (tiga pingat emas).

Dia juga mencipta sejarah muncul gimnas ketiga negara menempah Sukan Olimpik di Tokyo selepas Ng Shu Wai beraksi pada Sukan Olimpik 2004 di Athens dan Au Li Yen di Sydney 2000.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Farah Ann

Published by
Fath