Kanye Diserang Simptom ‘Ex Tak Boleh Move On’? Hantar Setrak Bunga Pada Kim Kardashian

Share

 

Lain benar sifat dan tingkah laku rapper terkenal, Ye aka Kanye West selepas beliau dan bekas isteri, Kim Kardashian memutuskan hubungan sebagai suami isteri pada tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN : [Recap] 6 Tahun Bertahan, Kim Kardashian Bakal Bercerai Daripada Kanye West? – REMAJA

Siri tingkah laku pelik Ye semakin menjadi-jadi pada bulan Februari ini terutamanya menghampiri tarikh sambutan Hari Kekasih yang baru berakhir semalam.

Ye dilaporkan telah memohon agar Kim dan anak-anak mereka kembali ke pangkuannya demi menjadi sebuah keluarga bahagia semula menerusi beberapa muat naik di Instagram semalam.

Dalam salah satu hantaran yang dilakukannya secara tiba-tiba itu, Ye berkata ini bukanlah satu lagi siri perangai peliknya di media sosial tetapi ia merupakan doa yang dipohonnya agar mereka dapat memperbaiki hubungan yang terputus di tengah jalan.

“God please bring our family back together.”

Malah dalam salah satu hantaran tular di Twitter kini, ramai memperkatakan mengenai foto sebuah kereta pacuan empat roda yang dipenuhi dengan bunga di bahagian belakang; kononnya ia adalah pemberian Ye kepada Kim dengan tulisan berbunyi, “Visi saya adalah jelas,” merujuk kepada keinginannya untuk kembali bersama.

Episod ‘tidak boleh move on’ oleh Ye ini semakin memuncak susulan hubungan Kim bersama kekasih baharunya yang juga merupakan bintang program Saturday Night Live, Pete Davidson telah menjadi rasmi.

Ye didapati telah mencerca Pete selain sanggup mengenepikan peluang kolaborasi bersama rapper, Kid Cudi bagi album akan datangnya, Donda 2 hanya disebabkan Cudi berkawan baik dengan Pete.

Biarpun Ye mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan perhatian Kim, bintang sosialit dan usahawan kosmetik itu langsung tidak terkesan dengan drama yang dicetuskan Ye.

Kim, 41 dilaporkan menghabiskan Hari Kekasih semalam bersama Pete, 28. Menurut laporan Page Six, Pete telah meyewa kamar teratas di Carlyle Hotel New York dan memenuhkan ruangan kamar tersebut dengan hadiah barangan mewah dan bunga.

Well, kalau korang diberi pilihan untuk mendapat bunga di atas trak atau di dalam bilik hotel premium, mestilah korang pilih bilik hotel kan? Hehe

..

ARTIKEL BERKAITAN : Hadir Sebagai Pengantin Kanye West, Kim Kardashian Masih Simpan Perasaan? – REMAJA

BACA LAGI : Ingat Lagi Kostum Balenciaga Ala Ninja Ini? Kim Kardashian Dedah Awalnya ENGGAN Pakai – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ