Nampaknya, banyak syarikat penerbangan murah berebut-rebut menarik perhatian pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan mereka.
Kadang harga ditawarkan nampak “seperti tak masuk akal” tetapi bagi pelanggan memang sukalah sebab dapat terbang ke destinasi yang mereka suka pada harga terlampau murah dan masuk dek akal.
Permintaan penerbangan dan minat orang Malaysia yang suka terbang bagi pelbagai urusan selain mudah tertarik pada harga “murah”, wujudlah laman web seperti Traveloka yang menawarkan perkhidmatan “harga hotel dan tiket” lebih murah jika menempah dari mereka seperti mana yang selalu diiklankan di kaca tv.
Tapi apa yang disuarakan oleh lelaki yang mendapat pengiktirafan sebagai Pakar Bunga Negara, Azmy bin Osman ini mungkin boleh membuatkan kita berfikir dengan lebih mendalam, adakah benar harga yang kita bayar itu benar-benar seperti tertera di laman web mereka.
Book Flights On Traveloka| Lowest Prices On Flights selain “Find Cheap Malindo Air Tickets and promo quickly and easily here!! Adalah antara sebab dia mempercayai laman web ini menawarkan harga jauh lebih rendah dari yang dilakukan laman web rasmi syarikat penerbangan.
Menurut Azmy, dia cuba untuk membuat tempahan penerbangan menggunakan laman web Traveloka untuk penerbangan menggunakan Malindo Air pada 24 Januari 2018. Tertera harga promo adalah sebanyak RM91.92 sehala untuk seorang. Tawaran pergi dan balik tertera harga RM183.84.
Sebagai manusia, tentu kita mahu yang murahkan. Lagipun perjalanan lebih kurang sama dan Azmy click untuk harga promo RM91.92 yang mana sudah dinyatakan bayaran itu termasuk cukai sekali.
“Dinyatakan juga Price Per Person RM91.92 inclusive of all taxes anda surcharges sebelum menekan BOOK.
“Selepas tertarik dengan harga dinyatakan, saya mula mengisi borang seperti dikehendaki oleh laman web Traveloka seperti nama penuh tarikh lahir, nombor telefon dan lain lagi.
“Bila semua borang telah dipenuhi menurut permintaan laman web saya menekan butang klik next. Tetapi berlaku “loading” agak lama lebih kurang dua minit lebih. Dan selesai loading, harga dinyatakan adalah sebanyak RM303.16 atas alasan pihak penerbangan telah mengemas kini jumlah tersebut,” katanya yang mempersoalkan kenapa harga boleh jadi semahal ini sedangkan harga promo adalah RM90.91 sehala dan RM183.83 bagi dua hala.
Selepas mengisi borang seperti dikehendaki oleh pihak laman web Traveloka, loading lebih kurang dua minit lebih sebelum tertera harga seperti di bawah ini. Sudah wujud perbezaan harga yang sangat ketara jumlahnya.
Katanya, perbezaan harga sebanyak RM119.33 adalah satu jumlah yang agak tinggi dan seorang individu itu boleh terbang sehala sekali lagi ke Alor Setar. Dia juga mempertikaikan kejujuran harga dipaparkan kerana jelas wujudnya “silap mata” di tawaran tersebut.
Kata Azmy lagi, kalau kita seorang yang tidak berhati-hati, seorang individu akan terus membayarnya tanpa banyak soal,” katanya berkata, dia percaya ramai rakyat Malaysia yang ingin berjimat dalam apa jua perbelanjaan.
“Biasanya langkah pertama kita adalah dengan berjimat dan mencari yang paling murah. Apabila kita mempercayai perkhidmatan yang ada ternyata semuanya indah dan berselindung di sebalik promosi. Bagi saya ada dua situasi dalam hal ini. Sebagai pengguna saya boleh mempersoalkan adakah laman web Traveloka ada cubaan menipu agar terus menggunakan laman web mereka dan keduanya adakah pihak Malindo Air menyedari akan situasi ini? soalnya.
Carian Remaja di laman rasmi Malindo, pada tarikh 24 Januari 2018 itu, harga yang ditawarkan adalah RM151.58 untuk perjalanan sehala ke Lapangan Terbang Alor Setar. Bila didouble click, syarikat penerbangan ini ada menulis Base Fare MYR 92.00, Tax MYR 59.58 dan Total MYR 151.59 bagi laluan sehala.
Jadi, di mana lebih murah sebenarnya, Traveloka atau syarikat penerbangan, Malindo Air?