Baru sahaja melancarkan muzik video terbaru Lovesick Girls baru-baru ini, timbul pula isu yang dibangkitkan oleh persatuan jururawat Korea Selatan mengkritik penampilan uniform jururawat yang dikatakan tidak betul dan terlalu singkat.
Salah seorang anggota Blackpink, Jennie telah memakai uniform jururawat yang agak seksi bersama kasut tinggi di dalam video tersebut mengundang rasa tidak puas hati oleh persatuan jururawat di Korea.
Mereka mendakwa topi, skirt yang pendek bersama kasut tinggi adalah imej yang sangat bertentangan dengan uniform sebenar jururawat dan menjurus ke arah imaginasi seksual yang tidak sepatutnya.
Ads
Ekoran daripada situasi itu, pihak YG Entertainment telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan mengeluarkan babak yang melibatkan pakaian jururawat kontroversi itu daripada muzik video Lovesick Girls.
“Kami memutuskan untuk memadam semua adegan yang melibatkan pakaian jururawat dalam muzik video Lovesick Girls dan akan menggantikan muzik video dengan versi yang diedit secepat mungkin,”
Ads
“Kami juga ingin meminta maaf kepada jururawat yang merasa tidak selesa dengan isu ini dan sekali lagi, kami ingin menyampaikan rasa hormat dan tulus kepada semua petugas kesihatan yang mengabdikan diri untuk kesejahteraan negara. Terima kasih,” jelas YG Entertainment.
Ads
Pihak pengurusan Blackpink juga menjelaskan bahawa mereka tidak menyangka adegan itu menjadi isu kerana tiada niat untuk mengguris hati sesiapa pun.
Sama-samalah kita nantikan muzik video Lovesick Girls yang bakal diedit nanti.
Pelakon terkenal Indonesia, Reza Rahadian yang memeluk Islam pada usia 19 tahun mengaku menemui jalan perdamaian selepas mempelajari agama Islam.
Melalui temubual santai di Youtube Kasisolusi yang tular di media sosial, Reza berkata walaupun setiap agama mengajar mengenai kasih sayang dan perdamaian, namun Islam disifatkan sebagai agama yang menyempurnakan ajaran dan mudah.
Youtube: kasisolusi
“Dalam perjalanan hidup, saya menemukan bahawa Islam itu agama yang damai, agama yang penuh cinta. Semua agama mengajarkan tentang kasih, tapi dalam perspektif saya Islam itu menyempurnakan” – Reza
“Islam menyempurnakan nilai sebuah cinta, kasih dan membuatkan saya rasa damai. Bagi saya memeluk Islam itu adalah memeluk kedamaian” – Reza
Pelakon Habibie & Ainun itu turut mendedahkan bahawa ibunya juga bersikap terbuka untuk dia memilih mana-mana agama setelah menganjak dewasa.
Youtube: kasisolusi
“Saya peluk (Islam) ketika berusia 19 tahun. Saya sebelum ini seorang nasrani”
“Ibu saya pun pernah pesan, pilihlah agama yang saya percaya kerana agama yang dia yakini itu dibawa sejak saya lahir. Namun, kalau saya rasa ada keyakinan untuk memeluk agama yang berbeza serta mempunyai kesedaran penuh, ibu saya tidak menghalang,” katanya.
Walaupun berbeza agama, hubungan pelakon yang berusia 37 tahun itu masih akrab dengan ibunya hingga hari ini.
Kredit: Detik
Dalam pada itu, di ruangan komen ramai yang mendoakan agar Reza kekal istiqamah dan turut memuji cara pemikirannya.
Sekadar info, sekitar April lalu Reza telah berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah. Awal tahun ini, Reza Rahadian juga terlibat dalam beberapa filem terbaru seperti Pasutri Gaje, 24 Jam Bersama Gaspar, dan terbaru Siksa Kubur yang bakal memasuki panggung di Malaysia tidak lama lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mandi wajib atau mandi junu juga disebut sebagai mandi hadas besar adalah mandi yang perlu dilakukan oleh seseorang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar dan melibatkan perbuatan mandi dengan membasahi seluruh anggota badan. Hukum mandi hadas adalah wajib ke atas individu Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar.
Seseorang Muslim perlu mengerjakan mandi wajib dalam keadaan berikut:
• Jimak
• Keluar air mani dengan sengaja atau tidak
• Keluar darah haid
• Nifas
• Wiladah
• Mati
• Masuk Islam orang dari ajaran sebelumnya (kafir)
Rukun mandi hadas ada tiga perkara iaitu:
• Niat dengan tujuan membezakan ibadat dan adat. Niat ini sekadar dilafazkan di dalam hati dan tidak perlu dilafazkan secara zahir (secara lisan)
• Menghilangkan kotoran dan najis pada badan
• Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir termasuk segala lipatan-lipatan badan
Gambar hiasan
Cara mandi wajib paling afdal sekiranya mengikut sunnah Rasulullah SAW. Berdasarkan hadis dari Aisyah RA:
“Dahulu, jika Rasulullah SAW hendak mandi janabah (junub), beliau membasuh kedua tangannya. Kemudian menuangkan air dari tangan kanan ke tangan kirinya lalu membasuh kemaluannya. Lantas berwuduk sebagaimana berwuduk untuk solat. Lalu beliau mengambil air dan memasukkan jari-jemarinya ke pangkal rambut. Hingga beliau menganggap telah cukup, beliau tuangkan ke atas kepalanya sebanyak 3 kali tuangan. Setelah itu beliau guyur seluruh badannya. Kemudian beliau basuh kedua kakinya” (HR. Al Bukhari dan Muslim)
Mandi hadas tanpa berwuduk
Namun begitu, ada yang keliru adakah boleh seseorang yang mandi hadas besar mengerjakan solat tanpa mengambil wuduk?
Jawapan:
Apabila seorang itu ada dua hadas yaitu hadas besar dan hadas kecil kemudian dia melakukan bersuci dari hadas besar nescaya hadas kecilnya itu turut terangkat sama.
Maka sah dia kerjakan solat tanpa diwajibkan lagi mengangkat hadas yang kecil yaitu berwuduk akan tetapi disunatkan ke atasnya mengambil wuduk juga.
Gambar hiasan
Berkata Imam Taqiyuddin Ad-Dimasyqi:
Ertinya: “Apabila berhimpun atas seseorang itu hadas kecil iaitu wuduk dan hadas besar yaitu mandi maka padanya berlaku khilaf. Pendapat yang sahih yang difatwakan dengannya memadai baginya oleh mandi sekelian badannya dengan niat mandi dan tidak wajib atasnya menghimpunkan antara wuduk dan mandi dan tiada perlu tertib pada yang demikian itu.” (Kitab Kifayatul Akhyar)
Dan berkata Imam Suyuthi:
Ertinya: “Apabila berhimpun dua perkara dari jenis yang sama dan tiada bersalahan oleh tujuan keduanya nescaya masuklah salah satunya pada yang satu lagi secara ghalib. Maka setengah dari furu’ yang demikian itu apabila berhimpun hadas kecil dan janabah nescaya memadai oleh mandi atas pendapat mazhab sebagaimana berhimpun oleh janabah dan haidh.” (Kitab Al-Asybah Wa Nazha_ir)
Kesimpulannya, jika korang mandi hadas besar maka tidak wajib lagi berwuduk untuk solat atau seumpamanya. Namun begitu, jika individu itu mengambil wuduk sahaja tanpa mandi hadas, nescaya dia masih berhadas besar dan tidak boleh mengerjakan solat.
Lebih afdhal, lakukan kedua-duanya iaitu mengambil wudhuk dan mandi kerana mengikut sunnah Rasulullah SAW yang mengambil wuduk terlebih dahulu kemudian mandi hadas.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberikan ilmu kepada korang semua. Wallahualam!
Siapa je yang tak kenal Leonardo DiCaprio kan? The most charming actorin Hollywood dulu. Beliau terkenal dengan filem seperti Titanic, Romeo & Juliet, The Great Gatsby, dan banyak lagi. Selain daripada hanya menjadi seorang aktor yang handal dan terkenal, beliau juga merupakan salah seorang penerbit dalam beberapa buah filem seram tau..
Kalau korang nak tahu, sebenarnya Leonardo mempunyai syarikat produksinya tersendiri dan ianya dinamakan Appian Way Productions, ini antara 3 filem yang Leonardo pernah terbitkan:
Orphan
Sumber: IMDB.comSumber: Netflix
Orphan adalah sebuah filem seram psikologikal, ditayangkan pada tahun 2009, dan mengisahkan tentang pasangan yang kehilangan anak kerana keguguran kandungan, telah mengambil seorang anak angkat yang misteri bernama Esther, berumur 9 tahun. Filem ini diarah oleh Jaume Collet-Serra. Antara barisan pelakon filem ini adalah Vera Farmiga yang terkenal dengan filem-filem seram seperti The Conjuring, The Nun, dan banyak lagi, Peter Saarsgard, Isabelle Fuhrman, C.C.H Pounder dan Jimmy Bennet.
Dikatakan filem ini adalah terbitan bersama Joel Silver, Susan Downey daripada Dark Castle Entertainment dan Leonardo DiCaprio, Jennifer Davisson Killoran daripada Appian Way Productions.
2. Delirium
Sumber: IMDB.comSumber: heavenofhorror.com
Filem ini juga merupakan filem seram psikologikal yang mengisahkan tentang seorang lelaki yang baru sahaja keluar daripada hospital sakit mental dan mendapat khabar berita yang kedua orang tuanya telah meninggal dunia dan meninggalkannya harta, namun, apa yang dia sedari adalah keluarganya hanya meninggalkannya rumah yang berhantu. Filem ini dibintangi oleh Topher Grace, Patricia Clarkson, Callan Mulvey, dan Genesis Rodriguez.
Delirium merupakan arahan Dennis Iliadis dan ianya merupakan terbitan bersama Leonardo dan Jason Blum daripada Blumhouse Productions.
3. Red Riding Hood
Sumber: IMDB.comSumber: IMDB.com
Korang mesti familiar dengan cerita ni masa kecik-kecik dulu. Sebenarnya Red Riding Hood merupakan adaptasi daripada cerita kanak-kanak dongeng zaman dahulu, tetapi telah digubah sedikit jalan ceritanya. Genre filem ini adalah romantik seram dan diterbitkan oleh Leonardo DiCaprio sendiri dan lakon layar oleh David Leslie Johnson. Filem ini dibintangi oleh Amanda Seyfried sebagai watak utama, Gary Oldman, Billy Burke, Shiloh Fernandez, Max Irons, Virginia Madsen, Lukas Haas, dan Julie Christie sebagai watak sokongan.
Korang dah pernah tengok ke filem-filem ni? Kalau belum tengok, korang boleh tengok dekat Netflix je tau. Selamat menonton!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usia nyata bukan faktor penentu kepada keinginan seseorang untuk mempunyai minda inovatif.Ia terbukti setelah empat murid daripada Sekolah Kebangsaan Shah Alam (SK Shah Alam)...