YG Entertainment Sahkan ‘BLACKPINK: The Movie’ Tayang Ogos Ini

Share

Berita baik buat peminat kumpulan wanita k-pop popular Blackpink, YG Entertainment telah pun mengesahkan tayangan perdana pertama kumpulan penyanyi itu, “BLACKPINK: The Movie” tidak lama lagi.

Filem tersebut khabarnya dijadualkan akan ditayangkan di pawagam sekitar 100 negara seluruh dunia pada 8 Ogos ini sempena ulang tahun ke-5 Blackpink. Projek yang dinamakan sebagai ‘BLACKPINK’s 4+1 PROJECT’ ini merupakan antara pelan terbesar yang pernah dikelola oleh YG Entertainment dalam meraikan ulang tahun kumpulan wanita popular itu.

‘BLACKPINK: The Movie’ akan dibahagikan kepada beberapa segmen, termasuklah ‘The Room of Memories’, ‘Beauty’, ‘Unreleased Special Interviews’, serta rakaman dari konsert jelajah BLACKPINK ‘In Your Area’ dari tahun 2018, dan ‘The Show’ 2021. Pembikinannya juga akan menemui penonton dalam 4DX di pawagam terpilih.

Foto: Koreaboo

Wah, sudah tentu peminat Blackpink tidak sabar menantikan filem yang bakal menjadi box office ini ditayangkan di Malaysia. Sama-samalah kita berdoa agar penularan wabak pandemik COVID-19 di negara kita menurun supaya kita semua boleh kembali menonton filem di pawagam.

Nantikan update terbaru mengenai BLACKPINK’s 4+1 PROJECT’ ini.

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman