Hiburan

YG Entertainment Serah Hak Cipta Nama Panggung ‘G-Dragon’ Dan ‘GD’ Secara Sukarela Kepada G-Dragon

Share

Terbaru, syarikat YG Entertainment telah memindahkan hak cipta dagang bagi nama G-Dragon dan GD kepada ahli kumpulan Big Bang dan penyanyi G-Dragon atau nama sebenar Kwon Ji Yong.

YG juga dikatakan telah mengambil keputusan bijak kerana nilai hak cipta berkenaan dipercayai akan menjadi maksimum jika dipindahkan kepada G-Dragon dan pemindahan hak cipta ini dilakukan tanpa sebarang balasan.

Menurut Ten Asia pada 1 Ogos, alasan YG Entertainment telah membuat keputusan untuk memindahkan hak cipta penggunaan nama G-Dragon dan GD kepada penyanyi rap, G-Dragon adalah kerana dia seorang artis yang sangat simbolik dengan nama tersebut.

Selain itu, nama tersebut juga mencerminkan identiti dirinya dan di masa akan datang, G-Dragon dapat menggunakan nama ‘G-Dragon’ dengan bebas terutamanya untuk pelbagai aktiviti solo.

“Hak cipta nama/jenama G-Dragon dan GD telah dipindahkan kepada artis ini. Selepas ini, penyanyi berkenaan tidak akan ada masalah untuk menggunakan nama G-Dragon bagi melakukan sebarang promosi”

Disebabkan perihal hak cipta nama atau jenama atau sebarang penerbitan secara umum diakui sebagai hak cipta harta intelek yang penting, keputusan yang dibuat oleh syarikat YG Entertainment juga dijangka dicatat sebagai kes penting dalam industri muzik.

BACA: G-Dragon Jelaskan BIGBANG Cuma 3 Orang, Pelik Kenapa Artis Junior Tak Berani Datang Dekat

Sekadar info, G-Dragon memulakan kerjaya bersama Big Bang pada 2006 dan telah meraih pelbagai pencapaian hebat lebih lagi dalam muzik K-Pop. Melalui Big Bang dan aktiviti solo, pelantun lagu Bullshit tersebut telah memikat ramai peminat secara global dengan menulis dan menerbitkan pelbagai lagu yang terkenal.

Dalam pada itu, G-Dragon juga merupakan ikon fesyen, budaya, seni dan terbaru dia turut dilantik sebagai seorang pensyarah pelawat di salah sebuah institusi pengajian tinggi di Korea Selatan.

BACA: G-Dragon Dilantik Sebagai Profesor Di KAIST, Universiti Berprestij Di Korea

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN