Tahniah Remaja ucapkan buat Yonnyboii & isteri!
Isteri tercinta kepada penyanyi rap tempatan, Yonnyboii, Nik Nazira Narriman, selamat melahirkan putera pertama mereka, semalam.
ARTIKEL BERKAITAN: Bakal Bergelar Bapa, Isteri Penyanyi Yonnyboii Kini Sedang Sarat Hamil Bayi Sulung
Berita gembira tersebut dikongsikan pelantun lagu popular Sakit itu menerusi sebuah hantaran terbaharu di entri Instagram miliknya, sebentar tadi.
“Welcome to this world boii,” coretnya ringkas di ruangan kapsyen.
Pemilik nama sebenar Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin itu turut memberikan gelaran ‘Baby Kai’ atau singkatan kepada Kairo buat anak sulungnya itu menerusi hantaran berkenaan.
Menerusi perkongsian sama, Yonny turut memuat naik beberapa foto isterinya bersama bayi mereka itu di atas katil hospital.
Pemerhatian REMAJA mendapati, rata-rata pengikut dan rakan selebriti turut menumpang gembira dan menzahirkan ucapan tahniah buat pasangan dua sejoli itu.
Sekadar informasi, YonnyBoii dan Nik Nazira mendirikan rumah tangga pada 20 November 2021.
SUMBER FOTO: Instagram YonnyBoii