Setelah timbul ura-ura berkenaan siapakah yang bakal membintangi K-drama berjudul La Casa de Papel yang juga merupakan siri adaptasi daripada drama popular Sepanyol ‘Money Heist’, akhirnya, Netflix mengumumkan senarai penuh pelakon yang ditampilkan.
ARTIKEL BERKAITAN : Netflix ‘Remake’ Siri Popular Honey Heist Versi Korea
La Casa de Papel versi Korea ini bakal diterajui oleh Yoo Ji-tae (The Swindlers, Money, Svaha, The Sixth Finger) sebagai Profesor dan Kim Yunjin (Seven Days, Ode to My Father, Lost, Mistresses) sebagai Seon Woojin iaitu inspektor dalam pasukan Task Force.
Selain itu, nama-nama lain yang turut disenaraikan sebagai pelakon La Casa de Papel termasuklah Park Hae-soo sebagai Berlin), Jun Jong-seo sebagai Tokyo, Lee Won-jong sebagai Moscow, Kim Ji-hun sebagai Denver, Jang Yoon-ju sebagai Nairobi, Park Jung-woo sebagai Rio, Kim Ji-hun sebagai Helsinki dan Lee Kyu-ho sebagai Oslo.
Turut menyertai nama-nama hebat ini termasuklah Kim Sung-O sebagai Cha Moohyuk, Park Myung-hoon sebagai Cho Youngmin dan Lee Joobeen sebagai Youn Misun.
Untuk pengetahauan, La Casa de Papel ataupun Money Heist mengikuti kisah dua orang perompak profesional yang melantik sekumpulan ahli menggunakan nama bandaraya dunia sebagai kod diri masing-masing untuk melaksanakan projek rompakan terbesar melibatkan berbilion Euro.
Untuk La Casa de Papel versi Korea ini, ia akan mengambil tempat di Korea Selatan dan beberapa perubahan turut akan diselitkan oleh penerbit siri ini demi memberika nafas baharu terhadap jalan cerita yang sememangnya diminati oleh penonton tegar Money Heist.
Sepanjang 12 episod , penonton akan menyaksikan ‘permainan’ Profesor, bagaimanakah tebusan boleh terlibat dan bagaimana pasukan Task Force cuba menggagalkan percubaan tersebut.
Tak sabar rasanya untuk menantikan siri Original Netflix ini! Buat masa ini, masih belum ada tarikh rasmi tayangannya di Netflix Malaysia.
Sementara itu, korang bolehlah melayan dua musim La Casa de Papel original terlebih dahulu di saluran penstriman itu untuk mendapatkan mood menonton.